Chat here,darling.

Friday, February 21, 2014

Tentang miss ?

Pada petang yang indah. Cahaya di langit tidak memancar ke bumi. Kelihatan sungguh mendung. Mungkin ada tanda-tanda nak hujan. Ye dok? Iyolah, sekarang jerebu woh. Pagi tadi masa miss nak pergi sekolah, susah gila nak bernafas. Nak kata tebal kabus tu, taklah juga. Lupakan ajelah. Mudah-mudahan hujan turun pada hari yang penuh berkat ini. Hari Jumaat. Aminnnn~
  Hah, tadi, miss sajalah cari nama miss dekat website. Bosankan. Dah tak ada kerja nak dibuat. Miss pun scroll. Sementara tunggu idea datang kan? Miss pun carilah. Tiba-tiba miss terjumpa satu blog ni. Dia buat tentang miss? Apalagi, miss pun bukalah.
  
Rasa macam kenal aje nama blogger itu. Atau mungkin miss perasan sensorang. Miss pun bacalah entry dia kononnya buat tentang miss. Dalam hati, eleh, perasan aje lah kau. Siapa nak buat cerita pasal kau? Kau bukan banyak cakap pun.
Haha, diri kutuk diri sendiri. 
  
Miss pun baca sampai habis. Mula-mula miss baca biasa ajelah. Kejap-kejap tersengih. Bila sampai part dia kata 'darjah 1' miss terimbas kembali masa miss darjah satu. Then,agak kebudak-budakkanlah juga. Maklumlah, budak-budak kan? Masih comel. Cewah xD
  Miss bacalah biodata dia. Sekali baca bio dia. Miss terdiam sekejap. Macam kenal je. Macam kenal je. Rupa-rupanya kawan lama miss, sahabat miss..Oh my, lama gila tak bersua muka. >< Rindu sesangat dekat Filzah also known as Ija. 
  Dialah yang memahami miss tika di sekolah rendah dulu. Pernah juga bercita-cita nak sekolah menengah sama-sama. Belajar di uni bersama-sama. Kerja sama-sama. Bahkan kahwin pun nak tarikh yang sama. Apakah? hahahaha,tak pernah terlintas Pemikiran budak-budak cigitulah. Dulu cita-cita kami nak jadi doktor. Sekali bila masuk tingkatan 4, Ija ambil aliran sains tulen, miss ambil akaun.
  Heh, memang tak akan samalah kita kerja T_T Terkuburlah impian kita. haha. Moga engkau sihat sejahtera. Moga cita-cita engkau tercapai begitu juga dengan aku :) Moga persahabatan antara kita kekal dan kuat. Walaupun tidak bersua muka, moga engkau bahagia dengan kawan kau yang baru :D Percayalah. Aku gembira berkawan dengan kau.
  

2 comments:

Anizz Annisa said...

wah.. rezeki tu dpt jumpe kwan lame eh miss.. :)

Lollipop Manis said...

kebetulan sangat kan. moga pshbtn b'kekalan :)