Chat here,darling.

Thursday, February 20, 2014

Novel - Call me Princess

Atas permintaan kawan saya,dia nak saya buat cerita pasal " princess". Exactly, I don't know about princess.  Apapun, saya akan buat cerita tentang "princess".Ada idea untuk share? Sila comment ^^
Jam tangan yang berada di tangan Nelly dibelek perlahan. Matanya memerhati sekeliling tempat. Ah, janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa? Omelnya dalam hati. Itulah janji melayu. Kadang ditunaikan, kadang diingkari. Bila sudah berjanji tu, biarlah menepati. Ini tak, suruh dia datang awal tapi kawan dia pula yang dapat lambat. Macam orang bodoh saja aku di sini!
  "Hai, princess," ujar Fatimah sambil menepuk-nepuk bahu Nelly.
Nelly terus berpaling ke arah Fatimah dengan pandangan yang tajam. Menahan rasa marah. Sabar Nel, sabar. She is your best friend. Dia banyak tolong kau, jadi kau kena sabar Nel. Pujuk hatinya.
  "Hello. Please take a sit. You're late again and again!"
Fatimah tersengih. Perwatakan seorang princess dalam diri Nelly sungguh padan. Cuma, cara percakapannya sungguh gedik. "Hey, princess. Did I never told you before ? I'm so busy with my work."
 Nelly menjeling tajam ke arah Fatimah. Tangannya mengacau air yang tinggal separuh. Inilah akibatnya bila tunggu orang yang lambat sampai. Air pun dah nak habis.
"Are you mad with me,darling?" soal Fatimah.
Nelly diam.
  "Okay fine. Tak nak cakap dengan kita kan? Imah balik dululah."
Mendengar kata-kata sahabatnya tadi, Nelly terus menarik tangan Fatimah sebelum dia berlalu pergi. "No no no. Duduklah dulu. Kau kan baru sampai," ujar Nelly sambil melemparkan senyuman.
  "Takutlah tu aku marah,"kata Fatimah sambil tersengih.
Melopong Nelly tika melihat wajah Fatimah yang annoying itu. "Hello. I yang patut merajuk dengan you,okay?"
Fatimah tersengih seorang diri. Dia sudah masak sangat dengan perangai Nelly yang seperti kebudak-budakkan. Kuat merajuk, kuat makan, kuat membebel. Ah,semua bendalah dia kuat. Cuma dia tak kuat angkat berat sajalah. Tak pasal-pasal, tulang dia patah-riuk. Siapa nak tanggung? Tak mampu aku nak bayar.
  "So, aku cuma nak beritahu kau, yang abang aku minat dengan kau."
Belum sempat Nelly menyedut air, matanya sudah membutang. "Hah! Abang kau minat aku? Kau merepek apa ni?"
Fatimah menggeleng. Wajahnya sedikit tegang sambil memerhatikan wajah manis Nelly. Siapa yang tidak terpegun dengan wajah Nelly. Walaupun dia tidak berkulit putih, tetapi matanya sudah cukup menarik. Mata yang sedikit sepet seperti orang cina tapi tidaklah terlalu sepet.
  "Nel, I'm serious. He want to marry. Will you accept him?"
Nelly menepuk pipinya berkali-kali. Adakah dia sedang bermimpi? Tak mungkinlah. Cerita baru saja bermula, tiba-tiba abang Fatimah ajak kahwin. Tak rasa pelik ke? Nelly menggeleng kepalanya.
  "Imah, aku tak bolehlah. Aku tak rasa puas lagi dengan masa muda aku."
Fatimah mengeluh perlahan. "Kau rasa, diri kau masih muda? Umur 25 tahun, muda ke? Dah nak tua okay."
 Nelly mengetuk meja dengan perlahan. Dia kata aku tua? Hello, aku muda okay. Princess sentiasa muda. Wajah masih tidak berkedut tau! Alhamdulillah.
"Hah,mengutuklah tu. Tenung-tenung. Ingat mata kau cantik?"
  Nelly mencubit pipi Fatimah dengan kuat. Biar dia rasakan. Ayat minta kaki betul . "Please respect me. I'm princess."Matanya menjeling tajam ke arah Fatimah sambil mencebik muka. Ah,tolonglah. Bila muka aku mencebik, aku terasa comel pula.
Fatimah menggeleng. "Bilalah kau nak buang sifat budak-budak kau?"
Nelly berdengus kasar. Dia sungguh sensitif apabila mendengar perkatan "perangai budak-budak" atau yang sama maksud dengannya. "Ah, budak sangat ke aku ni?"
  Fatimah menjungkit bahu.
"Assalamualaikum,Nel" suara garau menyapa Nelly dari belakang. Fatimah yang nampak kelibat jejaka itu, terus menundukkan kepala.
  Nelly membuat isyarat mata kepada Fatimah. Malangnya, kepala Fatimah sudah pun tunduk.
"Waalaikumus....salam," Nelly berpaling ke arah jejaka itu. Jejaka tersebut melemparkan senyuman yang manis kepada Nelly lalu melabuhkan punggung di sebelah Fatimah.
  "Fatimah, kau rancang ke?"
Fatimah mengangkat muka. Mata Fatimah bertembung dengan mata Nelly.

Apakah yang Fatimah sedang rancangkan? Atau adakah ini secara kebetulan ? Siapakah jejaka yang berada di sebelah Fatimah? Jom comment untuk bab seterusnya atau comment untuk berhenti :)

[ Next Chapter ]

2 comments:

MisakiPureBlood said...

nice nice XDD
hehe..

ape yg fatimah rancang.. agaknye dye rancang peetemuan abg dgn kwn dye kowt.. or tuh scara kebetulan??

weeeeeee... sambung XDDD

Pwincess said...

Fatimah tak rancang pun. lelaki tu rupanya putera raja yang dah lama duk usha kat Nelly. hahaha.
whatever it is. biarlah ending dia all of them lived happily ever after.
barulah macam fairy tales gitu. emmmm =D