Chat here,darling.

Saturday, February 22, 2014

Novel - Peluang Bab 11

 "Airish,sayang.Apa perasaan Airish?"
Pada pagi itu , Encik Khairil melabuhkan punggungnya di atas katil.Kebetulan pula,Rafiq Zikri pergi kerja.Airish memasukkan sehelai demi sehelai bajunya ke dalam beg.Terasa berat hati nak tinggalkan rumah ni.Entah sampai bila Airish boleh bertahan dengan dirinya.
  "Airish?"
Kepalanya diangguk.Wajah manis Encik Khairil ditatap dalam-dalam.Mungkin dia tak mahu ayahnya meihat Airish sakit.
"Airish biasa aje.Tak ada apa pun yang special."jawab Airish.Sebenarnya Airish nak cakap dia "tak bahagia" tapi takut  ibu bapanya risau pula.Airish takut sangat dengan kehidupan barunya yang bakal dia hadapi.Takut kalau Rafiq Zikri menaburkan janjinya seperti dulu.
Mulut Airish terkunci dengan rapat.Tak mahu melukakan hati ayahnya.Biarlah ayahnya gembira.Sudah lama ibu ayahnya melihat penderitaan yang Airish alami.Kalaupun mereka bahagia tetapi dirinya tak bahagia.Airish tetap puas.
"Airish kena gembira sayang.Dah lama ayah tak tengok Airish senyum." Airish tersenyum hambar.Dia terima pun sebab Suhana.Kalau tidak kerana Suhana, sudah tentu dia reject Rafiq Zikri awal-awal.
  "Tidak mengapa Airish.Nanti lama-lama Airish sayang dia."celah Puan Mariyam.Entah bila dia masuk dalam biliknya.Sayang?Entahlah.Hati Airish sudah lama mati.Mati kerana hatinya disakiti oleh insan yang tidak menghargainya iaitu HARIS ! Ye, Haris.Engkaulah yang sudah buat aku merana. Kau yang merosakkan aku sampai aku menyerah segalanya kepada Rafiq Zikri.Tapi siapa dia nak lawan takdir.Airish terdiam.
Tangan Airish masih lagi memasukkan sehelai baju Suhana yang terbiar di katil."Betul kata ibu kamu tu,Airish." kata Encik Khairil.Airish mengangguk perlahan." Cinta tu tak datang bergolek.Airish kena belajar terima orang baru.Lupakan Haris sayang.Dia dah lama pergi tinggalkan Airish takkan Airish nak simpan perasaan dekat dia?Tak baik tau."jelas Puan Mariyam.Memang free aje dia dapat ceramah daripada ibunya.
Beg yang besar itu dizipkan.Lambat-lambat Airish melabuhkan punggungnya.Matanya tertumpu pada bingkai gambar.Gambar dia dan Rafiq Zikri.Keluhan dilepaskan.
"Airish....Jodoh tu Allah yang tentukan sayang.Jangan terlalu berharap pada yang tidak pasti,"kata Puan Mariyam.Encik Khairil mengangguk perlahan.Tahu anaknya,masih lagi kekok bersama dengan orang baru.Tapi apa daya,itu juga yang terbaik untuk dirinya.

2 comments:

Unknown said...

lama tak datang sini..blog dh banyak berubah..cute~~~ :)

tp said...

sian Airish...