5 hari kemudian ......
Airish lebarkan sengih.Jual senyuman yang manis kejap.Jantung Airish berdegup dengan laju.Gementar.
"AKU terima nikah Airishah binti Khairil dengan mas khawin sebanyak 2500 ringgit Malaysia dengan manhaj kitab Allah dan sunnah Rasulullah."Lancar Rafiq Zikri melafazkan akad itu.
Saksi-saksi yang ada di sekelilig mengangguk apabila Encik Khairil menoleh ke arah mereka.Maklumlah,nak tahu sama ada sah atau tidak."Sah!" Tangan Rafiq Zikri dilepaskan.Riang hati Puan Zakiah,ada juga yang mahu meminang dengan anak perempuannya.Alhamdulillah.
" Yesssss! Dapat juga khawin dengan Airish."bisik hati Rafiq Zikri lalu memandang sekilas ke arah Airish yang sedang tertunduk.
Gembira rasa hati Rafiq Zikri kerana dapat melafazkan akad nikah dengan lancar.Lega wei! Rafiq Zikri menyapu dadanya perlahan-lahan. Kali ini , aku kena jaga Airish betul-betul. Ada yang tertawa , ada yang tersengih melihat aksi Rafiq Zikri . Berpeluh-peluh dahi Rafiq Zikri untuk melafazkan akad nikah.Mesti gementar.
Rafiq Zikri menarik Airish untuk mendirikan solat sunat dua rakaat.. Airish menunjukkan jari manisnya ke arah Rafiq Zikri."Cincin ?"
"Nanti saya sarungkan.Jom solat."
***
SELESAI sahaja solat, Rafiq Zikri mengajak Airish untuk bersujud syukur kepada Allah atas segala limpahan kurnian-Nya.Terima kasih tak terhingga.Lebih-lebih Airish memberi dia peluang untuk membetulkan kesilapannya yang dahulu.
Haira tersenyum sinis. Airish mengetap bibirnya.Harap-harap Haira tak malukan dia kali ni.Tak sanggup.Rafiq Zikri mengusap jari-jemari Airish yang halus itu.Mata mereka bertentang.Dapat juga memegang tangan permaisuriku.Cinci permata kecil ity tersarung kemas di jari Airish.Senyuman Airish dihadiahkan kepada Rafiq Zikri.
Suhana berlari ke arah Airish lalu menarik lengan Airish.Rafiq Zikri mencubit pipi Suhana."Suhana,sayang." Suhana tersenyum riang.
"Mama,papa dah balik dari outstation."
Airish tersenyum riang.Sekurang-kurangnya, dia tidak lagi diselubungi dengan rasa serba salah. "Papa,jangan tinggalkan mama tau." Rafiq Zikri memandang ke arah Airish.Airish membuang pandangan ke arah tetamu.
"Tak,sayang.Papa tak akan tinggalkan kamu dan mama."
Airish memegang tangan Rafiq Zikri lalu disalami tangannya.Tangan Rafiq Zikri dibawa ke bibir lalu dikucup. Rafiq Zikri tersenyum riang. Tangan Rafiq Zikri mengusap kepala Airish."Terima sayang."
Pelbagai cahaya menyinggah ke arah mereka saling berganti-ganti.Terpaksa melemparkan senyuman yang seikhlas.Airish memandang ke arah Rafiq Zikri. "Terima kasih Allah"
2 comments:
hehehee... dpt bygkn suasana akad nikah dorg... :D
Suara aksara : Tgan Farhan ??
Post a Comment