Chat here,darling.

Saturday, February 22, 2014

Novel: Peluang. - Bab 10

"Nenek! Kak cik ajak Ana pergi taman."Suhana tertawa riang.Tangannya memegang lolipop yang besar.Manis.Haira turut tersenyum lalu membuat isyarat kepada ibu dan ayahnya.
  "Jom.Jom.Atuk dan nenek tak sabar nak main dengan cucu yang comel ni."
Haira masih lagi tersenyum.Walaupun dia sudah menyakiti hati orang tuanya terutama kakaknya,Airish.Mereka masih lagi memaafkan keburukan dia.Syukur kepada Ilahi.Alhamdulillah.
"Nenek,atuk.Kalau ada motor ais krim lalu,Ana nak beli ais krim.Ana ada duit."Suhana mengeluarkan RM 1 yang ada di dalam koceknya."Uih,banyaknya.Siapa bagi?"tanya Encik Khairil."Kak cik."Suhana memandang ke arah Haira yang masih tercegat di situ.
  "Amboi,kak cik banyak duit ye."kata Puan Mariyam sambil melemparkan senyuman kepada Haira.Lega hatinya bila Haira sudah berubah sedikit."Lepas tu,kan nenek.Kak cik kata nak ajak pergi taman."kata Suhana dengan riang.Hatinya semakin tidak sabar untuk menuju ke taman.Yela,budak-budak memang nak keriangan.
***
Rafiq Zikri menongkat dagu di atas katil sambil bersila di lantai.Melihat muka Airish yang masam mencuka.Adakah dia tidak dapat menerima dirinya?Ah,bodoh betul aku kerana mempermainkan dia dulu.Aku juga yang tersangkut dengan dia.
"Awak nak apa?"tanya Airish dengan tegas.Suaranya lembut.Rafiq Zikri tersenyum."Awak nak honeymoon di mana?"
Mendengar soalan daripada Rafiq Zikri,mata Airish hampir saja terkeluar.Tertawa kecil rasanya.Siapa saja yang tak mahu pergi bercuti ? Of course, Airish nak cuma tak dapat mengeluarkan kata-kata.Biarlah di simpan di dalam hati.
"Sayang?"
Airish menjeling ke arah Rafiq Zikri.Kakinya di silang.Tangannya diletakkan di kepala.Rafiq Zikri menyandarkan dirinya di sisi katil."Saya tak nak pergi honeymoon."
Membutang mata Rafiq Zikri mendengarnya.Ala,tak dapat nak merasa berdua dengan Airish lagi.Matanya melirik ke arah Airish yang masih memandang ke arah siling.Muka siling tu lagi handsome daripada aku.Lagipun,dia sudah pasti Airish akan berkata begitu.Jadi,untuk apa ditanya?Ah,buang masa.Sekurang-kurangnya Airish menerimanya.

No comments: