Chat here,darling.

Monday, February 10, 2014

Cerpen : Cinta manusia.

Pada pagi yang indah, cahaya matahari sudah pun menerjah masuk ke ruang bilik Aida. Tubuh badan Aida masih lagi melekat di atas katil. Bantal goleknya dipeluk erat. Sesekali, dia menarik selimutnya. 

  "Bertuah punya budak. Aida,kau bangun sekarang!"sergah Puan Mastura.

Puan Mastura menarik selimut yang menyelubungi tubuh Aida. Sesekali tangannya menampar lembut pada wajah Aida. "Anak dara apa ni bangun lewat. Bilik bersepah! Macam manalah suami kau nanti nak mengejut kau."

  "Ma,Aida nak bangunlah ni."

Puan Mastura menggeleng. Begitulah sikap anak perempuannya pada setiap hari. Kalau tidak bersuara,tidak mengejut, confirm anak dia tak akan bangun. Terbungkang sajalah di katil macam puteri salju! 

  "Bangun apa macam tu? Air liur basi meleleh dekat pipi. Ingat comel ke?"
Aida terus mencapai selimutnya lalu mengelap air liur basi pada pipinya. "Bertuah mama dapat anak macam Aida ni. Kotorlah!"

  Aida tersengih seorang diri. Sememangnya, Aida tidak suka melawan kata-kata ibunya. Maklumlah, pagi-pagi buta ni, nak bertengkar? Buang tabiat agaknya. Lantas Aida mencapai tuala pada tangan Puan Mastura lalu melangkah malas ke bilik air.

  "Untung suami kau,Aida. Dapat isteri yang rajin macam kau."omel Puan Mastura sambil mengemas katil Aida.
*****


"MAMA,buat apa?Gubah bunga ke tanam bunga?"sakat Aida sambil memeluk pinggang Puan Mastura. Puan Mastura tertawa kecil tatkala Aida menyakat dirinya. Inilah Aida atau nama penuhnya Nur Aida. Dia mengucup pipi kanan dan pipi kiri Puan Mastura.

  "Amboi,pipi mama aje ke yang Aida cium. Pipi papa?"celah Encik Zulkifli sambil menghirup air teh.

"Nak Aida cium pipi papa ke? Okay,Aida cium pipi papa ni," kata Aida sambil memuncungkan bibirnya.
Puan Mastura menggeleng melihat telatah Aida yang sama seperti budak kecil. "Tak naklah. Bibir Aida tak seksi macam mama. Kan mama kan?"kata Encik Zulkifli sambil mengenyit mata ke arah Puan MAstura.

  "Ish,abang ni. Sudahlah, cepat siapkan bunga-bunga ni.Nanti tak siap, semua menggelabah."tegas Puan Mastura.

Aida dan Encik Zulkifli tersengih. Sememangnya, keluarga Aida sangat sibuk mengubah bunga dan mempersiapkan barang pertunangan Aida yang tak lama lagi. Dah lah anak perempuan, manja pula tu. Semua benda yang dia nak,semua dapat. Lagipun, Aida sudahpun menunaikan hasrat kedua-dua ibu bapanya, iaitu menjadi seorang doktor. Kini, Aida sudahpun menjadi seorang doktor.

  "Abang, sekarang turn adik tengok tv. Bak sini remote control,"kata Aida sambil bercekak pinggang.

"No way,darling. Today is my turn. Eh,betul ke english aku ni?"balas Arif sambil menggaru kepalanya.

Aida terus mendakap tubuh Arif. Tangannya mencapai remote control . "Hey,give it to me,Arif!"

 Arif tetap menjelir lidah.Lengannya dicubit kuat oleh Aida lalu menyorok di belakang Puan Mastura.  Remote control yang berada di tangan Aida, dipegang kemas."Haha,you can't catch me,abang,"

  Arif berdengus kasar lalu  cuba merampas remote control daripada Aida. Malangnya, Encik Zulkifli yang merampas remote control daripada Aida."Papa....."

"Tu,ayah dah buka channel tu. Pergi tengok cerita spongebob square pant tu."

Aida dan Arif mencebik lalu menghenyak punggung di sofa dengan kasar. Bila ayahnya menukar siaran yang tidak digemari oleh mereka berdua, masing-masing tarik muka. Kalau tak berbuat begitu, sampai besoklah tak habis.


*****

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Mata Aida masih lagi segar bugar. Tangannya mengurut tengkuk yang sudah berasa lenguh. Jarinya masih lagi menari-nari di keyboard . "Ish,sikit lagi nak dapat point!"
  
Aida menolak laptopnya ke tepi lalu melangkah keluar dari biliknya. Kakinya perlahan-lahan menuruni anak tangga. Dia mencapai telefon bimbitnya sambil menggosok mata.

  "Kau diam sekarang!"

Langkah Aida terhenti tatkala suara garau milik seorang lelaki menyapa gegendang telinga. Bulu romanya sudahpun tegak. Perlahan-lahan dia meniup tangan kanannya.

  BANG!

Bunyi tembakan dilepaskan. Berderau darah Aida mendengar bunyi tembakan lalu berjalan perlahan menuju ke arah ruang tamu. Tangannya mencapai payung hello kitty. 

  "Argh!" Bukankah itu suara Arif?! Tak mungkin Arif kena tembak? Tapi kenapa?

Mulut Aida ditekup kuat lalu dirinya mengundur ke belakang. "Mama?" Puan Mastura memeluk erat tubuh Aida. Aida menolak perlahan pintu bilik stor lalu melangkah masuk. Tangannya meraba-raba mencari suis lampu.

  "Mama,Arif dengan papa? Mama dan call polis?"

Puan Mastura diam.

  "Ma,I'm asking to you. What's happen?"

Puan Mastura diam.

  "Ma..."

Puan Mastura melihat wajah Aida lalu mengusap pipi Aida dengan perlahan. "Sayang,you should run away from him. He is bad guy,'' bisik Puan Mastura.

  "But......"

"He killed your father and your brother....."

Membulat mata Aida mendengar kata-kata Puan Mastura lalu air matanya mengalir laju di pipi. "Are you kidding me?"

  "N...."

Pintu bilik stor ditendang kuat. Aida menekup mulutnya dengan tangannya sendiri. Melihat wajah tegang seorang lelaki yang asyik memegang pistol. Mungkin dia tidak perasan kehadiran aku di sini.
Mata Aida membulat besar tatkala pistol yang dipegang oleh lelaki itu diacukan pada Puan Mastura. Sungguh dia tidak sanggup melihat pada waktu itu.

"Jang....."

  BANG!

"MAMA!"Aida terus mendekati tubuh Puan Mastura. Kaku sahaja tubuh ibunya. Tidak bergerak. Darahnya hangat mengalir pada tubuh ibunya. Tanpa disedarinya,air mata mengalir di pipinya.Segera aku mengambil kain lalu menutup luka di kepala Puan Mastura.

  "Aida?"
Aida terus menoleh tatkala seorang lelaki menyebut namanya. Dia terkesima seketika. Melihat pistol yang dipegang oleh lelaki tersebut. "Zakwan!" Aku terus menampar kuat pada pipi Zakwan.

  "Aida.... Aku...."

Mulut Aida ternganga kecil. Kepala digeleng perlahan.Aida menolak kasar tubuh Zakwan sehingga dia terjatuh di lantai. "Kenapa kau buat semua ni?!"

  "Aku...."

Aida merampas pistol daripada tangan Zakwan lalu diacukan pada Zakwan. "Kenapa kau buat semua ni,hah?! Kau gila ke?"

  Zakwan menggeleng perlahan. "Habis,apa!?"

"Aku cuma nak kahwin dengan kau,bodoh!"

  Aida menampar pipinya sendiri sambil merenung tajam ke arah Zakwan. "Wei,Zakwan. Punyalah beribu perempuan yang ada dalam dunia ni. Apahal kau pilih aku? Keluarga aku tak suka kau!"

Zakwan berdengus kasar. "Kau faham tak, aku cintakan kau! Aku...cintakan kau!"

  Aida menampar pipi Zakwan untuk kali kedua. "Kalau ya pun kau sayangkan aku. Kau takkan bunuh keluarga aku! Kau takkan bunuh keluarga aku. Kau takkan...bunuh....." Aida terduduk di lantai sambil menangis teresak-esak.

"Aida,aku minta maaf...."

  "Zakwan...kau pembunuh!"
******

* Nak sambung atau tidak ? :)

2 comments:

MisakiPureBlood said...

sambung sambung TT^TT
selamat dak parent dya? camna dgn adik dya?

zakuan??

Dalila Samsudin said...

uih tragis :O sambung ! takkan nak biar zakwan tu bebas ! >:( lol