Bismillahirrahmannirrahim. Selepas saja Syuhada membaca basmallah, lalu dia membuka pintu rumahnya. Wah, penatnya hari ini! Aku nak tengok tv dululah. Ehh, aku kena solat dulu kemudian mandi. Baru betul strategi aku yang bijak ni.
Apabila Syuhada berada di rumahnya, kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya di sekolah selalu ditangguhkan. Kata Syuhada, kerja sekolah buat pada waktu malam, baru feel. Syuhada suka membuat kerja sekolahnya pada waktu malam kerana ideanya mencurah-curah pada waktu malam. Syuhada merupakan anak bongsu kepada Encik Sabri dan Puan Zuraidah . Dia mempunyai seorang abang yang bernama Zamri . Mereka amat menyayangi Syuhada sehingga mereka sanggup membuat apa sahaja, asalkan anak kesayangannya , Syuhada gembira.
Selesai sahaja Syuhada solat dan mandi, dia terus membuka tv sambil menikmati snek yang digemarinya , twistie. "49 Days? Cerita apa ni?",tanya Syuhada seorang diri. Fuuuuh, cerita korea ? Wah, macam seronok je? Hm , layan jelah, siaran lain semha membosankan. Syuhada sedang asyik menghayati cerita 49 days sambil menikmati sneknya , tiba-tiba telefon rumah berdering.
"Assalamualaikum",sapa Syuhada.
"Waalaikummusalam Syu", jawab Taufiq.
"Kau nak apa? Mengganggu betul", marah Syuhada sambil mengunyah twistie.
"Eh , saja nak kacau kau. Comel gila suara kau", kata Taufiq dengan nada yang sedikit manja.
Suara aku comel? Pergh , Taufiq memerli aku betul.
"Te...terima kasih",kata Syuhada dengan suara sedikit gementar.
"Jangan lupa siapkan homework kau tu",kata Taufiq.
"Ye cikgu Taufiq",perli Syuhada yang mentertawakan Taufiq.
"Bye.Sayang kau. Cair tak?",sakat Taufiq yang menahan ketawanya.
Syuhada terdiam apabila Taufiq berkata begitu. Syuhada menutup matanya lalu membuka semula.
"Hello ? Syu ? Are you there , honey?",tanya Taufiq yang sedikit cemas,
"Eh,geli aku dengar perkataan tu.Bye",kata Syuhada yang cuba menamatkan perbualannya dengan Taufiq.
"Hee.Yela Syuhada. Bye",kata Taufiq dengan nada gembira.
Haih, pelik betul Taufiq ni. Mimpi apalah Taufiq sampai dia call aku. Mesti mamai. Ahhhh, kenapalah dia kata macam tu dekat aku?Eh alamak cerita 49 days...habis dah. Ei, semua ni Taufiq punya pasal.Syuhada merebahkan dirinya di atas sofa. Penatnya aku hari ini. Tapi kenapa aku rasa gementar apabila Taufiq berkata begitu? Hm. Lupakan je lah. Aku nak tidur.
-♥-
"Syuhada, bangun sayang", kata Puan Zuraidah yang sedang mengejutkan anaknya bangun daripada tidurnya. "Ye,ma?", jawab Syuhada dengan lemah. "Solat Maghrib sayang", kata Puan Zuraidah dengan lembut sambil tersengih melihat anaknya yang nyenyak tidur.Syuhada hanya menganggukkan kepalanya dengan lemah.
Selesai sahaja solat Maghrib dan selesai mengaji , dia terus menyiapkan kerja sekolahnya. Waah , tak sangka tiga muka surat cikgu bagi aku kerja sekolah. Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah. Syuhada bersyukur kerana mendapat pelbagai kerja sekolah . Eh , aku rasa aku nak makan dahulu. Jom makan.
No comments:
Post a Comment