Chat here,darling.

Wednesday, March 26, 2014

Novel : Peluang - Bab 25

Oh my, tak sangka ramai yang suka cerita peluang ni. :) Terima kasih kerana support miss ^^ Miss hargai. Nah sambungan yang seterusnya :)
Ada sesiapa nak saya editkan blog ?
Langkah Rafiq Zikri mati tiba-tiba. Airish berdiri di hadapannya dengan wajah yang baru bangun tidur. Sengihan Rafiq Zikri dilemparkan kepada Airish. Niatnya tadi mahu mengejutkan isterinya tapi Airish sudah bangun.
  "Good morning,sayang.."
Airish tidak membalas. Menoleh Rafiq Zikri lagilah dia tidak mahu. Rasa terkejut bila Airish tidak membalas sapaannya. "Sayang,sihat?" Rafiq Zikri masih lagi berusaha agar dapat dia mendengar suara Airish.
Airish masih tidak membalas. Hanya renungan mata Airish saja yang menjawabkan soalan Rafiq Zikri. Airish melangkah masuk ke dalam bilik Suhana. Pintunya dibiarkan saja terbuka. Dia tahu Rafiq Zikri mahu berbicara dengannya. Tapi entah kenapa hari ni mood dia tidak berapa baik.
Rambut Airish menggerbang bagai cik ponti punya rambut. Rafiq Zikri melangkah masuk ke dalam bilik Suhana. Melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Pertama kali melihat wanita itu dalam keadaan baru bangun. Orang tua kata kalau nak tengok kecantikan perempuan yang sebenar-benarnya, lihat masa mereka baru bangun tidur.
Rafiq Zikri tidak berkelip melihat wajah Airish. Tidak mekap sebagai bahan tambahan. Airish cantik. Airish mencapai selimut lalu menutup dirinya. Rafiq Zikri menghadap muka Airish sepenuhnya. Walaupun berselubung dengan selimut, Airish masih lagi cantik.
Mulut Airish terkumat-kamit. Membebel geram. Panas tahu tak dalam selimut ni. "Boleh tak awak keluar sekarang?" Airish bersuara. Dia berasa rimas bila Rafiq Zikri ada dengannya.
  "No." Rafiq Zikri tertawa kecil.
"Kenapa masuk bilik ni?" Airish masih lagi di dalam selimut. Suaranya sayup-sayup menyapa gegendang telinga Rafiq Zikri. " Ini kan rumah abang."
Alamak! Lupa pula. Dia hanya penumpang dalam rumah ini. Ish. Apalah tak sedar diri. Airish senyap seketika. "Awalnya awak bangun."sindir Rafiq Zikri.
Ceh, Rafiq Zikri! Macamlah kau bangun awal. Kau pun dua kali lima sama dengan aku. Ada hati nak menegur aku. "Boleh tolong keluar tak?" Airish memohon.
"No."
 Airish sudah tidak senang duduk. Rambut yang serabai sudah pun ditunjukkan kepada Rafiq Zikri. Entah-entah air liur basi masih lagi bertenggek di pinggir bibir dia . Pantas Airish menyapu mukanya dengan selimut. Sekurang-kurangnya, muka dia tidaklah comot. Selimut kena air liur basi tak apa. Jangan air basi meleleh dekat bibir dah. Malu saja. Guna clorox konfem hilang punya!
Nak menghalau Rafiq Zikri sudah pasti dia tidak akan berjaya. Apa lagi yang dia boleh buat. "Rafiq, keluarlah.Saya nak mandi." Rafiq Zikri tersengih. "Tak apa. Saya temankan." Membutang mata Airish mendengar kata-kata Rafiq Zikri. Ei,gatal! 
  "Abang tak akan beralih selagi Airish tak mandi lagi." Rafiq Zikri menarik selimut Airish yang menghalangnya daripada melihat wajah Airish. "Rafiq!" Suara Airish ditinggikan sedikit. Terkejut bila Rafiq Zikri menarik selimutnya. Airish tahu, dia tidak sepatutnya meninggikan suara.Tapi kalau dia sudah terkejut, macam mana dia tidak menjerit?
  Rafiq Zikri mencebik. "Maaf." Airish merenung ke arah anak mata Rafiq Zikri. " Tak mengapa.Sudahlah pergi mandi." Rafiq Zikri mengusap kepala Airish. Melihat wajah Airish yang tenang membuatkan dirinya sudah gembira. Tapi, setenang itukah Airish menerimanya? Setenang itukah Airish memaafkannya? Rafiq Zikri mengeluh.


No comments: