Chat here,darling.

Friday, April 4, 2014

Novel:Peluang - Bab 26

Terima kasih kerana setia menunggu cerita "peluang". Sebenarnya, cerita ini pernah di'update' tapi tidak mendapat sambutan. Hihi. Thank you so much sebab setia menunggu cerita yang tak berapa nak best ni. Ada juga yang dok sibuk suruh miss update cerita ini. :3 Nah, ini dia. 
"ABANG,Airish pergi kerja dulu," Airish mencapai tangan Rafiq Zikri lalu dikucup. Rafiq Zikri mengeluh. "Pergi naik apa?" Airish mengangkat muka.Keningnya dijongket. "Kereta Airishlah. Takkan Airish naik kereta sorong pergi kerja." Airish menggeleng.
Rafiq Zikri tertawa.Pandai juga isterinya mengusik. Direnung sekali lagi wajah Airish. Perasaan kesal menyerang dirinya secara tiba-tiba. "Abang minta maaf ye,Airish." Airish mengulum senyuman. Perlahan kepalanya diangguk. Kakinya pantas menuju ke sofa. Pantas tangannya mengambil beg lalu menyarung kasut.
"Hati-hati tau,sayang." Airish mengeluh. "Abang ni, tak pergi kerjakah? Sibuk sangat dengan diri saya." Rafiq Zikri tersengih."Tak pun." 
Patutlah beria-ria nak kacau dia. Mana tidaknya, biasanya Rafiq Zikri sudah pun pergi kerja sebelum pukul 8 pagi. Dia pula pergi kerja pukul 7:30 pagi. Lambatkan? Rasanya tidak. Dia mahu mengelakkan dari kesesakan.Tak sanggup menunggu lama-lama dalam kereta. Tambah lagi dengan hawa dingin kereta. Sejuk.
***
AIRISH berjalan ke arah pejabat dalam keadaan yang tenang. Sesekali matanya mengerling ke belakang dengan rasa gusar di hati. Matanya tertumpu dengan seorang pemuda. Dia merenung pemuda diam-diam. Pemuda itu berjalan ke hulur ke hilir. Airish tersengih lalu menghulurkan sapu tangan kepada pemuda itu.
    "Airish?" Bulat biji mata Airish. Terperanjat dengan pertemuaan yang langsung tidak dirancang oleh dirinya.Haris lagi? 
AIRISH menghenyakkan punggungnya di kerusi. "Have a seat,Haris."
Suasana dalam bilik Airish amat sunyi. Hanya Haris dan Airish saja.Kedengaran ketukan jari-jemari Airish di keyboard semakin kuat. Maklumlah, nak ketuk space bar kena kuat sikit. Sesekali disulami dengan bunyi kertas yang diselak sehelai demi sehelai.
  "You are new here. So,kerja apa yang bos bagi?"
 " Kerja menaip macam kena semak mana-mana assigment sebab saya ada kemahiran dalam teknologi. Tak sangka saya dapat jumpa awak di sini." Haris melemparkan senyumannya. Jantung Airish berdegup kencang. "Nice to meet you,Haris.My name is Airishah. So,kalau ada apa-apa bantuan, awak boleh minta tolong dengan staff di luar sana." Airish menjelaskan dengan panjang lebar. Gementar.
"Why not you? I want to see your......"
"Haris, kita sedang berkerja. Watak awak sekarang ialah seorang pekerja. Faham? Watak awak dalam hidup saya sudah mati!." Airish memotong percakapan Haris. Perkataan 'mati' sengaja Airish menekankan supaya Haris sedar diri.
Airish menyerahkan fail kepada Haris. "Semak. Kalau ada typo betulkan. Dokumen semua ada di dalam laci meja awak." Perlahan-lahan Haris mengangguk. 
Perasaan menyesal menyelubungi diri Haris. Tidak tahu kenapa Airish tidak memberi dia peluang untuk luahkan perasaan. Adakah benar aku sudah 'mati' dalam cerita hidup dia?  Aku buntu.
"Awak boleh keluar sekarang." Airish sempat melemparkan senyuman kepada Haris. Tak baik menyombong.

Bab 25

No comments: