Chat here,darling.

Friday, February 7, 2014

Cerpen : Kau. Aku. Kawan.


CERPEN : KAU.AKU.KAWAN.
Penulis: Miss Fairytale

Arina berlari laju mengejar Ikhmal. Tangannya mencapai bayang-bayang tangan milik Ikhmal. Hatinya tersenyum seketika tatkala bayang-bayang tangannya berpegangan dengan bayanh-bayang tangan milik Ikhmal.


  "Kenapa dengan kau?"soal Ikhmal tika perasan dengan kelakuan aneh Arina.
  "Tak ada apa-apa,"balas Arina sambil tersipu malu.

Ikhmal tersenyum nipis lalu menghulurkan tangannya. "Nak pegang tangan aku ke? Aku baru lepas korek hidung." Sakat Ikhmal dengan selamba.

  "Ei, pengotor gila! Tak nak balik dengan kau,"kata Arina lalu berdengus kuat. Dia mempercepatkan langkahnya ke perhentian bas. 

  "Eleh, bayang-bayang nak pegang. Hello, tak boleh pegang-pegang okay,"kata Ikhmal.Suaranya sama seperti ala-ala diva.

Arina menjeling tajam ke arah Ikhmal lalu bercekak pinggang. Digengam kuat tangannya. Mahu saja menumbuk muka Ikhmal sekuat hati. Mana tidaknya, selalu sangat cari pasal. Buat sakit hati aku saja!

  Langkah Arina terhenti tatkala langkah Ikhmal terhenti. Dia memerhati Ikhmal. Matanya betul-betul memandang ke arah seorang gadis yang berambut ikal mayang.

 "Ikhmal..."

Ikhmal langsung tidak memberi sebarang respon. Hati Arina kembali resah gelisah lalu menarik lengan baju Ikhmal.

 "Awak..."
Ikhmal diam.

  Arina hanya memerhati wajah Ikhmal yang sedang menunduk. Lalu matanya memandang ke arah gadis itu. "Amelin..."

******
  "Arina, tunang awak nak jumpa,"kata Puan Suraya sambil tersenyum ceria.

  Arina yang asyik membaca novel terus duduk tegak sambil memandang ibunya yang sedang bercekak pinggang. Perlahan-lahan dia mendekati ibunya lalu memeluk erat tubuh Puan Suraya. Tanpa disedarinya,air matanya mengalir.

  "Kenapa ni Rina?"

Arina diam.

  "Sayang...."

Arina memandang wajah ibunya dengan penuh harapan. Moga ibunya memahaminya. Sungguh dia mahu ruang untuk menenangkan fikirannya. Kepalanya digeleng perlahan. Bukan dia tak mahu jumpa Ikhmal, tetapi bila teringat petang tadi, hatinya sayu.

  Amelin, gadis yang dia bertemu petang tadi. Adakah Ikhmal tidak dapat melupakannya? Sungguh dia tak tahu.

  "Aih,Rina. Tunang awak dah ada dekat bawah. Pergilah jumpa."celah Encik Gazali.

Arina mengesat air matanya dengan lemah sebelum dia melemparkan senyuman manis untuk ayahnya. Dia melangkah malas ke arah almarinya. Dicapai tudung berwarna hitam lalu disarung ke kepala. Mukanya ditempek sedikit dengan bedak. Bibirnya mengukir senyuman yang manis.

Encik Gazali dan Puan Suraya saling berpandangan. Mereka berkomunikasi menggunakan isyarat mata sebelum menoleh semula ke arah anaknya, Arina.

  "Anak kita tu,okay ke?"soal Encik Gazali.

Puan Suraya mengangguk.

  Arina melemparkan senyuman kepada mereka berdua lalu menuruni anak tangga dengan cepat.

*****

  "Arina."

Arina menundukkan kepalanya. Langsung tidak menoleh ke arah Ikhmal. Bukannya dia merajuk tapi dia terasa hati. Ah,biarlah! Bukannya dia peduli pun.

  "Arina. Are you there?" soal Ikhmal.

"Yes. So, why are you here?"balas Arina dengan lembut.

  Mereka berdua saling berpandangan. Arina membuang pandangannya ke arah televisyen yang baru dibuka. Walaupun hatinya gembira dapat bertemu dengan orang yang dia sayangi tetapi kegembiraan yang dia rasa, hanyalah sementara.

  "Arina, lagi 3 minggu aje, kita nak jadi suami isteri."kata Ikhmal dengan ceria.

Arina mengangkat muka lalu tersenyum manis. "Ha ah lah. Kita tak bincang pun pasal baju kahwin,kan?"

  Ikhmal mengangguk.

"Besok pagi nanti, kita pergi butik pengantin."celah Puan Suraya.

Arina dan Ikhmal saling berpandangan lalu tersenyum gembira.

*****


"Sayang, I nak warna turqoise lah!" kata Ikhmal sambil memuncungkan bibirnya.

  Arina menjelirkan lidah. Kepalanya digeleng sebelum dia tertawa. Matanya melilau memandang pakaian pengantin yang sungguh menarik perhatiannya. Satu per satu dia memerhati. Jenis kainnya dirasa. Tangannya menarik lengan baju Ikhmal.

  "Baju ni cantik,kan?"soal Arina sambil memandang ke arah Ikhmal.

Ikhmal memerhatikan baju pengantin yang dikatakan oleh Arina. Dia terkesima seketika. Jantungnya bagai terhenti dipam untuk seketika. Dia mengerdip matanya untuk beberapa kali. Hatinya kian tersentuh...


*Flashback*

  "Ikhmal,sayang! Nanti bila kita kahwin, kita pakai baju ni." kata Amelin.

Ikhmal memerhatikan baju pengantin sambil tersenyum seorang diri. "Nanti bila kita nak kahwin, kita pakai baju ni ye sayang."kata Ikhmal. Dia mencapai tangan Amelin lalu dikucup hangat.

  Amelin tersenyum riang.

"I love you,Ikhmal," Amelin membisik kata-kata manis ke telinga Ikhmal.

"Ikhmal..."
"Ikhmal.. Hello?"

Arina berdengus kuat lalu menepuk bahu Ikhmal dengan kuat. Tangan Arina sudah pun dicekak di pinggang. Matanya dikecil sedikit. "Woi, kau berangan ke Ikhmal?"

  Ikhmal tersentak lalu memandang wajah Arina. "Sayang,kita cari dekat butik lain boleh?"

Arina menjungkitkan keningnya. "Kenapa? Baju ni, cantiklah."

  Ikhmal menggeleng.

"Suka hati you lah,Ikhmal!"
*****
2 minggu sudah pun berlalu. Keluarga Ikhmal dan keluarga Arina sibuk mempersiapkan barang-barang perkahwinan untuk anak-anaknya. Tinggal lagi seminggu saja, Arina dan Ikhmal akan disatukan. Itulah saat yang dinanti-nantikan oleh keluarga Arina, begitu juga dengan keluarga Ikhmal. Keluarga mana yang tidak mahu melihat anak-anak mereka bahagia,bukan? Semuanya mahu anak-anak mereka dapat yang terbaik untuk kehidupan mereka.

  Pada petang itu, Arina dan Ikhmal meluangkan masa mereka di taman bunga. Menikmati suasana yang tenang di taman bunga. Sungguh nyaman. Tengoklah bunga-bunga yang menghiasi taman bunga. Pelbagai warna yang menarik yang telahpun mewarnai taman bunga.

  "Arina...."

Arina yang asyik menikmati ice cream, terus menoleh ke arah Ikhmal. Wajahnya sungguh serius. Tiada wajah yang ceria seperti dahulu. Arina menghabiskan ice creamnya sebelum memulakan perbualan dengan Ikhmal.

  "Kenapa awak?"

Ikhmal mengeluh perlahan.Ditarik nafas sedalam-dalamnya. Hati yang sebak sudah sesak di dada. Ikhmal meramas-ramas tangannya sendiri. Kedudukan Ikhmal langsung tidak menentu. Bagaikan ada duri pada punggungnya.

  "Mal rasa...Mal nak batalkan majlis perkahwinan kita."

Wajah Arina yang ceria sebentar tadi terus berubah menjadi suram dan tegang. Hatinya bagaikan dicampak ke tanah kemudian dipijak-pijak oleh manusia yang langsung tidak berhati perut. Arina menahan sebak di dada.

  "Apa,Mal? Rina tak dengar."

Ikhmal memandang wajah Arina sambil menjungkit kening. "Mal nak batalkan majlis perkahwinan kita."kata Ikhmal dengan lancar.

Perbualan mereka berdua, kembali senyap. Bunyi air menggamatkan suasana di taman. Mata Arina masih lagi tertumpu pada wajah Ikhmal. Dia membuangkan pandangannya ke arah kanak-kanak yang bermain di situ. Keluhan perlahan dilepaskan.

"Ikhmal sayangkan Amelin lagi ke?"

   Ikhmal mengangguk. "Ikhmal sayang Amelin,Rin. Ikhmal tak boleh lupakan dia."

Arina terdiam seketika.Air mata terus mengalir tatkala mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh Ikhmal. Sungguh dia tak sangka, insan yang dia sayangi, tidak menyayangi dirinya. Ah,peritnya hati.Sakitnya rasa di hati.  "Majlis tu nanti, Ikhmal buatlah dengan Amelin."

Ikhmal memandang ke arah Arina. Dia berasa seolah-olah sedang bermimpi. Benarkah kata-kata Arina atau dia sedang bermimpi ? Tanpa meninggalkan apa-apa jawapan, Arina berlalu pergi Membiarkan Ikhmal seorang diri. Biarlah masa berjalan. Biarlah bumi berputar. Suatu hari, hati ini akan terubat juga.


*****

"Apa?! Tak jadi kahwin?" Puan Suraya berasa terkejut. Sungguh dia tak sangka dengan kata-kata anaknya Arina. 

  "Macam mana boleh jadi?"celah Encik Gazali.

"Tak ada jodoh,ayah."kata Arina.

  "Tapi,perkahwinan kauorang tu....."

"Biarlah Amelin gantikan tempat Arina. Arina tak layak pun untuk dia."kata Arina. 

Arina merebahkan dirinya ke sofa. Sekejap dia mengiring ke kiri. Sekejap dia mengiring ke kanan. Kenapa air mata masih lagi laju mengalir di pipi? Berhentilah air mata daripada mengalir. Aku sudah puas. Tapi, kenapa hatinya bertambah sebak? Ya Allah, ujian kau. Sungguhku bersyukur. Aku mohon, kau tabahkanlah hati aku.

*****
Seminggu kemudian......
  Kompang sudahpun dipalu. Inilah hari yang dinanti-nantikan oleh Arina tetapi tidak kesampaian. Apa daya dia untuk menolak takdir. Rela atau tidak, dia terpaksa menghadapi pasangan yang bahagia. Jika mereka bahagia, Arina turut bahagia.
  "Arina...." sapa seorang gadis.
Arina memaling ke belakang lalu melemparkan senyuman. "Eh,Amelin? Tahniah." Arina tersenyum riang lalu memeluk erat tubuh ramping milik Amelin. Sungguh gadis bernama Amelin ini lawa. Tanpa disedarinya, air mata mengalir di pipi Arina.
  "Arina. Terima kasih."kata Amelin. Dia menggenggam tangan Arina lalu mengesat air mata Arina yang laju mengalir di pipi. 
  "Memang Lin layak untuk dia."kata Arina dengan ceria. Walaupun hati sudahpun dicucuk bertalu-talu,dia tetap akan meneruskan kehidupannya.
  "Arina!"sapa Ikhmal dengan ceria. Tangannya memeluk pinggang ramping milik Amelin.
"Ye saya." Arina melemparkan senyuman. Ikhmal, sungguh kau segak pada hari ini. Kacak dan cantik, sungguh sedondon. Kalau nak dibandingkan dengan aku, umpama langit dengan bumi.
  "Arina,thanks for everything. You're the best of friend."
Arina tersenyum ceria. Pada zahir, sungguh dia ceria pada waktu itu. Malangnya, pada batin, sungguh dia terseksa. Sungguh dia sedih. Mahu tak mahu, dia tetap menelan kepahitan dengan rela hati.
Moga kau bahagia Ikhmal. 
Aku akan sentiasa mendoakan kebahagian kau.
Aku dan kau hanya kawan.
Cukuplah kita sekadar kawan.
Segala memori aku ucapkan terima kasih.

Terima kasih Ikhmal.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku.

-TAMAT-

16 comments:

Unknown said...

why?!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Nice :'D

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Zen said...

@siGadis PurpleWhy why ? :)

Zen said...

@Miftahul RaudhahThanks :) Moga terhibur

Mira_Othman said...

alahh! hmmm :(

takpe takpe. Sya seronok membaca! Teruskan usaha! :D <3

Iylia said...

Akak! Bestlah cerpen ni..
^_^

Ani said...

cerita nih best tapi...kenapa kenpa?? kbai..chaiyokk :)mehlah baca cerpen kt blog saya jgak :)

niesa said...

best plak niesha baca.. buat lah lagi hehek.. nnti dtnglah blog niesha bagi link

Asyikin Abdullah said...

serius xbohong ,, nak nnges ..sebb diri dpt rasa apa yg berlaku hurmmm ...:'(

Anonymous said...

ah. bes nya. sedih :'( sian arina

Ana Nur said...

Assalammualaikum .. Bru bca :)
Jlan crita interesting , but nmpak mcm tk ptut rpt even bru bertunang .. tpi stu part yg sya ska time Arina pegang (LENGAN BAJU) Ikhmal .. dia tk pgang lngan Ikhmal .. klau diaorang khwin msti best ... ! Nk smbungan ! >_<

Unknown said...

jalan cerita yang menarik. :))

Byzura Halifah (MB) said...

jodoh 2 bkn milik mereka... iskk... sedih T.T

Adda said...

Alaa sedihnyaaa. tapi cerpen ni best !