Chat here,darling.

Thursday, February 13, 2014

Novel : Peluang - Bab 3

Bab 2 , di sini
KEESOKAN HARINYA, Airish menongkat dagunya di meja.Fikiran dia semakin serabut.Kerjanya masih lagi bertimbun dengan tingginya.Kalau nak dibandingkan kerja dengan masalahnya , rasanya masalahnya lagi tinggi bahkan menggunung macam Gunung Everest.Hatinya sedikit gusar.
Macam manalah aku nak jawab nanti bila Suhana sudah besar? Tak mungkin aku mahu menipu dia pula. Kenapa berat sangat dugaan ? 
Airish menekup mukanya dengan tangannya.
           "Mama,menangis ke?"tanya Suhana lalu membelai rambut Airish.
Airish terus menyeka air matanya."Tidaklah,sayang.Mama cuma mengantuk jadi air mata mama mengalir,"kata Airish lalu melemparkan senyuman.
"Mama, Acik kata , muka Suhana tak cantik,"kata Suhana lalu mencebik mukanya.Airish terus memandang ke arah Haira.Senyuman sinis Haira kelihatan."Tidak sayang.Acik bergurau saja tu.Acik nak kata Suhana cantik.Dia nak tengok Suhana yakin ke tak dengan penampilan Suhana,"jelas Airish dengan panjang lebar.
           " Betul ke mama?"
Airish mengangguk lalu mengusap kepala Suhana."Ouch! Kepala Suhana panas"
"Mama,Ana tak nak pergi klinik."Kata Suhana.Dirinya dijauhkan sedikit daripada Airish."Sayang,mari pergi klinik.Nanti tak sihat sayang,"pujuk Airish lalu mendekatkan dirinya tapi Suhana makin melarikan dirinya daripada Airish.Suhana berlari ke arah dapur untuk mendapatkan pelukan Puan MariyamAirish mengeluh panjang.
"Airish,Airish.Kau nak ke anak kau lari macam tu bila dia dah tahu,dia tu anak luar nikah?"
Airish tersentak mendengar kata-kata Haira.Jantungnya semakin berdegup dengan laju.Matanya sekejap ke kanan.Sekejap ke kiri.
"Kau tolehlah ke mana sekali pun.Kalau kau tak bodoh,kau tak akan buat perkara jijik tu !"
      "Haira!" Encik Khairil menegur Haira dengan tegas.
"Watch out ! Airish ini kakak awak,"kata Encik Khairil lalu menghampiri Airish."Heh,kakak yang sudah terlanjur ? Macam tu nak jadikan contoh kepada Haira? " sindir Haira.
      "Haira!"
"Apa,ayah? Haira cakap ni salah ke? Betul kan? Kalau suaminya bertanggungjawab , rasanya tak akan sampai ke tahap ni tau,"kata Haira lalu mengikat rambut panjangnya.
Airish memandang ke arah Encik Khairil."Ayah."
Encik Khairil terus memandang ke arah Airish.Kesian Airish. Salah aku kerana terlalu sibuk dengan kerja. Salah aku kerana mencari rezeki sampai lupakan anak-anak aku.Salah aku kerana membiarkan anak aku. Apakan daya , nasi sudah pun menjadi bubur.
"Ayah.Suhana demam.Airish nak bawa dia ke klinik."Encik Khairil mengangguk.
      "Airish! Suhana demamlah.Bawa dia pergi ke klinik,"kata Puan Mariyam.Tangannya masih lagi mengendong Suhana."Tapi nenek, Suhana takut."
       "Suhana sayang,kita pergi sekejap saja.Doktor cek lepas tu Ana sihatlah,"Airish cuba memujuknya."Betul ke nenek?" Puan Mariyam tersenyum melihat memek muka Suhana yang sedikit ketakutan.Puan Mariyam melabuhkan punggungnya di sofa.
"Ye sayang,doktor tak buat apa-apa pun. Doktor cuma cek."
Suhana memandang ke arah Airish,perlahan-lahan dia merapati Airish."Mama,Ana nak sihat ma."
        "Jom pergi klinik."Kata Airish lalu melemparkan senyuman.

[ PREVIOUS CHAPTER ]

No comments: