Chat here,darling.

Friday, February 28, 2014

Cerpen : Suka atau cinta?

Suka atau cinta? Aku keliru dengan dua perkataan itu. Adakah sama atau berbeza. Aku tidak pasti. Apa yang pasti aku "suka" dengannya tapi cinta..... 

Yay, finally aku sekarang berada di Malaysia. Ya, Malaysia! Sudah beberapa abad aku tidak merasakan suasana di Malaysia. Kepulanganku disambut meriah. Aku lebih suka berada di negara sendiri daripada di negara orang. Maklumlah, bila kita berada di negara orang, adab kena jaga. Kena ikut peraturan. Ah,macam peraturan sekolah. Maybe?

   Walaupun hari sudah menjelang waktu senja, saudara-maraku masih lagi di rumahku.Banyak mulut yang memuji kecantikkanku. Ah! Kembang setaman aku dibuatnya. Aku memeluk saudara-maraku yang berada di situ. Ada yang menepuk-nepuk bahuku. Ada yang mencubit pipiku. Entah apa yang mereka geramkan tentang aku, aku tak tahu. 


"Aik, Ris. Dekat sana okay tak?"tegur Amani iaitu sepupuku yang paling aku rapat. Aku mengangguk laju seperti burung belatuk. "Ramai mat salleh yang handsome di sana."kataku dengan riang. Amani tertawa kecil. "Kau pergi sana belajar ke cuci mata hah?"soal Amani. "Of course lah I belajar."balasku. "Tahniah sebab kau dah jadi doktor sekarang."kata Amani lalu melemparkan senyuman. Aku mengiya-iyakan saja lalu kelibat Amani hilang daripada pandanganku. Mungkin dia ke dapur.


  "Wei,Syaz. Mama mana?"soalku dengan binggung. Dari tadi aku mencari kelibat mama, tapi batang hidung dia pun aku tak nampak.  "Mama? Tengah borak-borak dengan kawan kau," balas Syazwan. Aku menjungkitkan sedikit keningku. Bila pula aku ada "kawan" dekat area sini ? Setahu aku, kalau diaorang nak datang , diaorang beritahu aku awal-awal.  Jangan-jangan......


  "Haih, Risa. Termenung jauh nampak. Tak ingat mama dah ke?"


Lantas aku memeluk tubuh mama dengan erat. Biarkan dia sesak. Biar dia tahu, yang anak dia rindu sangat dekat mama. "Eh eh,Risa. Lemaslah mama. Tak bernafas,Ris oiii..."

Aku tersengih seketika lalu mengerdipkan mata. "Mama sihat?"soalku. Mama mengangguk lalu menarik tanganku dengan lembut. "Mama,nak kenalkan Ris dengan seseorang." kata mama dengan gembira. Sebaik saja aku mendengar perkataan "seseorang", jantungku terhenti seketika. 

  "Siapa ma?"soalku. Mama hanya melemparkan senyuman.


Langkahku dan mamaku terhenti. Dia memanggil seorang jejaka yang sedang berdiri tegak. "Hakim. Oh Hakim." mamaku memanggilnya. Aku pula terpinga-pinga. Siapa pula Hakim? Setahu aku, aku tidak pernah ada kawan yang bernama Hakim apatah lagi buah hati. Jangan haraplah nak ada buah hati. 

  Saat jejaka itu memandangku, mulutku terkunci secara tiba-tiba. Oh my, he's totally cute! Ah,wait a minute. I think I know him.... Aku tersengih seorang diri. I met my old crush today? Aku menjerit-jerit di dalam hati. Biarpun tiada yang dapat mendengar suara hatiku, cukuplah aku yang mendengar. Berbunga hati aku hari ini. Dulu, aku suka sangat dengan si Hakim. Sekarang? Ah, masih sama lagi! Susah betul nak hilang rasa suka.

Suka atau cinta? Aku tak pasti dengan perasaan aku.

  "Ris, kenalkan. Ini Hakim. Hakim inilah anak aunty Arisa."kata mamaku. Mata aku dan dia bertembung secara tidak sengaja. Ah,bukan aku yang rancang semua ini. Pantas aku membuangkan pandanganku ke arah pokok bunga ros.

  "Nice to know you,Ris." kata Hakim. Segulum senyuman terukir di bibirnya. "Oh ye,aunty nak kauorang pergi pasaraya. Belikan barang untuk buat desert nanti."kata mama. Aku membuat reaksi muka blur. Apa ni? Aku baru saja balik Malaysia, kemudian beli bahan desert. Apa benda ni? Aku sedang bermimpi ke? Hehe. Nampak sangat aku malas.

  "Alright,aunty. Jom gerak."kata Hakim.Aku tersenyum hambar.


*****

"Er.Kim...Er...K..Kit..Kita n..nak pergi ma....mana?"soalku dengan gagap. Ah,masa macam inilah nak tergagap-gagap! Hakim tertawa kecil. "Pahal Ris gagap sangat ni? Kita nak pergi pasaraya lah. Tak kan nak pergi bercucuk tanam pula."balas Hakim. Kata-katanya mempunyai sindiran. Eii, ada juga yang kena dengan penumbuk aku.

  "Oh."

Hanya sepatah perkataan saja yang terkeluar nyata di bibirku. Selebihnya, aku mendiamkan diri. Bukan aku saja, Hakim turut mendiamkan diri. Kereta yang dipandu oleh Hakim sudah pun berhenti.. Belum sempat dia membukakan pintu untukku, aku terlebih dahulu membukakan pintu untukku. Malulah kalau lelaki bukakan pintu untuk aku. Macam aku tak reti buka pula. "Ris masih ada tangan."kataku lalu menutup pintu kereta. "Hakim tak nak pun buka pintu untuk Ris."kata Hakim sambil menyeluk tangan ke poket seluarnyanya. 

  Merona merah muka aku tatkala Hakim berkata begitu. Cepat-cepat aku melangkah masuk ke pasaraya. Malunya aku! Kurang asam!

  "Syok sendiri."kata Hakim.

******
Aku melepaskan keluhan berat. Hampir 15 minit, aku mencari bahan-bahan untuk buat desert. Ah, sudah lama aku inginkan desert yang dibuat oleh mamaku. Oh my......

  Aku mempercepatkan langkahku sehinggakan kelibat Hakim tidak kelihatan. Entah kenapa, bila bertembung dengan Hakim, hati aku rasa macam......rindu dekat dia. Rindukah aku kepadanya?
Setiap kali aku ternampak kelibat dia, cepat-cepat aku sorok. Macam main sorok-sorok pula. Kadang, hati aku berasa geli lalu tertawa seorang diri. Ada juga mata-mata yang menyinggah ke arahku. Ah, malu pula rasanya.

  Aku memandang ke arah kananku dan kiriku. Depanku dan belakangku. Mana Hakim? Menggelabah aku mencari Hakim. Aku mencari Hakim dari satu rak ke satu rak. Tapi, kelibatnya langsung tidak nampak. Atau jangan-jangan, aku kena tinggal? Aku menepuk pipi aku berkali-kali. Macam mana ni......

Telingaku dijentik perlahan. Hakim? Mataku bertembung dengannya. Sedikit pun tidak berkerdip. Macam filem hindustan rasanya. Aku tak mampu melawan mata Hakim. Sungguh! Wajahnya yang sungguh tampan bagiku. Di mana-mana sudut pun, perasaan aku terhadapnya masih lagi ada. Suka atau cinta, aku tak pasti. Dia buat hati aku semakin cair dengannya. Ah,tak guna. Terus aku buat-buat mencari bahan.

"Hah,makcik. Seronok main sorok-sorok?"soal Hakim dengan selamba. Aku membalas soalannya dengan jelingan tajamku. "Ingat mata kau cantik?"soal Hakim lalu merenung wajahku dengan dekat. Aku terdiam seketika. "Ris tahu tak, dah lama Akim tak tengok wajah Ris. Akim rindu tahu tak?"luah Hakim.

Ucapannya membuatkan aku lemah. Benarkah kata-katanya? Atau mungkin khayalan semata-mata?
******
Sebulan kemudian.....
Angin dingin pagi menyapa lembut wajahku. Kicauan burung riang masih lagi menyapa gegendang telingaku. Aku hanya menikmati angin pagi melalui jendela kamarku.. Betapa indahnya alam ciptaan Allah Azza Wajalla. Aku masih lagi teringat kata-kata Hakim. Masih lagi terngiang-ngian di telingaku.
Ris tahu tak, dah lama Akim tak tengok wajah Ris. Akim rindu tahu tak?

'Ris pun rindukan Hakim.'bisik hatiku. Bilalah dapat jumpa dengannya?

"Woi, Ris. Kau kalau tak termenung time macam ni, tak sahkan? Kemas katil, mandi."kata Azra iaitu adik perempuanku yang paling kepoh. "Suka hati akaklah! Nanti akak kemaslah."balasku dengan nada geram. "Ish, kau ni pemalas!"kata Azra sambil tersenyum sinis. Aku mengetap bibir sekuat yang mungkin. Mahu saja aku menumbuk wajah Azra. Sabar Arisa, dia adik kau. Sabar.

Seusai saja aku mandi, aku terus bersarapan bersama dengan keluargaku sebelum pergi ke kerja. "Nak pergi kerja dah kan? Hati-hati."kata papaku. Aku mengangguk perlahan.  "Ris pergi kerja dulu."kataku lalu aku mencium tangan mama dan papa sebelum masuk ke dalam kereta.

******
"Kan doktor dah cakap, adik demam."kataku lalu memberi lolipop besar kepada budak kecil itu. Budak kecil itu tersenyum manis. Mungkin gembira dapat lolipop.

"A.....risa."
Kedengaran seperti orang memanggilku. Aku terus berdiri tegak. Setelah aku berpaling,orang yang ingin aku berjumpa sudahpun berada di hadapanku. Betul-betul di hadapanku. Aku menatap wajah Hakim dengan penuh mengamati. Tapi, aku kalah dengan renungannya. Memang selalu pun aku kalah dengan renungan mata lelaki especially ,Hakim.

  "Tak sangka kita berjumpa di kafe ni."kata Hakim dengan riang. Aku tersenyum manis. Budak kecil tadi berlari ke arah Hakim lalu memeluk kaki Hakim dengan erat. Aku hanya melihat tingkah laku budak kecil itu. "Papa,papa. Danny dapat gula-gula. Doktor ni bagi,"kata budak kecil itu. Hatiku tersentak seketika. Papa? Adakah Hakim sudah berkahwin? Kenapa aku tak tahu hal ini?


  "Oh,doktor comel ni bagi ye,sayang?"kata Hakim lalu mendukung budak kecil itu.
"Eh,Ris, duduklah. Takkan nak berdiri macam askar pula."sambungnya lagi. Aku hanya melemparkan senyuman. "Oh,Akim dah kahwin?"soalku. Jikalau benar pun, Hakim sudah kahwin, apa lagi yang perlu dia buat? Hakim tertawa kecil. "Tidaklah. Ini anak buah Akim."balas Hakim. Aku terkebil-kebil melihat Hakim. Papa? Anak buah? Apakah? 

  "Ris tak faham eh? Sebenarnya, dia ni anak buah Hakim. Dia memang suka panggil Akim papa."jelas Hakim. Aku mengangguk perlahan sebagai tanda memahami. "Ris bila nak kahwin ?" soal Hakim. Gulp! Kenapa dia tanya soalan 'kahwin' pula ni. "Tak tahu lagi. Ris nak belajar dulu. Mungkin lambat lagi."balasku dengan bersahaja.


 "Hah,lambat lagi? Bila dah tua nanti tak laku sebab muka dah berkedut. Baru tahu!"usiknya. Aku tersengih seorang diri. "Kalaupun dah tua, siapa aje yang sudi beli,kan?"dugaku dengan selamba. "Kalau Hakim lah kan, baik Hakim beli sekarang."kata Hakim. Aku membisu. Aku cuba mengerti maksudnya. Aku kaget hati di sakiti. Relaks Ris.


  "One more thing, I can't forget all about you,Ris,"kata Hakim. "Ris pun sama."kataku. Aku terus menekup mulutku. Tak sangka kata-kata tadi, terkeluar nyata. "Promise?"tanya Hakim. "Berjanji apa?"soalku dengan hairan. "Yelah, berjanjilah yang Ris tak akan lupakan Hakim."kata Hakim. "Sebab.......?" soalku. "Because I'm your future husband,dear."balas Hakim dengan serius. 


Kali ini, giliran aku pula membisu. Aku bermain-main dengan jari-jemariku. Adakah aku sedang bermimpi? Ah, tolong kejutkan aku. Sebuah kotak kecil berwarna merah diletakkan di atas meja. Perlahan-lahan Hakim membuka kotak kecil berwarna merah. Sebentuk cincin berwarna emas, ditatap lama.

  "Ris, I'm falling love with you"

Budak kecil itu  menarik-narik jari telunjuk Hakim. Hakim tertawa. Kacau daun betullah. Tapi aku, aku diam seribu bahasa. "Sudikah awak menjadi peneman hidupku?"soal Hakim. Lidahku kelu. Tiada jawapan yang terkeluar nyata. Fikiranku berserabut. Benarkah? 


  "Dah lama Akim simpan perasaan sayang dekat Ris cuma....."Sengaja Hakim menggantungkan ayatnya. Nak buat aku suspend lah tu. Ini yang aku tak suka. "Cuma apa?"soalku. "Hakim takut Ris reject Hakim."balasnya. Aku tersenyum sinis. Reject kau? Macam mana aku nak reject kau, kalau aku sudah sukakan kau atau mungkin aku cintakan kau? " Apa jawapan Ris?" soal Hakim. Aku tertunduk malu.

  "Ris....Se..setuju."jawabku dengan tenang. "Serious?"tanya Hakim. Aku melemparkan senyuman. Suka atau cinta? Dua perkataan yang mengelirukan aku. 

Terima kasih. 
Terima kasih untuk semuanya. 
Terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan. 
Moga kau dan aku bahagia. Sungguh aku mohon!

6 comments:

Ade Arif said...

Cerpen yang bagus...
Ada sebuah pepatah lama yang Ade ingat benar tidaknya Ade tidak tahu
" SUKA BELUM TENTU SAYANG, SAYANG BELUM TENTU CINTA TAPI...CINTA SUDAH PASTI SUKA DAN SAYANG "

Zen said...

@Ade ArifAaaaaa. Saya suka ayat awak :D

Aqilah Azmi said...

:))) <3333

AfrinaTarmizi said...

best ohh novel ni . :)

AfrinaTarmizi said...

i mean, cerpen , hehe ;)

Miss little girl said...

Aaaaaaaa. Nice cerpen :) keep it up. Masih boleh dihuraikan :)