Isi Kandungan
Alhamdulillah , kenyang rasanya. Seronok betul makan semeja dengan keluarga. "Wey , Syu. Tolong abang boleh tak Syu?", tanya Zamri iaitu abang kepada Syuhada."Boleh.Abang nak Syu tolong apa?",tanya Syuhada yang berasa sedikit hairan.Abang aku ni dah kenapa minta tolong daripada aku? Tak lain Tak bukan , mesti suruh aku basuh pinggan. Ah, malas aku."Nanti abang masuk bilik adik. Abang ada cerita nak kongsi dengan adik", jawab Zamri dengan nada yang semakin perlahan.Eh, kenapa dengan abang ni? Abang ni, buat aku risau je lah.Syuhada hanya mengganggukkan kepalanya sambil melemparkan senyuman kepada abangnya.
"Haa, siap pun basuh pinggan", kata Syuhada yang meninggikan sedikit suaranya."Siapkan homework Syuhada!",tegas Encik Sabri.Syuhada hanya mengganggukkan kepalanya lalu bergegas ke dalam biliknya.Abang aku mesti dah masuk ni. Alang-alang dia nak kongsi cerita , aku nak buli dia lah." Abaaaaaang",kata Syuhada dengan nada gembira.Zamri yang cuba melelapkan matanya, terbuka semula."Bagilah salam,sengal",marah Zamri sambil membuat memek muka marah."Assalamualaikum,abangku......Sayang",kata Syuhada , seolah-olah memerli abangnya."Waalaikummusalam. Ha, masuk",jawab Zamri sambil menjeling ke arah Syuhada. Eh, kau ingat , kau comel ke abang ? Perasan sweet lah tu? "Yee , abang tahu , abang comel",kata Zamri sambil memegang novel."Jangan nak perasanlah, abang.Ha, ceritalah",kata Syuhada.Syuhada yang sedang tercegak di pintu biliknya , terus duduk di sebelah abang kesayangannya."Abang buatkan homework adik sekali tau",tegas Syuhada sambil mencari pensel di atas meja belajarnya.Zamri hanya mengganggukkan kepalanya lalu memulakan ceritanya.
"Abang suka seorang perempuan ni. Dia cantik, baik dan pandai pula tu",kata Zamri yang cuba memulakan ceritanya.
"Siapa perempuan tu bang?",tanya Syuhada yang semakin excited mendengar.
"Najwa namanya",jawab Zamri lalu melemparkan senyuman kepada Syuhada.
"Wah, sedapnya nama perempuan tu",puji Syuhada sambil menyiku perut abangnya.
"Sakitlah woi.Dia ada bagi surat dekat abang",kata Zamri yang sedang menahan malunya.
"Waaaah, abang , Syu nak baca. Bolehlah",rayu Syuhada yang cuba membuat muka comelnya.
"Tak comel pun Syu. Nah",kata Zamri sambil ketawa lalu menghulurkan surat kepada Syuhada.
_________________________________________________________
Dear Zamri,
Assalamualaikum ,
Ada orang cakap , awak suka saya? Betul ke?
Kalau betul , saya gembira sangat
Nak tahu kenapa?
Awak , crush saya.
-Najwa-
_________________________________________________________
Syuhada tersengih dan menahan ketawanya. Pipinya merah kerana menahan ketawanya.
"Ha, nak gelaklah tu",marah Zamri sambil mencubit lengan Syuhada.
"Haha.Ayat dia macam darjah satu je.Dia serius ke suka abang?",tanya Syuhada sambil ketawa.
"Adik ni.Mestilah dia serius",jawab Zamri dengan nada perlahan.
"Alololo, kalau serius, baguslah.Abang nak adik buat apa?",pujuk Syuhada.
"Cuba tanya dia , dia betul betul suka abang ke?",tanya Zamri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Woi, bang. Tadi kata dia serius, lepas tu, suruh adik tanya pula?",marah Syuhada.
"Haha,tak adalah.Teman abang besok, boleh?",tanya Zamri yang mengharapkan Syuhada pergi.
"For..what? I don't want",jawab Syuhada yang cuba membuat gaya diva.
"Adik, please. Teman abang jumpa Najwa petang besok je",rayu Zamri.
"Abang ni, yela tapi, abang kena tolong adik siapkan homework adik",jawab Syuhada berserta syaratnya.
"Thanks adik.Sayang kau doh",kata Zamri yang cuba mengawal dirinya daripada menjerit.
"Apa bising-bising tu Zam ? Syu ? Ajar adik tu, Zam",tegas Puan Zuraidah yang sedang berdiri di depan pintu bilik Syuhada.
"Yes ma'am",kata Zamri sambil tersengih.
"Padan muka abang kena marah.Cepat ajar adik, nanti dapat adik tidur awal",kata Syuhada lalu menyandarkan dirinya ke dinding.Zamri hanya tersenyum dan mengganggukkan kepalanya.
No comments:
Post a Comment