Chat here,darling.

Thursday, February 20, 2014

Novel : Peluang - Bab 6

Airish melabuhkan punggungnya di kerusi.Airish menarik nafas perlahan.Dia melirikan jam di pergelangan tangan.Keluhan malasnya dilepaskan.Pandangannya dibuang pula ke bilik Dr.Rafiq.Ramainya pesakit hari ini.Ada yang masuk,ada yang keluar.Muka Airish sedikit tegang,matanya terasa begitu mengantuk.
Dia berasa sangat bosan dan sepi.Kakinya dinaikkan di atas kerusi lalu duduk bersila.Kepalanya ditundukkan sedikit.Perlahan-lahan matanya ditutup.Mengantuk.Mungkin lama lagi...
   "Airish"
Kepalanya diusap perlahan dan terasa hangat.Matanya semakin ditutup rapat.
  "Airish"
Suara lelaki itu sedikit garau.Panggilan lelaki itu diabaikan.Perlahan-lahan kepalanya disandarkan di bahu lelaki itu.Tangannya dicapai oleh lelaki itu lalu digenggam dengan erat.Lambat-lambat Airish membuka mata lalu menoleh ke arah lelaki itu.
Pandangannya sedikit kabur.Mamai.Lelaki itu tersenyum.Mata Airish dikecilkan sedikit untuk mengecam wajah lelaki itu.Badannya terus ditegak.Pandangan Airish terus dibuang ke arah kaunter.Di sebelahnya kelihatan wajah Dr.Rafiq  yang tenang melihat dirinya.
  "Selamat petang,Airish,"
Perut Airish sedikit kecut apabila disergah oleh Dr.Rafiq.Nama sebenar Dr.Rafiq ialah Rafiq Zikri.Wajah Airish yang merona merah ditatap lama-lama.Dia memejamkan mata.
"Maaf sebab ganggu awak."Rafiq Zikri mengharapkan Airish untuk memahaminya.Biasalah,kalau dah jadi doktor memang sibuk sikit nak melayan pesakit.Rasa serba salah mula menyerang.Salah Airish juga.Kenapalah Airish terlentok di situ juga.Airish menepuk pipinya sendiri.
 "Jom,pergi Kafe.Rasanya ada benda yang saya nak bincang dengan awak."
 "Untuk apa?"
"Ada hal penting."
"Tak nak.Saya tak nak ikut."
Rafiq Zikri melemparkan senyuman kepadanya.Airish dari dulu sampai sekarang , sikap ramah Airish tidak berubah.Airish memandang Rafiq Zikri yang masih mengharapkannya.Airish mengeluh perlahan.
"Yela.Jom" Tersenyum Rafiq Zikri mendengar jawapan Airish.
****
  "OKEY , what do you want to say,Rafiq ?"
Airish melihat sekeliling.Rasanya tak salah kalau berbincang dengan klinik tadi.Hm.Kiri,kanan,depan dan belakang dipenuhi oleh pengunjung yang mengunjung di Kafe ni.Penuh.
 "Tentang kita dan anak kita."
Airish memanggung kepalanya.Matanya memandang ke arah Rafiq.Lama.Rafiq mengalah dengan pandangan Airish lalu mengacau air yang tinggal separuh.
 "Saya dengan mereka sudah bahagia.Apa lagi yang awak nak?"
Rafiq Zikri terdiam.Dia menatap wajah lembut Airish."Saya nak lamar awak.Saya nak bertanggungjawab dengan apa yang saya sudah buat dekat awak."
   Kelu lidah Airish untuk memberi jawapan.Mulutnya dikunci rapat-rapat.Pandangannya dibuang ke arah air kelapa. Rafiq Zikri masih lagi mengharapkan peluang daripada Airish.Dia nak menebuskan kesalahannya yang lalu.
  "Airish,please atau awak nak saya datang rumah awak?"
Airish berasa dirinya sedang dicekik dengan pelbagai soalan.Matanya terbeliak sedikit.Senyuman sinisnya dilemparkan.Mungkin Rafiq bergurau.
  "Awak tak tahu pun rumah saya."
 "Saya tahulah.S..."
"Listen to me,Rafiq.Saya sudah maafkan awak dengan apa yang awak pernah lakukan kepada saya.Kalau saya beri peluang kepada awak,apa yang saya dapat?Lagipun saya dah tak cintakan awak!Cukuplah.Suhana sudah bahagiakan saya"
Rafiq tersenyum sinis.Mata mereka bertentang."Bahagia ke dia kalau dia tahu yang dia tiada ayah?Sampai bila awak nak tipu dia?'
Airish menundukkan kepalanya.Tangannya digenggam.Banyak telinga yang cuba menyinggah ke tempat mereka.Ketenangan Airish bertukar menjadi kacau-bilau.Benar apa yang dikatakan oleh Rafiq.Kalau Suhana sudah besar,dia akan tahu bahawa dia adalah anak luar nikah.
  "Saya merayu dekat awak.Beri saya peluang."
 "Saya rasa,perbincangan kita sudah selesai.Saya minta diri dulu."Airish bingkas bangun lalu menolak pintu.Langkahnya dipercepatkan.
 "Airish!"Rafiq Zikri terus mengejarnya sampai ke kereta Airish.
 "Hey,what do you want?Kisah kita sudah tutup." Rafiq Zikri terus memegang tangan Airish.Renungan mata Rafiq ditenung lama-lama oleh Airish."Please.Give me a chance."
Airish melepaskan keluhannya ke udara."Okay.This is the last time.Okay."
Rafiq melemparkan senyuman."Thanks sayang."
  "Bila awak nak kita khawin?"tanya Airish yang sedang tersengih."Secepat mungkin.Kalau boleh dalam lima hari lagi."

1 comment:

Byzura Halifah (MB) said...

wahhh... kahwin dlm masa 5hari lg... next... hehheee