HARI sudah lewat malam.Suhana yang tadinya menemankan Airish menonton tv,terus terlelap di ribanya.'Kesian anak mama ni.Penat.'bisik hati Airish lalu mengusap kepala Suhana.Tangannya dipeluk erat oleh Suhana.Hatinya sedikit sebak.Kasihan Suhana yang tidak tahu apa-apa.
"Ana sudah tidur?"tanya Rafiq Zikri sambil menguap.Airish mengangguk perlahan.Rafiq Zikri sempat lagi menjeling ke arah isterinya lalu mendekati Suhana.Perlahan-lahan Suhana digendung."Awak,saya...."Rafiq Zikri menggelengkan kepalanya."Saya boleh angkat dia." Airish melemparkan senyuman lalu mengambil remote control.Satu-satu butang dia menekan tapi rancangannya tidak dapat menarik perhatiannya.Bosan.
Pipinya dikucup oleh Rafiq Zikri secara tiba-tiba.Terasa nafasnya tersangkut seketika.Jantungnya berhenti tatkala Rafiq Zikri melabuhkan punggungnya di sebelah Airish.Ah,meremang bulu roma aku.Macam ada hantu aje.Perlahan-lahan kepala Rafiq Zikri disandarkan di bahu Airish yang sedikit berisi.Tangannya dicapai."Airish."
Amboi, semakin menggelabah Airish dibuatnya.Jantungnya semakin berdegup kencang.Apa yang perlu dia buat?Kalau pun dia lari,nak lari ke mana lagi? Dirinya sudah pun duduk sebumbung dengan Rafiq Zikri."Terima kasih bagi abang peluang."Rafiq Zikri melemparkan senyuman kepada Airish.Walaupun Airish tidak menolehnya,cukuplah Airish sudah menerimanya.
"Sama-sama."Sepatutnya kata-kata itu berada di hatinya tapi terkeluar nyata pula.Hatinya semakin gelisah.Terasa mahu pengsan pula.Dia menepuk pipinya untuk beberapa kali lalu melepaskan keluhannya.
Jam berdenting.Rafiq Zikri berpaling.12:30 tengah malam! Kenapa dia tak mahu tidur lagi ni."Sayang,tidur jom."Rafiq Zikri menarik lengan Airish dengan lembut."Awak pergilah tidur dulu.Saya tidur di depan."Mata Airish masih lagi tertumpu di televisyen.Phineas and ferb adalah cerita kegemaran Airish.Kalau ada orang kacau,sudah tentu dia marah.
"Nanti tengoklah cerita tu.Jom tidur."Rayu Rafiq Zikri.Pantas Airish menggeleng sambil memuncungkan bibirnya ke arah tv.Phineas dan ferb! Kenapalah masa macam ni kau nak tayangkan.Rafiq Zikri menekan butang merah pada remote control.Elok saja skrin tadi berwarna-warni.Kini,sudah gelap gelita.Ah! Sakailah.
Airish merengus lalu menuju ke arah bilik Suhana.Pintu bilik Suhana ditolak perlahan.Matanya tertumpu ke arah susuk badan Suhana.Dikucupnya dahi Suhana. 'Selamat malam sayang.'bisik hati Airish lalu mengusap kepala Suhana.
AIRISH merebahkan dirinya ke atas katil.Tangan Airish mencapai bantal peluk untuk dipeluk lalu memeluk bantal peluk tersebut.Terasa berat pula mata.Dia menadah tangan untuk membaca doa tidur lalu perlahan-lahan matanya dipejamkan.
Rafiq Zikri yang baru saja keluar dari tandas melihat ke arah katil.Airish sudah pun merebahkan diri ke atas katil.Perlahan-lahan dia mendekati Airish.Wajah Airish ditatap dalam-dalam.Cantik! Direnung lagi wajah Airish lalu menyentuh hidung Airish dengan jari telunjuk.Belum sempat menyentuh hidung Airish,dia sudah bersin.Spoil betul! Dalam hati Rafiq Zikri berbunga.Bersyukur tidak terkata. ' Abang akan jaga Airish '
No comments:
Post a Comment