BEBERAPA minit kemudian, telefon bimbit Airish menyala.Tangannya pantas mencapai telefon bimbit.
Sayang, abang on the way nak sampai. Kalau abang dah sampai abang call tau. One more thing, bila abang call Airish , masa tu , Airish sudah bersiap! Bukan baru nak bersiap! Jangan nak terhegeh-hegeh tau sayang. Iloveyou :*
Airish mengeluh perlahan.Tahulah dia bila dia mahu bersiap.Kelam-kabut Airish mencari pakaian yang sesuai dipakai. Sekejap dia menepuk dahi. Sekejap bercekak pinggang. Matanya merenung ke arah baju kurung moden. Cantik. Warna biru tua lagi. Tanpa berlengah masa, Airish terus menggosok baju kurung dan tudung.
Selesai saja dia bersiap,dia menepek sedikit bedaknya di muka.Gincunya dicalit sedikit di bibir. Airish bukannya tidak reti bergaya.Reti sangat.Dululah. Tapi sekarang, dia langsung lupa macam mana nak bergaya.
Airish melabuhkan punggungnya di sofa.Tangannya mencapai majalah wanita. Baru saja nak baca majalah, telefon bimbit Airish sudah berdering. "Abang dah ada dekat bawah ni." Airish menekan butang merah setelah mendengar ucapan daripada Rafiq Zikri. Dia bergegas keluar rumah.Pintunya di tutup rapat.
PINTU kereta dibuka dan Airish masuk tanpa menoleh ke arah Rafiq Zikri.Berdentum kereta dihempas. DahiRafiq Zikri berlapis. "Awak kenapa?" tanya Rafiq Zikri. Dia marah akukah? Hari ini,dia berasa lain sangat. Tak sedap hati. Tak sedap badan. Rafiq Zikri mengurut dadanya. Dia memulakan enjin. Beberapa saat, kereta itu meluncur meninggalkan apartment.
MEREKA tiba di Restauran Laila setengah jam kemudian. Rafiq Zikri menatap wajah Airish dalam-dalam. Entah kenapa dia begitu tertarik dengan Airish. Tatkala Airish memandangnya Rafiq Zikri terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Sebenarnya, Rafiq Zikri memang kacak. Sudah tentu ramai orang yang tergila-gilakan dia. Kalau bukan disebabkan nafsunya yang tak reti nak kawal, sudah pasti dia tidak akan berjumpa dengan Rafiq Zikri. Airish mengeluh perlahan. Tak mahu berdua-duaan dengan Rafiq Zikri . Tidak selesa.
"Balik nanti Suhana balik rumah ibu." Rafiq Zikri mengangguk.
Bila bertemu dengan Airish, semuanya berubah. Hatinya semakin tenang. Tapi bila bertemu Erin, hm. Entahlah! Personaliti Erin membuatkan dia tidak mahu melepaskan Erin. Ah,biarlah. Airish bukannya tahu pun. Kalaupun dia khawin dengan Erin, Airish tidak berhak halang dia. Lelaki boleh khawin empat. So, tak akan Airish nak halang dia pula. Rafiq Zikri tersengih.
Ditenung wajah Rafiq Zikri. Ada resah yang tersembunyi. "Abang,o..okay?" Rafiq Zikri tersentak.Kepalanya diangguk. Tiba-tiba mata Rafiq Zikri tertumpu dengan seorang gadis. Gadis yang amat dikenalinya. Gadis itu memandangnya lalu melemparkan senyuman. Jantungnya berdegup kencang. Erin?!!! Dia buat apa di sini. Erin menghampiri meja Rafiq Zikri. Dia tahu, ada perempuan lain di mejanya. Tapi, Erin langsung tidak kisah.
"Sayang." Erin terus memeluk Rafiq Zikri dari tepi. Airish yang terkejut dengan tingkah lakunya terus tertunduk. "Y...You buat apa dekat sini?" tanya Rafiq Zikri. Matanya memerhatikan reaksi muka Airish. "I nak belikan makanan untuk ibu I tadi. Tak sangka jumpa you di sini." jawab Erin lalu memegang tangan Rafiq Zikri. Airish yang nampak kelakuan mereka, dia terus meminta izin untuk undur diri.
"Saya minta diri dulu."
"Airish!"
"Eh , duduk sajalah." Erin menarik pergelangan tangan Airish. Airish melemparkan senyumannya.
" Saya dah nak pergi office. Maaf ganggu kauorang berdua. Saya hanya kawan dia." Airish terus meninggalkan mereka berdua di restauran itu. Rafiq Zikri menarik lengan Airish. Airish menoleh.
"Abang boleh....."
"Airish nak pergi kerja dulu,bang.Assalamualaikum." Sengaja Airish memutuskan kata-katanya. Airish terus hilang dari pandangan Rafiq Zikri. "Sayang,are you okay?" tanya Erin lalu memegang tangan Rafiq Zikri. Rafiq Zikri mengangguk.
Air mata Airish jatuh di pipi. Merah mukanya menahan. Perempuan lain? Sayang? Apa semua ni? YA ALLAH, kau tunjukkanlah apa yang sedang berlaku. Airish menangis teresak-esak. Langkahnya terhenti lalu melabuhkan punggungnya di kerusi. Puas dia menyeka air mata yang mengalir deras tetapi air mata itu juga tetap turun. BENCI!
"Airish,lap air mata awak tu." Seorang pemuda menghulurkan kain lap tangan miliknya kepada Airish. Airish mengambil kain lap tangan lalu menyapu air matanya. Dia mengangkat muka. Wajah pemuda tu macam pernah dia nampak. Rasanya, pemuda itu pernah menyayanginya.
No comments:
Post a Comment