Chat here,darling.

Monday, February 10, 2014

Novel : Peluang - Bab 1

Bab 2, klik gambar
*Flashback.....7 tahun dulu*
Tubuh Airish bergoyang-goyang perlahan mengikut alunan lagu yang dimainkan.Hampir tiga jam Airish duduk di situ melihat kawan-kawannya menari macam monyet.Ikutkan hati memang sudah lama dia cabut lari.Malas nak duduk situ lama-lama.Hati Airish masih terhibur walaupun hatinya terluka.Lampu yang berwarna-warni memusing berserta lagu yang terpasang dengan kuat. Hampir gugur jantung Airish dibuatnya.
Bukan setahun dua Airish pergi kelab malam .Tidaklah ! Kali pertama Airish menjejakkan kakinya ke kelab malam.Dia tak nak dirinya ketinggalan zaman atau dianggap kolot seperti yang dikatakan oleh Haris.
Ahhhh....Relaks dululah dengar lagu.Hati aku tetap terhibur dengan lagu-lagu yang dipasangkan.Ha,kau ingat aku ni tak reti nak jejak ke kelab malam ni? Kau fikir aku tak berani? Aku beranilah,Haris.See,aku dah jejak pun !
Melihat keriangan manusia yang menari bagaikan sudah lupa diri.Aku tersenyum sinis.Macam monyet,beruk,babun semua ada!Hahaha.Tapi mereka sudah biasa.Itulah rutin harian mereka.
"May I join you,pretty,"seorang jejaka yang cuba memancing Airish dengan senyuman yang manis.
"Sure"
Lelaki itu tersenyum sinis.Memandang wajah gadis yang manis dan terselit sedikit kesedihan.Airish meneguk segelas air coke.Kepala Airish sekejap tertunduk.Sekejap menggeleng.Entah apa yang dirisaukan.
"Are you okay?"tanyanya dengan lembut.
"Yes."
"Jom menari."lelaki itu menghulurkan tangannya.Gayanya ala-ala kasanova!
"No,tak berminat"kata Airish lalu menundukkan kepalanya.
"You look so sad. Wanna share your problem?"Suara lelaki itu semakin lembut.Dia melabuhkan punggungnya disebelah Airish.Airish meletakkan kepalanya di bahu lelaki itu.Lelaki itu terkesima.
"Dia tinggalkan saya,"Airish memulakan cerita.Lelaki itu memperkemaskan tangannya di pinggang Airish.
"Ceritalah,I sudi mendengar."
"Nama you apa?"tanya Airish.
"Nama I Rafiq.You?"Ramah Rafiq memperkenalkan dirinya sambil membelai rambut Airish.
"Airish."Dia meneguk segelas air coke seketika.
Wajah Airish terserlah dengan kesedihan.Rafiq menyeka air mata Airish yang mengalir di pipi. "I benci dia,"kata Airish.Kening Rafiq dijongketkan sedikit.Tidak sangka,wajah secantik Airish ada juga orang yang berani mempermainkan dia?Kalau aku dapat Airish ni,pergh confirm aku jaga dengan baik.Baikkah aku menjaganya?
Mata Airish semakin mengecil. 
"Hey,Airish."sapa Haris.
Airish memandang Haris.Lama sangat.Matanya sekejap dipejam.Sekejap dibuka. Hatinya semakin sakit.Terdiam seribu bahasa.Mulut Airish masih terkunci.
   "Hey,Rafiq.Your new girlfriend?"tanya Haris.Airish mengetap bibirnya.Mahu saja menampar mulut Haris.
"No.She is my ....."
    "Boleh blah tak? Jangan kacau aku!"Aku mencelah.Geram.Nak saja aku tumbuk muka dia.
"Kalau I tahu you berani pergi tempat ni,I tak akan lepaskan you."Kata Haris lalu memegang daguku.Dia merenung lama ke dalam anak mataku.
"Haris,you should go now.Your girl called you."Pantas Haris menoleh ke belakang.
"See you later......"
Airish menangis teresak-esak.Rafiq terus memeluk erat tubuh Airish.Jari-jemarinya membelai rambut Airish.Lembut.Dagu Rafiq diletakkan di atas kepala Airish.Kepala Airish begitu rapat dengan dada Rafiq.
"Menangislah semampu you. I sentiasa bersedia untuk mendengar luahan hati you."kata Rafiq lalu menyentuh muka Airish.Airish mengangkat mukanya.Nafas Rafiq yang hangat terasa pada wajahnya.
"Jangan menangis,sayang.I tak nak tengok you sedih,"kata Rafiq lalu menyeka air mata Airish.Mata Airish bertentang dengan mata Rafiq.Lama sangat mereka memandang.
"Jaga hati I."kata Airish.Rafiq mengukir senyuman di bibirnya lalu mengangguk perlahan.Muka dia begitu dekat dengan Airish.
Adakah aku akan menjaga Airish?Bila syaitan berbisik ke telingaku, aku lupa siapa diriku sebenar.Melihat kejelitaan pada wajah si gadis itu yang masih lemah.Aku...Airish...

No comments: