Chat here,darling.

Sunday, April 20, 2014

My hubby My Teacher- Bab 2 (Preview)


Woh, tak sangka saya. Ramai yang memilih cover number 2. Hm, :3 Whatever. 
Never mind, esok sekolah. So byebye semua :D Saya akan rindu awak semua. Jaga diri baik-baik.
Okay.Good. What should I do right now? Should I accept him or reject ? Farisha menghenyakkan punggungnya di sofa. Majalah epop dicapai lalu diselak sehelai demi sehelai.
  Fikirannya masih bercelaru akibat memikirkan dirinya bersama seorang lelaki yang tidak dikenali di atas pelamin. Macam manalah dia nanti agaknya? Gementarkah nanti?
  "Isha!"sapa Syukri dan Fatiyah dengan serentak iaitu sahabatnya.
Farisha berpaling ke arah suara itu.Secara automatik,matanya membulat. Alamak,sahabat aku datang? Macam mana aku nak beritahu? Farisha memandang ke arah luar tingkap.
"Tahniah,Isha,"kata Fatiyah lalu memeluk tubuh Farisha.
Farisha melemparkan senyuman. "Tak sangka taste kau,macam cikgu Hakimi. Handsome siot suami kau!"kata Fatiyah.
"Ha'ah. Kau dah pandai masak ke wei? Sebab setahu aku,kau masak....."celah Syukri.
  "Ish,kau ni Syuk! Aku sepak kau nanti kang,"kata Fatiyah sambil merenung tajam ke arah Syukri.
Farisha tersenyum kelat."Aku mana reti masak semua ni. Yelah,nak kupas bawang pun dah menangis. Apatah lagi nak memasak.Muntah juga suami aku nak makan,"balas Farisha bersahaja.
"Relakslah. Eh,kenapa kau kahwin dengan orang yang lebih tua daripada kau? Umur dia,dahlah 27 tahun."kata Syukri.
  "Yelah,Isha. Kau dahlah budak-budak lagi. Susah kau nak sambung belajar. Duduk rumah,layan suami,"kata Fatiyah.
Layan suami? Mama,papa.....Isha tak tahu nak layan suami 24jam. Tak nak kahwinnnnnnnn!
"Isha."
"Isha."
"Woi,Isha. Pahal termenung jauh sangat?"soal Zaidi,abang kepada Farisha.
  "Suka hatilah!"balas Farisha dengan geram.
  "Ek eleh. Kau ini adik. Hormat sikit. Hah,amacam kau? Ready nak kahwin?"soal Zaidi.
Farisha menggeleng.
  "Laa. Readylah cepat. Macam mana suami nak buat malam pertama?"sakat Zaidi sambil tersengih.
Malam pertama?Ah,tak nak aku."Ish,abang ni.Isha tak terfikir langsung tahap tu.Geli,"balas Farisha.
  "Eleh,nanti......
  "Abang nak adik rampas komik abang tak?"ugut Farisha.
   "OK fine."
Farisha menggeleng. Malam pertama? Layan suami? Aku tak pernah fikir pun. Tak pernah terlintas pun di minda aku ni. Ah,aku tak bersedia lagi......
*****

Saturday, April 19, 2014

My hubby My Teacher ( PART 2 )

My hubby , My Teacher is back!

Disebabkan ramai yang kata cerpen MHMT tu pendek sangat. Saya akan buat lebih panjang dan lebih mendalam. Cewah. Mendalamlah sangat. Moga terhibur. Adakah kauorang semua nak saya sambung cerita MHMT ? Novel atau cerpen yang akan awak pilih? Cover yang manakah kauorang akan pilih ? Sila ringankan tangan awak untuk komen.  TQ. XOXO.
________________________________________________________________________

Cover number one
Farisha melangkah malas ke arah sofa. Lantas dia menghempaskan tubuhnya di sofa.Empuk.Lena. Dia mengerling sekilas ke arah jam dinding yang berwarna coklat.
  "Isha, mama nak kenalkan seseorang dekat Isha."
Puan Hajah Izati melabuhkan punggungnya di sofa. Mulutnya menguntum sebuah senyuman manis.  Dipandang raut wajah Farisha dengan tenang. Rambutnya diusap lembut. Kini, Encik Haji Faizal melabuhkan punggung di sebelah Farisha.
  "Mama.Papa. Isha masih muda."
Encik Haji Faizal mengangguk-angguk. "Papa tahu Isha masih muda. Tapi, apa salahnya kahwin muda?"
  Farisha menggeleng laju. Kahwin muda okay? Nonono! Kahwin muda tak okay. Aku tak ready lagilah. Umur aku baru saja 19 tahun dan aku kena kahwin? Dengan siapa pun aku tak tahu. Handsome ke dia? Pandai ke dia? Kaya sangat ke dia sampai mama papa suruh aku kahwin?
  "Mama, papa tak nak Isha duduk sini lagi ke? Sebab tu ke kauorang nak Isha kahwin awal."duga Farisha.
Puan Hajah Izati tertawa kecil. Sejak bilalah Isha sudah pandai merepek? Tak padan dengan tempat pula tu. "Apa yang Isha merepek ni? Mana adalah. Elok apa kahwin muda? Elak daripada sosial yang makin berleluasa tu?"kata Puah Hajah Izati.
  Farisha mencebik. Sejak bila aku pandai bersosial? Duduk terperap dekat rumah pun dipanggil sosial? Hello, i don't have facebook, twitter and etc. OK. Pelik betul. Mesti diaorang salah sangka. "Mama,papa. Isha duduk rumah aje pun. Bukannya merayau bagai nak rak."kata Farisha.
Cover number 2
  "Isha,Isha. Papa tahu, anak papa ni pandai. Cerdik. Cantik. Kalau Isha sayang kami, Isha kahwin dengan pilihan kami ye,nak. Lagipun, dia tu baik orangnya. Bergaya. Berkerjaya."kata Encik Haji Faizal. Melambung-lambung pujian ayahnya kepada si dia.
  Farisha terdiam. Ini yang aku tak suka ini. Macam mengugut saja. Nanti kalau aku reject lelaki tu, kecewa pula ibu ayah aku. Apa yang perlu aku buat ini? 
  "Ma, Isha sudahlah tak pandai masak, menjahit. Mama pun tahu kan? Papa?"kata Farisha. Dia berharap agar mereka memahaminya.
  "Isha, semua tu nanti boleh belajar dengan suami Isha."jelas Datin Hajah Izati.
"Sayang, abang dah balik."kata seorang lelaki. Pintu utama ditutup. Briefcase diletakkam di atas meja. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Farisha.
  "Sayang, abang laparlah. Nak makan."kata lelaki itu lagi.
Zaaaaaaaap! Farisha menelan liurnya. Dipandang sekilas ke arah meja makan. "Isha dah masak. Pergilah makan."kata Farisha. Lelaki itu memandang ke arah Farisha. "Awak temankanlah saya."kata lelaki itu.
  Farisha menggeleng. "Isha."
  "Iye abang, Isha temankan."
Farisha menyenduk nasi putih ke pinggan lelaki itu. Biarlah dia yang makan. Aku dah kenyang. Eh, alamak! Aku tak rasa lagi masakkan aku. Aduhhhh! Habislah aku macam ini.
  Wajah lelaki itu dipandang sekilas. Matanya merenung ke arah Farisha. Diteguk air sirap beberapa kali.
  "Awak, kenapa masakkan awak ni masin? Kenapa air ni manis sangat? Kenapa kuah ni tak cantik? Kenapa ikan ni macam tak masak?"
Membutang mata Farisha. Lantas dia menepuk pipinya berkali-kali. Mama,papa..... Isha tak nak kahwinnnnnn!
*****
Farisha menarik nafas panjang lalu menghembus dengan perlahan. Dia mengerling sebentar ke arah jam tangannya. Ibu kata, jumpa dulu. Kalau aku sendiri tak berkenan dengan dia, macam mana aku nak kahwin? Mom,dad. Why don't you understand me? Why.......? Aku tahu, aku tak boleh kecewakan kedua ibu bapaku. Mahu tak mahu, sama ada aku berkenan atau tak. Aku kena 'terima' dia. Ah, bolehkah begitu?
  "Maaf lambat."
Tiada salam, tiada senyuman di bibir pada raut wajah lelaki itu. Lantas segera lelaki itu duduk di hadapan Farisha. Lelaki yang tidak tahu berfashion seperti lelaki sekarang. Berkemeja putih. Lelaki ini, bukankah cikgu Hakimi? Astagfirullahal'azim. Aku pasti sedang bermimpi ini.
Farisha meletakkan kepala di atas meja lalu memejam matanya dengan rapat. Tolonglah. Ini semua mimpi. Dia pejam dan pejam. Apabila dia membuka mata lalu mengangkat kepalanya. cikgu Hakimi masih lagi ada di hadapan.
  "Awak okay tak,Isha?"
Oh boy,sejak bila cikgu ini, guna berawak saya ini; buat aku tak berasa janggal."C...Ci..Cikgu bu..buat apa dekat sini?"tanya Farisha. Aduh, kenapa aku tanya soalan bodoh dekat dia?
  "Hah? Kenapa tanya soalan macam tu?"
  "Eh, tak ada apa-apalah.cikgu,"
  "Isha. Panggil saya Hakimi saja atau nak lagi sedap, panggil saya Mi. Bukan Mi goreng."
Farisha tertawa kecil. Pandai juga cikgu Hakimi ini bercanda dengan dirinya. Hakimi memanggil pelayan restoren untuk membuat pesanan. "Isha nak makan ke atau nak minum?"soal Hakimi dengan tenang.
  "Er. Tak apalah."
  "Hah,baguslah. Jimat duit poket saya."
Farisha berdengus perlahan. Kurang asam betul. Bukannya nak bersweet talker dengan aku. Ini namanya, nak cari gaduh dengan aku. Kus semangat. Sabar,Isha. Orang yang di hadapan kau, lebih tua daripada kau. Relaks,sis. Hakimi memesan nasi goreng cina dan jus tembikai laici.Fuh, confirm dia melantak habis-habisan ni.
  "So, umur Isha, 19 kan?"soal Hakimi. Farisha mengangguk. "Oh, tunggu result lah ni? Apapun, tadi saya ada mesyuarat. Fikirkan tadi nak call awak. Tapi..... Saya tak ada nombor awak."ujar Hakimi. 
  "Ha'ah, tunggu result. Tapi hari ini, dah dapat result yang menakutkan."kata Farisha sambil tersenyum paksa. Ya, inilah result yang menakutkan. Result kena kahwin. Kenapalah sekarang ramai sangat kahwin awal termasuklah aku sendiri? Aku tak bersedia tahu tak? Dia tu dah lah cikgu. Lagi tua daripada aku. Kalau nak dibandingkan dengan aku ini; masih budak mentah! Tak sesuai lagi.
  "Awak setuju ke dengan pernikahan ini? Yelah, awak masih muda."soal Hakimi tanpa memandang wajah Farisha. Kus semangat. Soalan susah ini. Kalau boleh, aku nak jawab yang aku tak bersedia lagi. Tapi, ini juga kan masa depan aku. Apa yang perlu aku jawab sekarang ini? Setuju atau tidak?
Bersambung ~

Novel : Sahabat - 3


Selamat pagi semua. Finally,cerita sahabat yang 'seram' sudah diupadate. Mungkin lepas ni, dah jarang update cerita :/ sebab exam nak dekat, jadi, kepada sesiapa yang nak saya update, sila comment dan sharelah dekat mana-mana. Biarlah komen dengan jujur supaya saya boleh perbaiki kesalahan saya :) Moga terhibur.
Sincerely,
Miss Fairytale XOXO

Aku menguraikan rambutku dengan jari-jemariku yang halus. Aku membiarkan diriku leka untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahku. Sesekali, perasaan hairanku menyelubungi jiwaku. Siapakah 'gadis' yang mengesot ke arahku tadi? Mengapa aku terasa masa berlalu terlalu pantas? Dup dap dup dap!

Sahabat,
Kau kata kau sayangkan sahabat kau.
Kenapa bila aku mendekati
Kau semakin jauh?
Bukankah kita sahabat?
Sempat aku mengerling ke arah jam dinding. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Memang memakan masa yang lama untung menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarahnya.Apapun, tugasannya perlu disiapkan. Tidak baik ditangguh. Nanti makin melarat pula untuk disiapkan. Siapa yang tanggung? Tuan punya badan jugalah.

  "Fash,kau dah sarapan?"tanya Ariana dengan ceria.

Aku menggeleng.

  "Oh, makanlah dulu. Assignment tu nanti boleh disiapkan. Tak baik seksa perut kau."ujar Ariana dengan lembut.
  "Aku....Malas nak makan."balasku bersahaja.
  "Hm... Yelah. Oh ya, aku nak tanya.Malam tadi, kenapa kau tidur di luar?"soal Ariana.

Aku tersentak. Tanganku secara automatik berhenti menaip.Aku memandang ke arah Ariana. Benarkah malam tadi, aku berada di ruang tamu? Bukankah aku tidur sekali dengan Ariana?

  "Mana adalah. Aku tidur dengan kaulah semalam."balasku.
  "Memanglah. Lepas tu, macam mana kau ada dekat luar? Ada cerita running man ke? Tv tak bertutup."kata Ariana dengan hairan.

Aku menggeleng. "Tidak wei. Aku tidur dengan kau."
"Habis, pagi tadi yang kau meracau macam orang kena rasuk, kenapa?"

Aku terdiam.

  "Kalau aku cakap, kau tak akan percaya."
  "Apa dia?"
*****

Bunyi rengekan bayi kecil menyapa gegedang telingaku. Pantas aku menuju ke arah ruang tamu. Siapa pula yang datang? Setahu aku, Ariana belum berkahwin. Apatah lagi aku yang masih membujang.

  Aku melihat ke arah sofa. Kelihatan Ariana sedang menonton televisyen. Perlahan aku mendekatinya lalu melabuhkan punggungku di sebelahnya.

  "Kerja kau dah siap ke?"

Aku mengangguk.

  "Oh,baguslah. Aku tak tahu nak buat apa sekarang."
  "Petang-petang macam ini, rasanya elok pergi taman. Jogging."
  "Jogging? Malaslah. Aku dah cukup kurus."
  "Eleh, kuruslah sangat."
Sahabat..
Pandang aku.
Aku di sini.
Pandanglah aku.
Adakah kau sudah membenciku?
Aku memaling ke arah belakang, Seakan-akan ada orang yang sedang memerhatikanku. Menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada kelibat 'benda' tu pun. Syukur. Aku menghembuskan nafas lega. Sesekali bayang hitam berjalan pantas ke arah dapur. Gulp! Jangan buat hal lah!

  "Fash.. Termenung jauh nampak?"tegur Ariana.
  "Um.. Kau nak pergi mana?"
  "Kata nak pergi jogging? Jom lah."

Aku terdiam seketika lalu kepalaku diangguk perlahan.

*****

Hampir setengah jam, aku dan Ariana meluangkan masa di taman. Air peluh mengalir laju ke pipiku. "Confirm turun 5 kg ni."kataku dengan ceria.

  "Ceh. Perasan. Tengok-tengok, 1 kg pun tak lepas."balas Ariana. Dia mengelap peluhnya dengan kain lap mickey mouse miliknya.

Sesekali aku memandang ke arah tasik. Pemandangannya cantik. Aku menarik nafas dan kemudiannya dihembuskan dengan perlahan-lahan. Tiba-tiba ada seorang gadis menyapaku dan Ariana.

  "Hai."
  "Hai."balas Ariana manakala aku melemparkan senyuman.
  "Boleh saya duduk sekali dengan kauorang?"

Ariana mengangguk. "Siapa nama awak?"

Gadis itu memandang ke arahku. Lama. Pantas aku membuang pandanganku ke arah tasik. Bulu romaku berdiri tegak, seakan-akan 'benda' itu, berada dekat denganku.

  "Saya Dania. Kauorang?"

Aku menelan liur. Adakah ini jelmaan Damia atau memang ada kembarnya? Muka Dania seakan mirip sekali dengan mirip muka Damia, sahabatku dan Ariana. Perasaan tidak enak, menyelubungi jiwaku.

  "Oh,Dania. Saya Ariana dan sebelah saya Fashilin."

Dania mengangguk perlahan lalu berjabat tangan dengan Ariana. Apabila tiba giliranku untuk berjabat tangan dengannya, hatiku mula resah. "Fash! Salamlah."

  Tanpa melengahkan masa, aku terus berjabat tangan dengan Dania.

"Sebenarnya, saya sedang cari rumah kosong. Tapi, kebanyakannya rumah kena beli."kata Dania dengan nada yang perlahan.

  Ariana memandang ke arahku. Aku berdengus perlahan. "Tidak mengapa, Nia boleh tinggal dengan kami."balas Ariana.

  Aku terus menoleh ke arah Ariana. Biar betul Ariana ni? Ajak orang yang baru dikenali? Kalau terjadi apa-apa macam mana?

Usah kau risau sahabat.
Kini, kita kembali bersama.
Percayalah sahabat.
Aku rindukan kamu berdua.

Aku membisu.

Bab 2

Friday, April 18, 2014

Novel:Peluang - Bab 29

Comment dan share kalau nak sambung :*
Tangan Airish kejap memaut stereng, terkebil-kebil mencari parkir. Puan Mariyam menjenguk ke arah kereta. 'Airish?' hati kecil bertanya 1001 soalan. Kenapa dia pulang ke rumah ni? Seorang diri pula tu. Mana suaminya?
  "Assalamualaikum,ibu." Airish menyapa lalu mngucup tangan Puan Mariyam. "Waalaikummusalam."
 "Kenapa Airish balik tidak beritahu ibu? Kalau Airish beritahu, ibu sudah masak makanan kegemaran Airish." Puan Marinyam mencubit pipi Airish yang tembam sedikit. "Eh, akak balik. Kenapa tak beritahu,Haira?" Haira terus memeluk kakaknya, Airish dengan erat. Lama juga tidak bersua.
"Eh,Airish.Masuklah. Kitaorang baru nak makan malam." Airish mengangguk perlahan. Tangannya dipimpin oleh adik kesayangannya,Haira. 
    "Yeay. Yeay. Mama balik. Papa mana mama?" Suhana memeluk patung beruangnya. "Papa kerja sayang." Airish terus mengucup kepala Suhana. Rindu. Tak boleh nak berjauhan dengan Suhana. Inipun ,Airish ambil kesempatan untuk pulang ke rumah ibunya. Kalau tunggu si Rafiq Zikri. Entah bila dia mahu pulang pun dia tidak pasti.
  "Nenek masak sedap hari ini." Airish tersenyum lalu mendukung Suhana.
"Jemput makan semua." Encik Khairil menatap wajah Airish. Sejak mereka berkhawin, Airish memberi Suhana kepada mereka. Biasalah, kalau Suhana tidak ada di rumah mereka pasti sunyi bangat.
****
SELESAI saja mereka makan malam, Airish luangkan masa dengan Haira. Sejak mereka berdua sudah berbaik, hubungan adik-beradik sudah semakin akrab. Airish melihat Encik Khairil dan Puan Mariyam bermain dengan Suhana. Tersenyum seketika. Hati yang terluka dapat disembuhkan sementara waktu. Nanti bila dia pulang ke apartment semula, entah macam mana hatinya nanti.
   "So,akak dengan Rafiq okay?" Haira sengaja mengorek rahsia. Mahu juga dia tahu hubungan kakaknya dengan Rafiq Zikri. Direnung wajah Airish dalam-dalam. Wajah Airish tidak seceria yang dia sangkakan. Ah,mungkin perasaan kau ,Haira.
   "Okay sangat,Haira." Airish tersenyum lalu mencubit pipi Haira.
"Suhana tu bila Airish nak ambil?" Airish tergamam dengan soalan Haira. Tidak sukakah dia dengan Suhana? "Kenapa?" Airish hairan.
   "Bukan apa, Suhana seronok sangat dekat sini.Dia kata, dia nak kakak dengan Rafiq duduk di sini. Dia nak main dengan atuk dan nenek." Haira memandang ke arah Suhana. Kalau ajak Rafiq Zikri, entah bila dia mahu berkata 'ya' pun tidak tahu bila.
  "In Shaa Allah. Rafiq busy sikit. Doktor kan?" Airish mengeluh. "Sabarlah,kak. Selagi dia gembirakan hati akak, jangan mengalah!" Airish tertawa buat-buat. 
  "Baiklah,Haira.Awak tu bila nak khawin?"usik Airish. "Ish,akak ni. Adik tak habis enjoy lagi." Airish tersenyum. Seronoknya kehidupan Haira.

Novel:Peluang - Bab 28

Selesai saja Airish solat Asar, dia terus turun ke lobi untuk pulang ke rumah. 
   *TINGGG!* Pintu lif dibuka luas. Kaki Airish melangkah masuk. Dia memeluk fail dengan erat. Pintu lif ditutup rapat. Keluhan berat dilepaskan. Penat. Mata Airish dipejam rapat-rapat. Tidak sanggup berhadapan dengan Haris sepanjang hari. 
  Jam sudah melangkau ke angka 6 petang.Deringan bunyi telefon bimbit berbunyi.Airish melihat nama yang sudah tertera di skrin lalu menyentuh skrin yang berwarna hijau.
  "Hello." sapa Airish dengan malas.
  "Hello, sayang. Abang lambat balik tau hari ini...Abang..." 
  Airish mengeluh perlahan. Kedengaran suara perempuan yang menggedik di hujung talian. 'Dia ada perempuan lain ke?'  "Are you there?"
  "Abang ada hal tau... Jaga diri."
 "Sayang, siapa tu?" tanya seorang gadis di hujung talian. Suaranya tidak seberapa jelas lalu panggilan dimatikan. 
Fail di tangan Airish terlepas di tangannya. Dia merengus perlahan. Tangannya cepat-cepat mencapai fail yang jatuh. "Maaf." Kepala Airish diangkat lalu melemparkan senyuman pada seorang lelaki. Tangannya mengigil saat memberi fail hitam kepada Airish.
  "Tak apa. Salah saya. Jalan tak tengok depan," Airish mengalah. Lelaki itu mengangguk perlahan. "Awak balik naik apa? Suami awak ambil ke?" Bertubi-tubi lelaki itu menanyakan soalan kepada Airish. Ceh,macamlah dia ayah Airish. 
"Balik sendiri." Airish tersenyum lalu meminta izin untuk undur diri.
    "Miss Airish." Haris menepuk bahu Airish. "Yo. Nak apa?"
Haris tersengih macam kerang busuk. "Awak yakin , besok keluar lunch dengan saya?" Airish mengangguk. "Lagipun, ada benda yang nak dibincangkan besok." Haris tersenyum.
    "Bincang banyak-banyak pun tak apa. Asalkan dengan Airish. Saya terima."
Tertawa kecil Airish. "Bodek ye?" Haris menggarukan kepalanya yang tidak gatal. "Saya minta diri dulu ye."
  "Eh, Airish kejap."
 "Hmm....."
 "Siapa nama suami Airish eh?" Airish terdiam seketika. "Airish?"
 "Rafiq Zikri." Airish tersenyum. Haris tersenyum sinis. "Moga awak bahagia dengan dia."
 "Amin...."
Sebenarnya, Airish kurang yakin dengan kesimpulannya. Adakah dia bahagia dengan Rafiq Zikri atau sebaliknya. Hati dia sedikit gusar. Resah gelisah. Siapa perempuan di hujung talian tadi? Adakah perempuan yang dia bertemu hari itu? Sungguh perempuan tu cantik. Mungkin pesakit Rafiq Zikri.
   Tapi, kenapa perempuan tu panggil Rafiq Zikri dengan perkataan 'sayang' ? Main kayu tigakah? 

Monday, April 14, 2014

Finally, miss is back.

Alhamdulillah, dapat juga buka. Sekian lama miss biarkan blog ni berhabuk dan tidak dikunjungi orang ramai. Cewah. Kepada yang sudi melawat blog miss. Thank you so much. I appreciate it! So, how's life? Sihat tak semua?

Hari ini, miss nak bercerita. Hihihi. Hampir 2 bulan miss dan kawan-kawan miss berlatih kawad kaki. Memang penat sangat. Ada ke aktiviti yang tidak memenatkan selain goyang kaki? Hihi. Macam big boss pula. 

Yep. Berlatih bagai nak gila dan akhirnya, BSMM menang untuk kali yang ke-12. Mula-mula nervous juga time cikgu nak umumkan. Sekali, bila dengar. Fuuuhh, menjerit macam orang gila.

- Masa raptai kawad kaki - 


- Ahhum, selfie kejap sebelum sambung balik latihan. Nampak macam tangga tak? Huih, terasa tinggi sekejap time ni- 



Masa tengah check baju dan lain-lain, masa ini jugalah ramai yang pengsan. Potong markah lah jawabnya. Nak tak nak , terima sajalah. Miss rasa pelik sangat. Yelah, badan uniform lain, semua check, sampai turn kami. Krik krik krik krik. 

Entah kenapa tahun ni, saya masih dapat tempat 'pembelok'. Ingatkan nak duduk tengah. *Perasan pendek* Hihi. :3


- Alhamdulillah, menang untuk kali yang kedua belas. Wuhuuuuu. -




Sunday, April 6, 2014

Novel : Sahabat - 2

Yay, cerita 'seram' kini kembali update ^^ Haih, miss macam tak boleh lepas pula dengan blog. Rindu sangat-sangat nak blogwalking blog orang :O Goshhhh. SPM pun makin dekat T_T  moga terhibur. 
P/S : Baca 'time' malam atau tengah malam :3 Kenapa? Sebab miss tak reti buat cerita seram T_T 
Jom like page saya :)
Sahabat,
Tika kau susah,
Ku sentiasa bersamamu.
Mengapa tika ku susah
Kau lari daripada aku?
Sampai hati kau,sahabat.

Ariana menongkat dagunya sambil memandang ke arahku. Hatinya menjadi resah gelisah. Adakah benar, 'Damia' berada di belakangku? Bukankah dia sudah tiada? Adakah ini realiti atau imaginasi semata-mata? Fash,tolong jangan takutkan aku!

  Perlahan-lahan Ariana memusing ke belakang. Betul ke apa yang Fash katakan? Entah-entah dia nak kenakan dirinya sendiri? Apabila dia berpaling ke belakang. Tiada orang."Fash! This is not funny."

  Aku mengangkat wajahku. Memang betul ianya tidak kelakar, tetapi aku betul-betul nampak Damia berdiri di belakang Ariana... Tak ada?

  Kini, pintu pula diketuk bertalu-talu. Aku dan Ariana tersentak. Kaku. Menggigil. Mataku bertembung dengan mata Ariana. Berkomunikasi dengan bahasa mata.

  "Pergilah buka."arah Ariana kepadaku.

Aku menggeleng. "Tak naklah."

  "Fash!"
  "Iye.Iye. Aku buka!"Getusku.

Aku cuba memberanikan diri untuk membuka pintu. Tanganku diletakkan di tombol.Aku menarik nafas kemudian hembus. 1..2..3...

  Pintu dibuka. Aku memandang ke arah luar. Tiada orang.Hanya angin yang dingin saja yang menampar wajahku. Aku mengusap tanganku lalu menutup pintu cepat-cepat. Bulu romaku berdiri tegak. Tiba-tiba aku menggigil.

  "Wei,siapa?"
  "Tiada siapa."

Ariana diam. Aku mengatur langkah ke arah sofa. Remote control dicapai lalu televisyen dipasang. Siaran kartun disiarkan di kaca tv. Ariana melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Wei, aku rasa tak sedap hatilah."kataku.

  "Aku pun."
  "Kau lah ni, mulut cabul!"

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata, engkau binasa.
Jangan takut. Jangan menyesal.
Aku datang untuk menganggu.
Bunyi derapan kaki mengganggu tidurku. Sempat aku mengerling ke arah jam dinding. Langit semakin hitam. Ditemani bintang yang berkelipan. Ariana pula, lena tidur dibuai mimpi. Tidak dengarkah dia?

  Tersarung selipar hello kitty berwarna pink di kakiku. Aku berjalan malas ke arah pintu. Pintu dibuka. Suasana sunyi dan sepi. Gelap gelita. Tiada cahaya lampu yang dinyalakan. Aku mengatur langkah ke dapur. Aku meraba-raba mencari suis lampu. Zaaaaaaaaaaaaaaap!

  Tanganku disentuh oleh seseorang. Lantas aku memegang tanganku sendiri.

Aku ada di sini.
Menemani malam mu setiap hari.
Jangan kau khuatir.
Aku di sini kerana rindukan sahabat.
Mataku yang tadinya hampir tertutup, dibuka seluas-luasnya. Cepat-cepat aku menyalakan lampu dapur. Lampu berkelip-kelip sebelum memancarkan cahayanya di dapur. Mataku tertumpu ke arah sesuatu 'benda' yang berwarna putih. Rambut yang panjang. Tika cahaya lampu dapur dibuka, 'benda' itu berada di hadapanku. Betul-betul di hadapan.

"Allahu Akbar!"

Aku terus terduduk di lantai. Aku menutup mulutku. Mataku dipejam rapat-rapat. 'Tolong pergi jauh! Jangan ganggu aku.' bisik hatiku.

  "Fash... Tolong angkatkan Mia.Mia lemah,Fash."

Suara itu merayu penuh lirih. Namun, suara itu boleh buat aku demam seminggu! Aku berharap agar 'benda' itu hanyalah khayalan atau mimpi semata-mata.

  "Fash...Kita sahabat Fash. Kenapa tak nak tolong aku,Fash?"

'Benda' itu mengesot ke arahku. Rambut yang menggerbang, mata yang merah. Aku memejam mata rapat-rapat. Jantungku berdegup kencang. "Tolong jangan ganggu aku! Pergi!"jeritku.

  "Fash....Kenapa kau dengan Riana jauh daripada aku? Kenapa tak nak tolong aku?"rintihnya. Kini tanganku diusap perlahan cepat-cepat aku menepis. Aku mahu larikan diri, entah kenapa aku tiada kekuatan untuk berlari. 'Allah,tolong aku.Ariana,bangunlah!'doaku dalam hati. Aku menggigil ketakutan. Aku memeluk kakiku sehingga rapat ke dada.

  "Fash."
  "Fash!"
  "Fash! Kau mengigau apa ni? Meracau tak tentu fasal kenapa?"tanya Ariana. Suara Ariana mengejutkan aku. Tanganku yang sejuk beku, memegang tangan Ariana.

  "Kenapa kau tidur di luar? Tv tak tutup. Bila kau bangun?"tanya Ariana dengan hairan.

Aku memeluk Ariana dengan erat. "Riana, aku takut."kataku.

  "Hesy, dahlah, jom solat Subuh."



[ Bab 1 ]

Friday, April 4, 2014

Novel : Sahabat

Good night,Oyasumi,selamat malam,Wanshang hao! Hari ini, miss buat cerita seram. Tidak tahu menjadi ke tak. But I'll try my best. Sebenarnya, miss tidak reti sangat buat cerita seram ini, jadi terpaksalah guna pengalaman adik miss. Maklumlah, dia pernah nampak 'benda' tu sampai sekarang. Yang hairannya, dia langsung tak takut. Huih. Apapun harap kauorang suka. Nak sambungan, comment dan share ^^ :3 So, enjoy. Trust me, cerita ni, miss buat pendek saja.

  "Yay. Seronoknya dapat pindah rumah baru!"
Ariana menjerit sebagai tanda kegembiran. Ariana merupakan sahabat aku yang paling aku rapat. Yang paling aku sayang. Dia jugalah tempat ketiga untuk aku mengadu selepas Allah dan keluargaku.

  "Biasalah. Hasil titik peluh kita juga. Alhamdulillah,"kataku dengan ceria. Aku melabuhkan punggungku di sebelah Ariana.Tudung bawal yang berwarna hitam diletakkan di bakul. Aku menguraikan rambutku.

  "Tapi,kau tak takut ke.... Kalau-kalau rumah ni......"
Aku terus menepuk peha kanannya. Ish! Tak sayang mulut macam itulah. Cakap main lepas saja!

  "Aku kata benda yang betullah. Rumah ini dulu...."
" Ah, aku nak memasak dulu."

Aku bingkas bangun lalu meninggalkan Ariana di ruang tamu. Ariana memang begitu. Setiap kali bila nak pergi jalan-jalan, cerita hantunya, cerita karutnya, tidak sah kalau tidak diceritakan. Aku bukannya marah tapi aku tidak suka. Dia suka menakut-nakutkan aku.

  Hari semakin menjelang waktu malam. Langit sudah diwarnai dengan warna hitam serta dihiasi dengan bintang yang berkelipan. Aku membuka jendela lalu tersenyum seorang diri.
  Kau kata aku sahabat..
  Sahabat yang kau sayangi..
  Sahabat yang kau rindui..
  Kau pergi tanpa melihatku..
  Pergi jauh dariku..
  ITUKAH SAHABAT?!
Bahuku ditepuk kuat. Aku terkaku. Badanku menjadi batu. Tidak bergerak. Perlahan-lahan rambutku dibelai. Rasa ketakutan menyelubungi jiwaku ini.

  Sayang sekali.
  Kau dan aku tetap bersama.
  Kita sahabat kau tak perlu takut.
  Usah kau tangisi, aku di sini.
  Perlahan aku memandang ke arah belakangku. Hatiku menyebut nama "Allah." Biarpun hati masih ketakutan, aku terpaksa kuatkan diri. Wajah Damia aku tatap lama. Wajahnya sungguh elok dan tiada kesan cedera. Sedikit pun tidak ada. Aku hairan, bukankah Damia sudah tia....

  "Woi,Fash! Berapa juta kali kau nak aku menjerit hah?"herdik Ariana.

Kelibat Damia terus hilang dari pandanganku. Di manakah dia? Aku menoleh ke kanan dan ke kiri. Wajahku disentuh lembut oleh Ariana. "Aku ada di depan kau. Kau cari siapa?"soal Ariana.

  Mataku berkerdip berkali-kali. Aku sedang bermimpikah? "Tadi, aku nampak Damia. Kau ada nampak dia tak?"soalku dengan hairan. Ariana memandangku dengan hairan. Keluhan perlahan, dia lepaskan. Mungkinkah aku terlampau letih? Atau mungkin aku rindukan Damia.

 "Ish,kau ni Fash! Tak perlu cakap pasal orang dah tak ada. Sedekahkan Al-Fatihah. Jom makan. Sejuk masakan aku nanti kang."kata Ariana. Dia menarik tanganku dengan kasar. "Ouch! Sakitlah."


Aku melihat wajah Ariana yang kegelisahan. Kenapa dengan dia? Ada masalah ke? "Ariana, kau okay tak?"soalku.

  Ariana mengangguk.

Aku tersenyum manis. "Kau nak tahu tak. Aku ada crush baru. He's cute!"kataku dengan ceria. Aku tertawa kecil. "Siapa?"soal Ariana.

  "Fitri."

Ariana tergamam. Dia memandang wajahku dengan renungan tajam. Aku mengetap bibirku lalu menundukkan kepalaku. "Oh,Fitri. Dia memang comel pun!"kata Ariana. Tawanya didengariku. Aku tersenyum kelat.

  "Um.Fash."
  "Ye."
  "Betul ke kau nampak Damia?"

Aku mengangguk.

  "Oh."
  "Kenapa?"

"Dia kan dah tiada. Jangan disebut-sebut lagi."kata Ariana. "Tapi....Dia ada di belakang kau."kataku.

[ Bab 2 ]

Ada sesiapa nak jadi penulis? Ini tipsnya.


Hari itu, miss saja-sajalah tanya. Ramai jugalah miss tanya orang ni. Maklumlah,teringin sangat nak jadi penulis tapi keyakinan tu masih lagi tahap yang rendah. So, kadang takut nak cuba sesuatu. Bila dapat support daripada kawan-kawan, saudara-mara,sepupu dan keluarga, mungkin lepas SPM, miss nak sambung balik buat cerita and hantar karya :)

Sebulan kemudian, miss dapat email daripada editor. Thank you atas respon saudari.

Salam Saudari Aida.  (Bukan nama saya sebenar)

Saya Kamalia, Editor Adiwarna.
Berkenaan dengan tips penulisan, apa yang saya boleh beri adalah banyakkan
membaca. Jangan hadkan pembacaan saudari dengan satu genre saja. Luaskan
pembacaan saudari. Kadang-kadang untuk hasilkan satu karya yang baik,
penulis perlu membaca banyak buku.


Selain daripada itu, saya galakkan penulis untuk menulis kisah yang dekat
dengan mereka. Tak kira daripada pembacaan, pengalaman sendiri atau
pengalaman orang lain. Sebab, tulisan yang dekat dengan kita akan senang
ditulis. Lagipun, bagi pembaca yang peka, mereka akan tahu sama ada penulis
mahir atau tidak dengan tema yang ditulis.


Saudari boleh merangka secara kasar dulu cerita apa yang saudari hendak
tulis. Boleh rangka watak dan perwatakan supaya tak lari karakter untuk
bab-bab yang seterusnya, jika menulis novel. Menulis novel merupakan satu 
cabaran yang besar dan memenatkan. Ramai penulis yang tak mampu
menghabiskan menulis novel mereka. Tapi, ramai juga yang bersungguh-sungguh
dan akhirnya novel mereka dapat diterbitkan. Yang paling penting, kena
rajin buat kajian tentang tema yang saudari ingin tulis. Kerangka kasar ini
juga membantu saudari menulis plot cerita dengan lebih baik. Perlu ada
sesuatu yang 'umph' dalam cerita tersebut.


Di Adiwarna, kami tidak menyekat idea penulis asalkan tidak melanggar moral
dan agama Islam. Kami tidak kisah saudari ingin mengarang kisah fantasi,
magis-realisme, komedi gelap, thriller, komedi romantik atau sebagainya.
Kalau di Adiwarna, kami SANGAT GEMAR kalau ada penulis yang boleh menulis
tema yang lari daripada kebiasaan. Jalan cerita yang lain daripada lain dan
pada masa yang sama menarik minat pembaca. Kerana, selain daripada menarik
dan tanggungjawab sosial, kami juga mahukan keuntungan untuk meneruskan
penerbitan pada masa akan datang. Saudari boleh saja membaca beberapa karya
yang diterbitkan oleh Adiwarna untuk rujukan. Novel-novel kami memang ada
pelbagai genre.

Yang paling penting sekali, banyakkan berdoa kerana ilham semua datang dari
Allah :)

Selamat menulis.

Novel:Peluang - Bab 27

Dari jauh lagi Rafiq Zikri sudah menangkap kelibat Erin. Rambut Erin dikuisnya dengan jari lalu melabuhkan punggungnya sebelah Rafiq  Zikri. Rasa bahagia bila bersama dengan Erin. Tangan Rafiq Zikri diletakkan di pinggang Erin. Dia memperkemaskan untuk keselesaan Erin.
 "Tak sangka dapat jumpa you di sini." Erin tersenyum. "Tahu tak apa.You buat apa dekat pusat beli-belah ni?"
Rafiq Zikri membelai rambut Erin.Wangi. "Saja. Mana tahu dapat jumpa you." Erin tersenyum manis. Ah,hatinya sudah cair. "I tahu you rindukan I." Duga Erin dengan berani.  "Memang pun."
"Cantik tak I hari ini?"
Rafiq Zikri melihat personaliti Erin dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki. Perfect ! Pakaian Erin sedikit labuh berbanding sebelum ini. Dress yang dipakai oleh Erin menutup lututnya dan berlengan pendek. Tiada corakan tetapi menarik. "You sentiasa cantik,sayang."
Erin tertawa. Mata Rafiq Zikri melihat Erin dengan penuh minat."Jom makan. I lapar." Erin mencebik. Merenung mata Rafiq Zikri dengan penuh harapan. "Jom." Tangan Erin dicapai lalu digenggam erat.
***
    "Boleh saya masuk?"
Tanpa menoleh empunya wajah yang bertanya, Airish terus mempelawa pemuda itu duduk. Jarinya masih lagi mengetuk keyboard. Sesekali menatap skrin komputer yang bercahaya. Alunan lagu piano dimainkan. Tenang.
Airish mengangkat wajah. Dahi Haris berkerut. "Ada yang saya boleh bantu?" Airish melemparkan senyumannya. Terserlah lengsung pipitnya. Haris tertawa perlahan.
    "Sekarang sudah pukul 12 tengah hari. Kita lunch sama-sama,nak?"
Lambat-lambat Airish memberi jawapan. Direnung kertas kerjanya yang masih banyak belum disiapkan. Haris yang perasan renungan Airish terus mengetuk meja dengan pen. Terperanjat Airish. "Jangan risau. Saya boleh tolong. Lagipun, kita dah lama tak keluar." Haris merayu. Berharap agar Airish setuju keluar dengannya.
Airish menongkat dagu. Ditatap wajah Haris sekejap. "Lain kali ajelah. Kertas kerja saya banyak tak siap." 
  Haris mengeluh perlahan. "Sorrylah kalau I ganggu you...Tapi...."
 "Ops.... Haris, besok saja ye kita lunch sama-sama."
Haris tergamam. Akhirnya, permintaannya sudah pun ditunaikan. Tapi bukan hari ini, besok. Haris mengangguk laju. Ketawa Airish dibuatnya. "Macam budak-budak."
Sampai ke hari ini, rasa sayangnya pada Airish tetap ada. Langsung tak berubah. Bila dapat tahu Airish sudah berkhawin. Hatinya hancur berkecai. Hairan. Airish boleh terima lelaki seperti Rafiq Zikri tetapi dirinya ? Mungkin sudah terlambat. Berharap peluang tu ada untuknya ,sudah tentu makin tipis.
   "Airish..Haris masih sayangkan Airish." Airish tersentak.
"Sayang yang teramat....."

Bab 26


Novel:Peluang - Bab 26

Terima kasih kerana setia menunggu cerita "peluang". Sebenarnya, cerita ini pernah di'update' tapi tidak mendapat sambutan. Hihi. Thank you so much sebab setia menunggu cerita yang tak berapa nak best ni. Ada juga yang dok sibuk suruh miss update cerita ini. :3 Nah, ini dia. 
"ABANG,Airish pergi kerja dulu," Airish mencapai tangan Rafiq Zikri lalu dikucup. Rafiq Zikri mengeluh. "Pergi naik apa?" Airish mengangkat muka.Keningnya dijongket. "Kereta Airishlah. Takkan Airish naik kereta sorong pergi kerja." Airish menggeleng.
Rafiq Zikri tertawa.Pandai juga isterinya mengusik. Direnung sekali lagi wajah Airish. Perasaan kesal menyerang dirinya secara tiba-tiba. "Abang minta maaf ye,Airish." Airish mengulum senyuman. Perlahan kepalanya diangguk. Kakinya pantas menuju ke sofa. Pantas tangannya mengambil beg lalu menyarung kasut.
"Hati-hati tau,sayang." Airish mengeluh. "Abang ni, tak pergi kerjakah? Sibuk sangat dengan diri saya." Rafiq Zikri tersengih."Tak pun." 
Patutlah beria-ria nak kacau dia. Mana tidaknya, biasanya Rafiq Zikri sudah pun pergi kerja sebelum pukul 8 pagi. Dia pula pergi kerja pukul 7:30 pagi. Lambatkan? Rasanya tidak. Dia mahu mengelakkan dari kesesakan.Tak sanggup menunggu lama-lama dalam kereta. Tambah lagi dengan hawa dingin kereta. Sejuk.
***
AIRISH berjalan ke arah pejabat dalam keadaan yang tenang. Sesekali matanya mengerling ke belakang dengan rasa gusar di hati. Matanya tertumpu dengan seorang pemuda. Dia merenung pemuda diam-diam. Pemuda itu berjalan ke hulur ke hilir. Airish tersengih lalu menghulurkan sapu tangan kepada pemuda itu.
    "Airish?" Bulat biji mata Airish. Terperanjat dengan pertemuaan yang langsung tidak dirancang oleh dirinya.Haris lagi? 
AIRISH menghenyakkan punggungnya di kerusi. "Have a seat,Haris."
Suasana dalam bilik Airish amat sunyi. Hanya Haris dan Airish saja.Kedengaran ketukan jari-jemari Airish di keyboard semakin kuat. Maklumlah, nak ketuk space bar kena kuat sikit. Sesekali disulami dengan bunyi kertas yang diselak sehelai demi sehelai.
  "You are new here. So,kerja apa yang bos bagi?"
 " Kerja menaip macam kena semak mana-mana assigment sebab saya ada kemahiran dalam teknologi. Tak sangka saya dapat jumpa awak di sini." Haris melemparkan senyumannya. Jantung Airish berdegup kencang. "Nice to meet you,Haris.My name is Airishah. So,kalau ada apa-apa bantuan, awak boleh minta tolong dengan staff di luar sana." Airish menjelaskan dengan panjang lebar. Gementar.
"Why not you? I want to see your......"
"Haris, kita sedang berkerja. Watak awak sekarang ialah seorang pekerja. Faham? Watak awak dalam hidup saya sudah mati!." Airish memotong percakapan Haris. Perkataan 'mati' sengaja Airish menekankan supaya Haris sedar diri.
Airish menyerahkan fail kepada Haris. "Semak. Kalau ada typo betulkan. Dokumen semua ada di dalam laci meja awak." Perlahan-lahan Haris mengangguk. 
Perasaan menyesal menyelubungi diri Haris. Tidak tahu kenapa Airish tidak memberi dia peluang untuk luahkan perasaan. Adakah benar aku sudah 'mati' dalam cerita hidup dia?  Aku buntu.
"Awak boleh keluar sekarang." Airish sempat melemparkan senyuman kepada Haris. Tak baik menyombong.

Bab 25

Sila tuntut di sini

http://1.bp.blogspot.com/-U5LE7Q4kmEE/Uz50zhZsb9I/AAAAAAAAC6Y/oMNgld1HWqI/s1600/cats.png

http://2.bp.blogspot.com/-Lw2zWHz-BeY/Uz50ywXb5VI/AAAAAAAAC6U/S724aYPeVwA/s1600/1.png

Finally, siap pun. Agak sibuk sikit bila start sekolah ini :) Tempahan simple template ditutup untuk sementara waktu. :) Jika nak buat tempahan, tunggu lepas habis SPM ^^

http://4.bp.blogspot.com/-EreeDgFh4oc/Uz6G4l154vI/AAAAAAAAC7c/Gb5dWoIi7N8/s1600/1.png

http://3.bp.blogspot.com/-NaNjQPnUqqU/Uz6G4gMizjI/AAAAAAAAC7o/EANtaQR8JFQ/s1600/2.png

http://3.bp.blogspot.com/-VtpChFw79fM/Uz6G4jinR6I/AAAAAAAAC7g/C68rrIVSq7g/s1600/3.png

http://2.bp.blogspot.com/-wcCeXTwsvAI/Uz6G5e1D59I/AAAAAAAAC7w/fJTQ3kFBgDE/s1600/cats.png