Chat here,darling.

Tuesday, February 18, 2014

Novel : Peluang - Bab 5

Airish terus mematikan enjin kereta.Puan Mariyam sudah menunggunya di depan pintu.Perlahan-lahan Puan Mariyam membuka pintu untuk Suhana lalu mendukung Suhana.Airish tersengih.Aku masih bersyukur kerana orang tua aku masih menerimaku.
"Doktor kata apa tadi,Ana?"tanya Puan Mariyam."Doktor kata Ana demam.Beritahu nenek sayang,"kata Airish lalu memeluk bahu Puan Mariyam."Ana,demam."kata Suhana.Puan Mariyam mencium pipi Suhana bertalu-talu.
Setiap kali Airish memandang Puan Mariyam dan Encik Khairil,serba salahnya datang menyerang.Tahu ibu bapanya sangat kecewa tapi apa daya dia mahu menolak takdir ! Ah,biarlah ! Aku sanggup menanggung, sampai mati pun aku sanggup menanggung.
   "Airish,"sapa Puan Mariyam.Lamunan Airish terjaga seketika."Macam mana dengan Suhana?"tanya Encik Khairil."Dia demam,ayah.Nanti sembuhlah tu,"kata Airish."Hah,Suhana kena rehat banyak-banyak kalau nak sihat,"kata Encik Khairil.Mata Suhana semakin mengecil.
    "Aip,jangan tidur lagi,Makan ubat dulu,"usik Airish lalu mencuit pipi Suhana.Suhana mencebik muka lalu memandang ke arah Puan Mariyam.
"Tak apalah,nanti ayah bagi dia makan ubat."

HATI Airish masih lagi berasa kesal dengan apa yang telah berlaku.Tapi , tak mungkin Airish akan melawan takdir.Dia hanya menerima kenyataan dengan redha.Segala kutukan , cacian dan maki-hamun ditelan saja.Walaupun pahit.Nak tak nak,terpaksa menerima.
Encik Khairil turut berasa serba salah , tugasnya yang berlambak sehingga lupakan anak-anaknya sampai tugas membimbing anak diabaikan.Terlalu sangat beri kebebasan.Apa yang dia buat semua dibiarkan saja.Akibatnya,ini lah jadinya ....
   "Ibu oh ibu."
Pantas Puan Mariyam memandang ke arah wajah Airish yang manis.Bimbing kalau anak itu perasan kerisauan hatinya.
"Duduklah."
Airish tunduk.Punggungnya dilabuhkan di sebelah ibunya.Airish menarik nafas dalam-dalam.Matanya dipejam sekejap lalu dibuka.Dia memandang wajah Puan Mariyam dengan tenang.
"Tadi,Airish bagi Suhana jumpa ayah dia,"Airish cuba memulakan ceritanya.
      Tangan ibunya dicapai kemudiam dicium hingga menerbitkan rasa sebak di jiwa Puan Mariyam.Puan Mariyam melemparkan senyuman lalu diusap-usap kepala Airish.
     "Airish tahu,Airish salah.Gunakan kepercayaan ibu ayah ke jalan yang salah.Maafkan Airish ibu.Airish tak sepatutnya......"Puan Mariyam menyuruh dia bertenang.
        "Siapa ayahnya?"
Airish tunduk.Matanya semakin berkaca."Rafiq,bu"
****
DERINGAN telefon bimbit Airish berbunyi.Tas tangan dicapai lalu mengambil telefon bimbitnya.
     "012-3456789?Siapa ni?" Airish menekan butang hijau lalu telefonnya diletakkan di telinga.Airish bingkas bangun dari tempat duduknya.Tak mahu ibunya mendengar perbualannya.Takut-takut ibunya fikir yang bukan-bukan.
"Hai,my princess,"sapa seorang lelaki di hujung talian.Airish terdiam seketika.
"Siapa ni?"Airish menggarukan kepalanya walaupun tidak gatal.
"Saya..Dr.Rafiq......"
Muka Airishl terus berubah.Jantungnya berdegup dengan laju.Matanya memandang ke arah Suhana yang sedang bermain dengan patung beruang.
    "Are you hear me?"
Airish memejamkan matanya.Liurnya ditelan dengan perlahan.Tangannya mengigil.
    "Saya nak jumpa awak petang ni,"
    "Di mana?"
    "Di klinik saya.Ingat petang ni.Pukul 3 petang"

3 comments:

annabelle said...

awak buat sendiri ke smua novel2 yg ad dlm blog awak ? rajin nyaaa ...

Byzura Halifah (MB) said...

xsabar nak baca sambungan novel ne... cpat2 updated yerr syg... :)

MisakiPureBlood said...

apa akan jadi pada Dr. rafiq dgn Irish agaknya XDD