Chat here,darling.

Tuesday, February 18, 2014

Novel : Peluang - Bab 4

Well, disebabkan ada orang nak sambungan, so miss update :) 
Ikutkan hati Airish, dia mahu sangat menggantikan tempat Suhana tapi Airish hanya mampu melihat dan berdoa saja.Moga-moga Suhana cepat sembuh.Airish membelek jam tangannya.Sudah setengah jam tunggu di klinik.Aduh lambat lagi ke ? Cepatlah sikit.Keluhku dalam hati.
"Su-hana"laung jururawat yang berwajah manis itu.Di tangan jururawat itu terdapat pen dan klipboard.Tangan jururawat itu masih lagi bergerak.
"Jom,sayang.Nama Ana dah panggil."
Lega hati aku ! Hilang sikit rasa gusar aku tadi. Kasihan anakku.....
        Airish mengusap-usap kepala Suhana dengan lembut.Tangannya masih lagi memeluk tubuh Airish dengan erat.Suhana mengangkat mukanya.Matanya sedikit merah kerana banyak menangis.
....
SEBAIK saja Airish mengetuk pintu,tangannya terasa mengigil.Sedikit gementar rasanya.Ah,anak aku yang sakit bukan aku.Ish , Airish ni!
"Sila masuk,"kata jururawat lalu membuka pintu.
    "Terima kasih,"kata Airish lalu melemparkan senyuman.Tangan Airish masih lagi memimpin tangan yang kecil lagi molek milik Suhana.Airish membaca nama yang tentera di atas meja.
"Dr. Ra...fiq?"
Wajah Dr.Rafiq terus berubah.Mata mereka berdua bertentangan.Lutut Airish terasa macam nak tercabut.
"Mama.Mama.Nak duduk..."
Airish terkejut dari lamunannya.Senyuman dilemparkan pada si kecil yang comel itu.Airish menarik nafas dalam-dalam."Hey,cik adik comel.Jemputlah duduk,"pelawa Dr.Rafiq dengan ramahnya.
"T..Terima kasih..."
Wajah Airish sedikit kemerahan begitu juga dengan wajah Dr.Rafiq.
"Sayang,adik apa nama?"tanya Dr.Rafiq.Dia memainkan peranannya sebagai doktor.
      "Suhana."
"Mari dekat dengan doktor.Doktor nak cek Suhana,"kata Dr.Rafiq lalu mengerakkan sedikit kerusinya yang beroda."D...Doktor,"Suhana memanggil doktor.Gementarlah tu."Ye,sayang?"Dr.Rafiq melemparkan senyuman kepada Suhana.Hatinya semakin gementar apabila melihat wajah Suhana seakan-akan sama dengannya.Matanya berwarna coklat.Kemudian dia memandang ke arah Airish yang berdiri di belakang Suhana.Lama dia memandang.Pantas Airish mengalihkan pandangannya.
"Doktor nak cucuk,Ana ke?"tanya Suhana.Matanya berkaca.Biasalah budak-budak,takut sedikit dengan suntikan.Ala,dulu pun aku pun macam tu juga.Lari lintang-pukang.Dr.Rafiq melemparkan senyuman.
"Ye,Ana.Tak sakit pun,"kata Dr.Rafiq lalu membuka sedikit lengan baju Ana yang panjang itu.Tangan Airish digenggam erat oleh Suhana.Dr.Rafiq yang melihat tangan mereka berdua saling berpegangan terus tersenyum.
"Adik takut ye?"tanya Dr.Rafiq lalu meletakkan ubat kebas di lengan Suhana.Suhana memandang ke arah Airish.Air matanya mengalir di pipi Suhana.Airish mengeluarkan tisu lalu menyeka air mata Suhana.
"Airish,"sapa Dr.Rafiq.Airish tersentak lalu memandang Dr.Rafiq.Dia melemparkan senyuman kepada Airish.
"Doktor cucuk ye sayang.Pejam mata,"kata Dr.Rafiq lalu Suhana memejamkan mata.Suhana menangis dalam diam tanpa bersuara."Dah siap,"kata Dr.Rafiq.Suhana memandang ke arah lengannya ."Kejapnya.Doktor tak cucuk pun,"kata Suhana."Sudahlah.Tak sakit kan?" Suhana menggeleng.Tergelak kecil Dr.Rafiq lalu memberi gula-gula kepada Suhana.
"Baiklah.Adik ni demam panas.Nanti ambil ubat di kaunter,"jelas Dr.Rafiq.Tangannya menulis.Perlahan-lahan Airish menganggukkan kepala.
Airish membuka pintu lalu Suhana melangkah keluar.Suhana melabuhkan punggung di kerusi yang berada di luar bilik.
     "Airish.Is that you?"Dr.Rafiq memanggilnya.Airish terdiam.Airish tersenyum pahit.Dr.Rafiq mendekati dirinya."Suhana itu,anak kita?"tanya Dr.Rafiq. Airish terus melangkah keluar.
"Saya minta diri dulu"
Kenapa Airish tak jawab soalan aku ? Masih marahkah dia dekat aku ? Benarkah tadi apa yang berlaku atau mungkin aku bermimpi?

No comments: