Chat here,darling.

Monday, February 24, 2014

Novel : Peluang - Bab 12


    "SAYANG"
Rafiq Zikri memandang Airish dengan penuh gembira.Hatinya resah gelisah bila tidak bertemu dengan gadis pujaan hatinya.Entah bila Airish menjadi gadis pujaannya.Airish memandang Rafiq Zikri dengan malas.Beg besar tadi ditolakkan di tepi pintu."Ada apa?"tanya Airish dengan malas.
"Maafkan abang,sayang."Rafiq Zikri memeluk tubuh Airish dengan erat sambil sesekali menghadiahkan kucupan hangat di kepala Airish.Muka Airish terus berubah menjadi merah lalu menolak Rafiq Zikri dengan perlahan.
"Abang,rimaslah."Kata Airish.Airish merenung tajam ke arah Rafiq Zikri.Dia hanya berdiam.Ingatkan Airish sudah terima sepenuhnya tapi hatinya tetap juga sama."Airish sayangkan Haris ke?" Hampir tersembur air yang diminum oleh Airish. Airish menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Airish,jawablah pertanyaan abang."Rafiq merapatkan dirinya dengan Airish.Airish mengalihkan pandangannya ke arah almari.Ahh,masa macam ni lah,kau nak sweet moment dengan aku.Jauhlah sedikit.Nafas hangat Rafiq Zikri menyentuh pipi Airish.Tangannya dicapai lalu dikucup bertalu-talu."Abang sayangkan Airish."
Airish mengetap bibir lalu tangannya terketar-ketar mengusap kepala Rafiq Zikri.Kepalanya diangkat.Memandang muka yang manis milik Airish."Jawab soalan abang"
Airish terus meninggalkan Rafiq Zikri keseorangan.Dia tidak sepatutnya berbuat begitu.Tapi,kalau asyik ditanya sayang Haris ke tak? Siapa yang tak rimas? Nak sangat aku getback dengan Haris ke?
SUHANA bermain berbie doll bersama Haira."Mama pun nak main barbie doll juga."celah Airish lalu merampas barbie doll daripada Suhana."Mama,tu Ana punya!"Suhana merenget.Airish memang begitu,suka sangat mengusik Suhana."Ish,mama ni,bagilah Anan main."Haira cuba memarahi Airish tapi sebenarnya tak marah pun.
 "Ayok,kak cik dah marah."kata Suhana sambil menjelir lidah kepada Airish."Eh,biarlah.Barbie ni mama punya."Airish tersengih.Mata Suhana mula berkaca.Perlahan-lahan mengalir di pipi Suhana."Airish,tengok tu,Ana sudah menangis."celah Puan Mariyam."Alololo,meh sini mama lapkan.Nah."Airish menghulurkan barbie doll milik Suhana semula.
"Haa,mama dah pulangkan.Jom kita letak barbie doll di rumahnya."kata Haira sambil menjongket kening ke arah Puan Mariyam."Ibu saja nak tengok cucu ibu main barbie doll.Comel."kata Puan Mariyam.Perlahan-lahan Puan Mariyam mengucup kepala Suhana.
Airish tersenyum lebar.Hatinya semakin lega.Lega kerana keluarganya dapat menerimanya.Kalau tidak,mungkin sekarang ni dia sudah ada dekat merata-rata tempat.

No comments: