Chat here,darling.

Monday, February 24, 2014

Novel - He is my crush - Bab 1


Karya pertama yang miss buat sebelum cerita peluang :)

  " Terima kasih , cikgu ", Kata Taufiq iaitu ketua kelas bagi 5 Cermai. "Sama-sama. Kamu semua boleh balik. Jangan lupa siapkan kerja yang cikgu bagi " , tegas Cikgu Zubaidah iaitu guru kelas 5 Cermai yang mengajar subjek Matematik.
" Woi , penatnya hari ini ! ", degus Syuhada sambil memuncungkan bibirnya. " Eh , jangan muncung sangat bibir kau tu. Aku rasa itik pun gelakkan kau kalau dia nampak kau muncung macam tu", kata Zera sambil tersengih memandang Syuhada. Zera merupakan kawan baik kepada Syuhada sejak sekolah rendah lagi.
" Eheeeeeem ", Taufiq berdehem kepada Syuhada dan Zera yang menyebabkan mereka terkejut. 
  " Hoi , kau nak apa ?," marah Syuhada sambil menjeling ke arah Taufiq. 
" Saja nak kacau kauorang berdua ", kata Taufiq sambil tersengih ke arah Syuhada. 
" Eh , aku nak balik dulu. Hm , nanti aku yang tertinggal bas pula. Bye ", kata Zera yang sedang tergesa-gesa meninggalkan Syuhada dan Taufiq di kelas.
" Eh, Ze.. ra .. Kayh."
Syuhada  mengeluh lalu meninggalkan Taufiq di kelas. " Syu ! Tunggu aku lah ! ", jerit Taufiq sambil mengejar Syuhada. 
  "Alahai , aku fikirkan tadi kau dah pergi", sengih Syuhada sambil melemparkan senyuman kepada Taufiq. Taufiq terus menjadi kaku. " Syu , senyum kepada aku ? Aku mimpi ke ?", bisik hati Taufiq yang membuatkan dia tersengih seorang diri. " Kenapa kau sengih ni? Dah lah , jom balik. Seram aku tengok kau tersengih macam tu ", kata Syuhada sambil membuat memek muka.
  "Sekurang-kurangnya , aku ni handsome , bergaya , pandai. Haa , ramai tau minat dekat aku", kata Taufiq dengan nada bangga, " Yang penting aku bukan dalam kalangan peminat kau. Kau tak lah handsome macam Zayn malik ", kata Syuhada sambil memegang cermin matanya. Taufiq ketawa kecil. " Nanti kau akan jadi peminat aku punya lah. Percayalah ", kata Taufiq sambil mengenyit matanya kepada Syuhada. " Oh boy , jangan bermimpilah", kata Syuhada sambil menjeling ke arah Taufiq.
" Eleh , tengok lah nanti, Syu. Bye Syu . Please take care of yourself , princess ", kata Taufiq sambil tersengih. "Blah lah kau Taufiq dengan motor kau tu" kata Syuhada dengan gaya seperti menghalau orang. Taufiq tersengih lalu menganggukkan kepalanya.
Haish , Sengal betul Taufiq ni kan. Ada hati nak jadikan aku peminat dia. Eh , jangan nak perasanlah Taufiq . Aku tak ingin pun nak jadi peminat kau. Tak nak aku !
" Syuhada kan ? ", tanya Haikal sambil mengangkat keningnya. " Er , ye saya , Nur Syuhada. Kenapa ye ?", jawab Syuhada dengan perasaan hairan. " Ingat saya tak ? ", tanya Haikal lagi . Eh budak ni , gila ke ? Tak beritahu nama pun tiba-tiba tanya ingat ke tak.
" Awak siapa ye ? ", tanya Syuhada dengan melemparkan senyumannya yang tak seberapa nak manis. "Saya Haikal", jawab Haikal sambil tersengih. "Alahai , betapa malangnya saya kerana Syuhada tidak mengingatiku seperti ku mengingatimu , wahai Syuhada." sambung Haikal dengan nada sedih.
   "Jiwang gila kau. Wah , makin handsome lah kau", kata Syuhada dengan nada kuat sehingga Taufiq memandang ke arah Syuhada. "Ma.. Mana adalah. Kau ni , macam perli aku pula. Tak sangka dapat jumpa dengan princess aku di sini", kata Haikal sambil ketawa kecil. "Bila pula aku jadi princess kau ? Tak nak aku. Aku... ", kata-kata Syuhada terhenti apabila Taufiq menyampuk .
" Syuhada ni , princess aku kalau kau nak tahu. Kan Syu ?", celah Taufiq sambil memandang Haikal. Terkedu Syuhada apabila Taufiq berkata begitu .Syuhada memandang ke arah Taufiq dan kemudian memandang Haikal. " Mmm.. Mana adalah. Perasan je Taufiq ni", kata Syuhada dengan nada perlahan.
   " Syu dah ada prince. Nampak gayanya , aku melepaslah ni ? Macam lepaskan angin ", kata Haikal sambil ketawa kecil. "Betul lah tu , macam kau lepaskan angin. Tapi jangan lepaskan angin dekat sini tau. Busuk oh nanti", kata Taufiq. Mereka ketawa. 
  "By the way , nama aku Muhammad Taufiq . Satu sekolah dengan Syuhada dan satu kelas dengan Syuhada", sambung Taufiq lagi dengan memperkenalkan dirinya kepada Haikal. 
  "Oh Taufiq. Aku Haikal Iqwan. Nice to meet you , Taufiq", kata Haikal sambil berjabat tangan dengan Taufiq. "Nice to meet you too , Haikal Iqwan", kata Taufiq sambil mengenyit mata kepada Haikal. "
   Oh , nampak gayanya , kauorang dah saling mengenali", celah Syuhada. 
"Alahai, kitaorang ni dah kenal kau. So, buat apa nak kenal kau lagi sekali?", kata Taufiq sambil mengangkat kening. 
  "Tahu tak apa. Mak cik Syuhada ni , buat apa nak kita kenal lagi. Bukannya penting pun", usik Haikal yang menahan dirinya daripada ketawa. 
  Eh, diaorang ni sengaja nak cari pasal. Ei, bagi penumbuk twinkle twinkle daripada tangan aku yang comel ni, baru diaorang tahu. "Fine. Kauorang pun tak penting pun bagi aku. Aku blah dulu", kata Syuhada yang menghiraukan mereka berdua. Kata-kata Syuhada membuatkan Haikal dan Taufiq terkedu dan membisu. 
  "Syu...hada...", kata Taufiq dan Haikal dengan serentak."Haikal, Syuhada merajuk nampak comelkan?",tanya Taufiq kepada Haikal yang sibuk memerhatikan gelagat Syuhada."Eh, aku memang comel pun. Baru tahu ke?", celah Syuhada sambil menjeling ke arah mereka.
"Syu oh Syu , jangan perasan kau comel. Kalau nak dibandingkan kau dengan aku, aku lagi comellah",kata Haikal sambil membetulkan rambutnya. "Eh, whatever", kata Syuhada lalu beredar.

1 comment:

Nadiah Rozali said...

Ya Allah cerite macam sebijik belaku dekat nad .character die . hahaha . btw cerite best sgt ! ^^