Chat here,darling.

Tuesday, February 25, 2014

Novel : Peluang - Bab 13

Selepas saja solat Asar, Airish,Suhana dan Rafiq Zikri beransur pulang ke apartmen milik Rafiq Zikri.Jantung Airish sedikit berdebar.Sekejap dia menoleh ke belakang,melihat Suhana yang sedang tidur nyenyak.Sekejap tangannya dibelek untuk melihat jam.Hatinya begitu resah.Ah,tak sangka masa begitu cepat berjalan.Airish mengurut dadanya yang resah gelisah.
  Rafiq Zikri memandang Airish dengan sekilas.Keretanya diberhentikan sekejap."Airish kenapa?Resah semacam aje?" Airish memandang Rafiq Zikri.Dahinya berpeluh.Pelik.Duduk dekat air cond tapi masih berpeluh.Rafiq Zikri menghulurkan tisu kepada Airish."Tak,tak ada apa-apa."Tangannya pantas mengambil tisu lalu mengelap dahinya.Dup dap dup dap.! Ah,terasa nak buang air kecil pula.Aduhai.Nervous sangat ni.
Rafiq Zikri tersengih macam kerang busuk lalu meneruskan perjalanannya."Airish gementar ke nak tinggal sebumbung dengan abang?"
Eh,apahal kau tanya soalan yang tak sepatutnya ditanya ?Sudah tentu dia gementar. Kalau tidak  gementar, dahinya tidak berpeluh. Ni tak, punggungnya tak senang duduk. Kejap-kejap pandang luar.Kejap-kejap toleh ke belakang. 
"Airish?"
"Ye,gementar sedikit."Airish mengenggam tangannya.Gementar."Ala,sayang.Lagipun kita sudah jadi halal.Kenapa mahu gementar sayang?" Berkerut-kerut dahi Airish.Haih,makin kecut dengar ayatnya.Sengaja betul Rafiq Zikri menekankan perkataan 'halal' tu dengan kuat.Airish menoleh ke belakang,harap-harap Suhana masih tidur.Pipinya ditepuk.
  HARI sudah senja.Mereka sudah pun tiba di apartmen."Wow,papa.Cantiknya rumah papa."kata Suhana sambil berlari."Mama,mama.Tengok ruang tamu.Cantiklah."Suhana menarik lengan Airish.Airish tersenyum perlahan lalu mendukung Airish.
  "Papa,papa.Bilik Ana mana?Tak sabar nak tengok."Suhana mendekati Rafiq Zikri sesudah saja beg besar diletakkan di lantai."Ada sayang.Mari ikut papa."
Hati Airish semakin lega.Tak sangka Rafiq Zikri pandai juga menghias rumah.Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di sofa yang empuk.Belum sempat dia melabuhkan punggung,Suhana sudah memanggilnya."Ye sayang.Mama datang ni." Airish mengeluh perlahan.
  "Tengok ni. Katil Ana ada gambar cinderella."Airish memandang Rafiq Zikri."Tengoklah,papa Ana juga yang buat." Airish melemparkan senyuman kepada Rafiq Zikri. "Ana nak tidur dalam bilik ni dengan mama tau !"kata Suhana lalu memandang ke arah Rafiq Zikri. "Mama tidur dengan papa lah sayang,"kata Rafiq Zikri.Airish lantas menoleh ke arah suaminya.Ew,tolonglah.
  "Tak apa,mama tidur dengan Ana."kata Airish lalu mengusap kepala Suhana,

[ Next Chapter ] [Previous chapter]

No comments: