Chat here,darling.

Monday, February 24, 2014

Cerpen : Mr. Poyo,aku punya. PART 1


Syeris menggelengkan kepalanya. Tangannya menari-nari menulis nama-nama pelajar yang datang lewat. Begitulah rutin hariannya. Tak sah kalau tidak ada pelajar yang datang lewat. Dia melepaskan keluhan yang berat.
  "Wei,aku dah bosanlah buat kerja ni."

Syahira yang mendengar rungutan Syeris, terus menepuk bahu. "Sejak bila kau pandai merungut ni? Dulu, bukan main nak jaga pagar. Hah,sekarang kau dah pun jadi mak guard pagar."

Sindiran yang dilemparkan oleh Syahira membuatkan dirinya merajuk seketika. Bibirnya diketap kuat lalu menyambung tugasnya. "Hm,dulu lain. Sekarang lain. Bosan."

Syahira tertawa kecil. "Inikan tugas. Jalan sajalah."

  Syeris mengangguk.

  "Wei,halang budak tu."kata Syahira sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang berpakaian sekolah.
Syeris akur dengan arahan Syahira lalu menghalang lelaki itu daripada memasuki sekolah. Matanya memandang pemakaian lelaki itu. Dari atas hinggalah ke kasut. "Nama kau apa?"
  
"Haris."
"Kelas?"
"5 Orkid."
"Oh okay."

  Haris menjeling tajam ke arah Syeris.Perasaan tidak puas hati membuak-buak. Mahu saja menumbuk muka Syeris yang tegang itu. Tapi apa daya dia? Dia hanya seorang pelajar saja. Ah,peduli apa aku. Aku ni gangster sekolah ni.

  "Ewah kau. Pahal kau menjeling? Tak puas hati?"

Langkah Haris terhenti tatkala Syeris menegurnya. "Suka hati akulah. Apa masalah kau?"

  Syeris bercekak pinggang sambil menghalang Haris dari melangkah masuk ke kawasan sekolah. "Pakaian kau dahlah selekeh. Tali leher terbang tah ke mana. Kasut tak basuh setahun. Cuba kemas sedikit!"

Ternganga Syahira apabila mendengar kata-kata Syeris. Tidak sanggup dia bercampur tangan dengan mereka. Tak pasal-pasal, gosip lain pula menimbul. Lebih baik dia tengok saja drama melayu pagi-pagi ni.
  Haris melihat Syeris dari atas sehingga ke bawah. Senyuman sinisnya terukir di bibir. "Kau nak kata kau perfectlah? Pakai tudung pun macam mak nenek!"

Makin berapi-rapi hatinya. Mahu saja dia menampar lelaki yang berada di hadapannya. Maklumlah, selama ini, tidak pernah ada orang menegur dirinya sebegitu rupa. Mungkin hari ini tak sama seperti hari-hari lain. Dia menggenggam tangannya dengan erat.

  "Kau budak baru dalam kelas aku kan? Kau jangan nak poyo. Aku report dekat cikgu"
Haris tersengih. "Kau ni macam budak-budaklah,Eris. Blah lah. Aku nak masuk sekolah, bukan nak dengar mak guard membebel!"

  Syahira tertawa mengekek-ngekek. Pecah perut dia pada hari itu. Baru kali pertama dia melihat wajah Syeris marah. Wajahnya penuh dengan warna merah dek kerana menahan marah.

  "Tak guna punya lelaki!"
*****
"Wei,mak guard. Aku nak pinjam buku sejarah kau."kata Haris lalu mengambil buku tulis sejarah di meja 
Syeris.
  Mata Syeris terkebil-kebil melihat kelakuan selamba Haris. Kepalanya digeleng perlahan. "Kau tengok kawan kau tu. Tak ada adab! Main ambil aje buku aku."

Syahira menggeleng perlahan. "Yang kau cari pasal dengan dia pagi tadi tu buat apa?"

  Syeris mengeluh. "Masalahnya, dia tu selekeh sangat. Rimaslah."

Syahira tertawa kecil. Memang benar dengan kata-kata Syeris itu. Sungguh Haris selekeh orangnya. Tidak memakai tali leher. Baju yang sepatutnya tight in , dia keluarkan. Kasut Haris pula gelap macam lumpur.Geli nak tengok kasut dia. Baru luaran kasut. Dalamannya, tak tahulah. Entah bau bangkai, entah bau hapak.

*****
Waktu berjalan dengan pantas. Pejam celik pejam celik. Peperiksaan besar iaitu SPM bakal dihadapi oleh calon-calon SPM yang cemerlang. Seminggu saja lagi, peperiksaan besar itu akan tiba. Sedia atau tidak, 
semua orang akan hadapi. Mahu tak mahu, soalan perlu dijawab.

  "Mak aih,aku tension buat add math ni,"rengus Syeris seorang diri.

Suasana di perpustakaan sunyi-sepi. Hanya tiga orang saja yang terdapat di perpustakaan iaitu Syeris,Syahira dan seorang pengawas perpustakaan. Syeris mengurut-urut pipinya untuk menahan kemarahan yang membuak-buak. Muka yang diwarnai dengan warna merah, semakin reda.

  "Wei,kau pandai add math,kan? Ajarlah aku. Kau buat laju sangat."rungut Syahira.Tangannya menunjuk ke arah soalan yang tidak dapat dia menjawab dengan baik.

  Syeris tersengih lalu memandang wajah Syahira dengan hairan. "This is your favourite topic lah. Kenapa tak dapat pula?"

  Syahira menjeling tajam lalu mengangguk-angguk. Bahunya dijungkit sambil melepaskan keluhan yang berat. "Aku tak dapat jawapannya."

Syeris mengambil buku add math milik Syahira lalu diperhatikan satu per satu jalan kira yang dibuat oleh Syahira. Kalkulator dicapai lalu menekan-nekan nombor untuk mendapatkan jawapan. Tangannya menongkat dagu. "Laaa, tolak tolak kan positif. Yang kau pergi tolak lagi buat apa. Memanglah tak dapat."
Syahira ternganga sambil melopong mendengar penjelasan daripada Syeris. "Tak faham."

  Syeris mencubit pipi Syahira. "Listen to me. negative 25 negative 5 sama dengan negatif 30,bijak."

Syahira terangguk-angguk lalu melihat semula jalan kiranya. Lalu menepuk pipinya berkali-kali. "Oh my, aku salah kira. Hehe."

  Syeris tersenyum seketika.
*******
Hari pertama peperiksaan, seperti biasa. Setiap kali kita berhadapan dengan peperiksaan sudah pasti subjek utama adalah Bahasa Melayu. Mana ada start dengan Matematik? Sememangnya, nampak saja mudah tika menjawab soalan Bahasa Melayu. Maklumlah, hampir setiap hari bercakap menggunakan bahasa melayu. 
Ada ke guna bahasa lain ? Macam french,japan, korea dan banyak lagi ? Kalau ada pun sikit kan? Lagipun tak masuk exam pun.

  Syeris menadah tangan sebagai tanda kesyukuran terhadapa Ilahi. Dia dapat menjawab dengan tenang. Setenang-tenang air yang bergelora. Dia pulang ke rumah dengan hati yang gembira. "Tak sia-sia aku baca past year punya soalan,"kata Syeris.

  Syeris mengambil 10 mata pelajaran. Maklumlah, nak tambah lagi satu subjek tambahan. Elok-elok 9 subjek, dia ambil lagi satu subjek iaitu Tasawwur Islam.

Selang beberapa minggu, kini SPM sudah pun habis. Kedengaran suara yang menjerit kegirangan.
 "Woi, SPM tak ada dah wei!"
"Merdeka!"
  "Aku dah tak payah lagi jejak sekolah. Wuhooooo"

Syeris dan Fatimah hanya tersengih. Bagi mereka, lepas saja habis sekolah, mereka tidak lagi digelar pelajar.Malah, tiada lagi leteran mahupun kerja sekolah yang diminta-minta oleh guru. Tiada lagi, ucapan panjang pada setiap hari. Tiada lagi makanan murah seperti di kantin. Selepas saja kaki melangkah keluar dari sekolah, mereka tidak lagi bergelar pelajar menengah.

  "Kau plan nak pergi mana,Eris?"

Syeris menjungkit bahu sambil mengeluh. "Bosanlah wei tak sekolah nanti. Kena cari duit sendiri."
  Fatimah tertawa kecil lalu menepuk bahu Syeris.

"Apa?"

  "Tu....."Fatimah memuncungkan bibirnya.

Syeris memandang ke arah tempat yang dimaksudkan oleh Fatimah. "Haris?"

  Fatimah mengangguk. "Dia panggil kau."

Syeris menggeleng. "Tak nak aku. Budak nakal."

  "Kalau kau jatuh hati dekat dia, kau kena dengan aku nanti."kata Fatimah.

"Tak akan punya."kata Syeris. 

2 comments:

Anonymous said...

Best nyerr! Sambung! Sambung!

luahankutintaku.blogspot.com said...

best.. Pandai awak buat ;) Nak lagi boleh >_<