Rafiq Zikri melabuhkan punggungnya disebelah isteri kesayangannya.Airish menjarakkan dirinya sedikit daripada Rafiq Zikri. Masih lagi terasa kekok. Harap sangat dia faham.Airish mencubit pipi Suhana yang tersengih dari tadi.
"Mama,sakitlah."
Rafiq Zikri tersengih memandang telatah Airish dan Suhana. Muka mereka berdua lebih kurang saja.Matanya sebijik macam mata Rafiq Zikri.
"Suhana sayang,mari dekat atuk."kata Encik Khairil
"Suhana sayang, nenek panggil."Rafiq Zikri melemparkan senyuman kepada Suhana."Itu atuk lah papa." Airish tertawa kecil.Apalah, nenek dengan atuk pun tak reti beza.Itulah, asyik sibuk dengan perempuan sampaikan lelaki pun dia panggil nenek."Ops, papa tersasul."
Airish masih statik duduk di kerusi.Tak tahu nak buat apa.Rafiq Zikri memandang Airish dari wajahnya hingga ke hujung kaki.Airish terus membuangkan pandangannya ke arah pasu bunga.Rafiq Zikri memandang Airish lalu memegang tangan Airish.Tanpa berlengah , Airish terus melepaskan tangannya lalu menarik bantal yang ada di sofa.
"Sayang,kenapa ni? Something wrong somewhere,dear ?"soal Rafiq Zikri.Airish rasa nak pengsan."Sayang,are you hear me?"Rafiq Zikri sengaja mendekatkan bibirnya ke telinga Airish.Suaranya menyentuh gegendang telinga Airish membuat Airish semakin gelisah.
"Saya...Saya nak keluar kejap.Boleh tak,doktor?"tanya Airish.Kepalanya masih tertunduk."Sure."Dia faham,Airish masih tidak dapat menerimanya dengan sepenuhnya.Tak apa,sekurang-kurangnya dia beri aku peluang.Aku tak akan sia-siakan.
AIRISH menurun anak tangga satu demi satu."Airish!"
Langkahnya terhenti.Pantas dia memandang ke arah Haira.Haira tersenyum sinis lalu tangan Airish dicapai olehnya."Tahniah,kak." Dahi Airish berkerut.Tak pernah dia panggil dengan panggilan "kak" sebelum ini.
"Oh jadi, inilah kakak kau yang mengandungkan anak luar nikah ye?"sengih Zahara iaitu kawan baik kepada Haira. Jantungnya semakin berdegup kencang. Apa yang Haira cuba lakukan ni? Oh,janganlah malukan aku depan kawan-kawan kau,Haira.Suhana memeluk kaki Haira.
"Haha,tak sangka.Orang secantik Airish ni sudah pecah dara."kata Suria.Haira memandang tajam ke arah Suria dan Zahara.Mereka berdua tersenyum sinis ke arah Haira."Watch your mouth."Airish memandang ke arah Haira."Kau blah sekarang.Kau kena ingat,rahsia kau berlambak dekat tangan aku!"
Haira terus mencapai tangan Airish dan Suhana.Muka Airish sedikit kemerahan.Menahan malu depan kawan-kawan Haira."Haira!Tunggu."Zahara menepuk bahu Haira."Heh,sis.Blah lah wei! Tak sangka, mulut kau orang ni tak reti simpan rahsia.Lepas ni, kita bukan lagi sahabat ! Selama ni aku pilih kawan yang salah." Suria mengetap bibir.
"Protect kakaklah ni ? Suhana tu anak luar nikah.Ew, ada juga yang sudi bertanggungjawab.Kalau aku jadi Rafiq,sudah lama aku biarkan dia hidup merana."Suria tersenyum sinis ke arah Airish.
"Suria,Suria.Kau tu pun sama je.Sekurang-kurangnya, Airish ada juga orang yang nak bertanggungjawab.Kau ada?Mana si Khairil kesayangan kau tu?Dia bertanggungjawab ke?"Haira ketawa terbahak-bahak.Muka Suria kemerahan menahan marah."Tak guna kau.Haira!"Zahara berdengus.Suria mencapai tangan Zahara lalu beredar dari rumah tersebut.
"Tak payah layan orang macam ni,kak"
"Mama,mama.Suhana anak luar nikah ke mama?Anak luar nikah tu apa,ma?"
Airish dan Haira saling berpandangan.Airish menelan air liurnya.Apa dia mahu jawab?
"Tak,Suhana sayang.Kawan-kawan acik tadi tu,merapu je" Airish melepaskan keluhan yang panjang.
No comments:
Post a Comment