Chat here,darling.

Friday, March 7, 2014

Cerpen : Girlfriendku Playgirl!


"Sayang, takkan you nak tinggalkan I macam ni?"rintih Amir. Aku melemparkan senyuman sinis."Of courselah, sayang. Our relationship is over,darling,"kataku dengan ceria. Aku tersenyum puas kerana dapat mempermainkan perasaan lelaki. "Tapi, I cintakan you. Sampai hati you mainkan hati I,"kata Amir. Air matanya berlinang di bibir mata. Aku tertawa kecil.

  "Simpanlah air mata tu. Kawan you kan dah nasihatkan you supaya jangan rapat dengan I. Tapi, you degil. Salah siapa? Mestilah salah you sendiri."kataku. Kata-kata yang aku lemparkan sebentar tadi, terselit dengan kata-kata sindiran. 

"You memang tak guna. Dasar kaki drama queen!"getus Amir. Aku tertawa kecil lalu mengiya-iyakan saja. Malas nak layan lelaki macam Amir. Siapa tak kenal aku. Aku kan Haira also known as cinderella. Ops, sesuai ke dengan watak aku? Entahlah. Amir terdiam seribu bahasa, bibirnya diketap rapat. Pantas dia meninggalkanku sendirian.

Aku masih lagi tersenyum.

*****
Aku merapatkan failku di dadaku. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah bilik Lukman. Tanganku mengetuk pintu dengan perlahan. "Masuk!" Suara itu kedengaran dari dalam lalu aku memulas tombol pintu. Aku menolak daun pintu lalu melangkah masuk.

  Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah meja Lukman. "Boss nak fail ni kan? Ira dah siapkan."kataku lalu meletakkan fail itu ke atas meja Lukman. Aku menggenggam kedua belah tanganku sementara menunggu Lukman menyemak kertas kerjaku.

"Okay good! Excellent! Kemas." Lukman memujiku. Ah, kembang setaman aku! Perlahan-lahan aku menundukkan kepala. Malu bila dipuji oleh Lukman. "So,I dengar cerita you ni drama queen.Betul ke?"tanya Lukman. Dia menongkat dagunya lalu memandang ke arahku. Aku terkesima seketika. Tidak mungkinlah gelarannya tersebar luas. Macam mana bos aku tahu ni?

  "How do you know huh? I'm not like that anymore,"bohongku. "Are you sure? Then, how about Amir...."sengaja Lukman memberhentikan kata-katanya. Hah, nak buat jantung aku berdegup kencanglah tu. Habislah aku. Dia nak pecat aku ke? Alamak-alamak! Aku tak tahu nak kerja dekat mana dah. Kerja di sini sajalah, aku dapat gaji yang banyak.

"Never mind! For your information, Amir tu adik saya,"jelas Lukman lalu mengetuk papan kekunci dengan jari-jemarinya. Gulp! Adiknya? Aku salah dengar ke? "Oh. Okey. Jadi?"soalku dengan gugup.

  Lukman memandangku dengan renungan yang tajam. "Let's start the game,"kata Lukman sambil tersenyum manis. "Maksudnya?"soalku yang tidak mengerti. "Kita main satu permainan. Saya terangkan ye. Kita keluar sama-sama. Makan sama-sama. Kita layan macam budak-budak. Lepas tu, awak panggil saya sayang. Then,saya panggil awak dengan panggilan manja. Siapa jatuh hati, dia kalah. deal?"jelas Lukman. Keningnya dijungkitkan sedikit.

  Aku tertawa kecil. Hek eleh. Setakat itu aje, tak adalah susah sangat. Kacang aje! Tanpa lengahkan masa, aku melemparkan senyuman sinis kepada Lukman. "Are you sure?"soalku. Lukman mengangguk.


"Dan jangan layan mana-mana lelaki pun. Deal,dear?"

   "Deal." 


*****

Perjanjian yang dibuat antara aku dan Lukman telah pun dipersetujui. Ah, setakat syarat yang dia beri tu tak adalah susah sangat. Petik jari aje. Confirm dia yang fall in love dengan aku. "Sayang, jom lunch sama-sama."kata Lukman lalu melemparkan senyuman. Aku turut tersenyum lalu mengangguk. "Baiklah.Bos belanja I tau,"kataku dengan manja.

"Call me, sayang,Haira." Gulp! Jantungku tiba-tiba berdegup kencang.


HAMPIR SETENGAH JAM, aku dan dia berada di restoran yang mewah. Mulut masing-masing terkunci. Tak boleh jadi ni, aku kena buat dia bercakap. "So, you memang ada hati dengan I ke?"soalku dengan selamba. Lukman menggeleng, Aku melopong seketika. Tiada hati dengan aku? Tapi buat perjanjian dengan aku bagai nak rak. Apa ni!

  "Don't worry. This is just a game."kata Lukman lalu menghirup air teh.Aku menjungkit bahuku. Apa-apa sajalah yang penting aku tak boleh kalah dengan dia! NEVER AND EVER!

 "Nur Haira Izzati." Aku menoleh ke arah Lukman dengan ceria. "Lukman...... "kata-katanya tergantung tika Amir mencelah. "Hai sayang."kata Amir sambil melemparkan senyuman.

Senyuman di bibirku bertukar menjadi masam. Tapi,macamlah Amir boleh muncul? Amir menjungkitkan kening ke arahku. "Sayang buat apa dekat sini?"soal Amir. 


  Aku mengetap bibirku lalu memandang wajah Lukman. Wajahnya sedikit tegang, pantas aku menoleh ke arah Amir. "Hubungan kita kan dah putus. Apa lagi you nak?"soalku dengan geram. Amir tersenyum sinis. "nak hancurkan hubungan you  dengan abang I,"balas Amir. 



  "Akim, kau sayang ke dekat Ira ni?"soal Amir. Lukman memandang ke arah Amir. Apa yang sedang Amir rancang ni? Dia nak balas dendam ke? Ah! Aku tak faham.



Aku merenung ke arah Lukman yang asyik diam membisu. "Sayang?"sapaku. Lukman tersengih. "Mestilah aku sayang."jawab Lukman dengan lancar. Amir mengetap bibirnya lalu meninggalkan kami berdua.

******

Telefonku menjerit-jerit untuk diangkat. Aku menggosok mataku. Siapa pula telefon aku pagi-pagi buta ni? Aku terus mencapai telefon bimbit di meja lampu yang bersebalahan dengan katilku. Mataku semakin berat. Tanpa melihat nama, aku terus menekan butang hijau di skrin.

  "Sayang,bangun solat Tahajjud."

Mata aku terus terbuka dengan luas. Aku membetulkan posisi kedudukanku. Aku terus duduk tegak lalu menoleh ke arah jam dinding. "Sekarang kan baru 2 pagi. Belum Subuh lagilah, bos."kataku. Aku masih lagi dalam keadaan mamai.

"Memang Subuh belum masuk. Tapi awak kan dah terjaga, pergi solat sunat Tahajjud,sayang."kata Lukman dengan lembut. Solat sunat tahajjud? Haih, terasa malas pula tapi rasa macam dah lama pula tak buat. Alang-alang dia dah kejutkan aku, baik aku solat.

"Sayang."kata Lukman di hujung talian. Aku tersentak seketika. Ah, kenapa aku rasa macam...... pelik. "Sayang,I love you."sambung Lukman.

   Ungkapan indah itu. Ye,dia ucap. Aku..... Eh, jangan cair!

******

Ramainya orang di pusat beli-belah! Ah, memanglah. Kata pun tempat beli-belah. Mestilah ramai orang nak membeli. Apalah aku ni. Hujung minggu ni, kebiasaannya aku menghabiskan masa dengan sahabatku, Fira.Maklumlah, aku ni asyik kerja saja. Nak jumpa Fira pun payah.

"Haira. Kau dengan Amir macam mana?"soal Fira "Putus dah."jawabku dengan selamba. "Hah,putus? Kau ni,Ira! Masih macam dulu lagi kan? Bila kau nak berubah ni?"kata Fira dengan nada geram. Mulutku ternganga. Tak pernah-pernah Fira memarahi aku. Dia datang bulankah? "Kau ni kenapa,Fira?"soalku dengan tenang. Fira bercekak pinggang. "Kau yang patut tanya dekat diri kau. Kenapa dengan kau."balas Fira.

Aku semakin tidak mengerti. "Wei, pahal dengan kau,doh. Aku tak faham langsung!"rengusku. Fira tersengih. "Aku tahulah kau tu playgirl . Tapi aku rasa baik kau lupakan aje. Sebab apa? Sebabnya nanti kau juga yang tersangkut!"kata Fira dengan tegas. Aku masih lagi terpinga-pinga. Mataku tidak berkerdip. Fira meninggalkan aku seorang diri.

Wajah tegang milik lelaki itu ditatap sekilas. "Er,kenapa bos?"soalku. Lukman hanya melemparkan senyuman. "Tak sangka dapat jumpa dekat sini. Alang-alang kita dah jumpa. Jom kita pergi taman."kata Lukman. Hah,mulalah aku nak buat muka blur aku. Memang tak bertempat. "Pergi mana?"soalku. "Pergi Paris."jawab Lukman. 

  Seriously? Aku salah dengar ke? Terburai terus ketawa Lukman. "Ira..Ira.. Tak korek telinga ke?"soal Lukman. "Ish,saya korek telingalah!"kataku dengan geram. "Panggil saya sayang ye. Janggal lah bila Ira panggil saya bos."kata Lukman sambil tersengih. Aku mengiya-iyakan saja.

*****

Kereta yang dipandu oleh Lukman sudah pun tiba di destinasinya. Ye,taman permainan. Bila dah sampai taman permainan, of course lah ramai budak-budak. "Nah,ambil ni."kata Lukman sambil menghulurkan ais krim kepadaku. Cepat-cepat aku mengambil ais krim itu. "Ada apa nak jumpa saya di taman?"soalku dengan hairan. 

  Lukman memandang ke arahku. Matanya yang berwarna hazel,dipandang sekilas. Cepat-cepat aku membuang pandangan. "Ira tahu. Ira cantik sangat."kata Lukman. Aku tertunduk malu. Amboi, bukan main lagi dia puji-puji aku. Rasa macam happy sangat! "Ish,bergurau pula,Lukman ni."kataku. 

  Lukman menghulurkan sehelai tisu kepadaku. "Kenapa?"soalku. "Ira makan comot sangat. Tak reti makan ais krim eh? Bibir dah warna coklat. Pipi ada warna putih. Macam mana Ira makan ni? Nerveous jumpa saya ke sayang?"kata Lukman. Ahh! Merona merah pipi aku dibuatnya. Pantas aku mengambil tisu daripada Lukman lalu mengelap pipi dan bibirku.

"Ira, seminggu ni, saya tak ada dekat ofis tau."kata Lukman. Aku mengangkat wajahku. Hati aku bagaikan disentuh oleh seseorang. Sentuhan yang lembut. "A...A..Awak pergi mana?"soalku. Nadaku semakin perlahan. Lukman tersenyum manis. "Pergi Australia."jawabnya. Aku mengangguk perlahan. "Jangan risau. Nanti saya balik."kata Lukman.


*****

Seminggu itu, aku terpaksa menahan rindu dan seminggu itu jugalah, aku menunggu panggilan dan sms daripadanya tapi dia langsung tidak berbuat sedemikian. Memang aku tidak putus-putus menunggu panggilan mahupun sms. Hati aku semakin rindu kepada Lukman serta semakin sayang kepadanya.

  Aku menepuk pipiku berkali-kali. Adakah aku sudah jatuh hati dengannya? Oh no! Mana boleh. Aku tak boleh kalah dengan game dia. Aku kena menang tapi hakikatnya aku.....


"Ira?"Sapa Amir. Aku terus menoleh ke arahnya. "Ira okay tak?"soal Amir. Aku tersenyum manis lalu mengangguk perlahan. "Jom pergi cafeteria teman Amir makan. Laparlah."rayu Amir. Dia mengusap perutnya.



   "Ceh. Perlu ke Ira temankan Amir?"soalku. "Yes."balasnya.



******



Aku melabuhkan punggungku di kerusi. Aku duduk berhadapan dengannya. Tanganku mengacau air bandung yang tinggal suku. "Ira betul-betul sayangkan dekat Lukman ke?"soal Amir. Pantas aku mengangkat muka. Er.. Jawapan apa yang sesuai eh? Kalau aku beritahu aku sayang dekat Lukman, confirm dia beritahu dekat Lukman.



  Aku menjungkit bahu.



"Um....Amir masih lagi sayangkan Ira."kata Amir lalu mencapai tanganku. Cepat-cepat aku menepis. "Kita kan dah tak ada apa-apa hubungan selain kawan."kataku. Amir merenung ke arahku. Mata yang berwarna hitam milik lelaki itu, ditatap lama. Ah, jantungku tiba-tiba berdegup kencang.



Amir melabuhkan punggungnya di sebelahku. "I don't care. Selama Lukman tak ada ni. Amir akan buat Ira sayangkan Amir."kata Amir dengan lembut.



   "No you can't!"kataku dengan tegas. "Yes I can,sayang."



Sayang? Perkataan tu..... Kenapa Amir panggil aku sayang?



*****



  Jari jemariku mengetuk papan kekunci. Kadang, aku menyelak sehelai kertas. Ah,bosan gila. Aku tidak tahu nak buat apa hari ini. 



  "Ira ku sayang. Ira yang ku puja. Malam nanti free tak?,"kata Amir yang sudahpun berdiri tegak di sebelah aku. Mati-matikan lah aku ingatkan Lukman. Rupa-rupanya Amir. Haih, malaslah aku nak join dengan dia.



"Ira. You dengar tak? Dah lama kita tak keluar sama-sama."rintihnya. Aku memandangnya dengan keningku dijungkit. "Dah lama eh? Yela. Lagipun Ira tak ada kerja nak buat.."balasku dengan ceria.



  "Tapi nak pergi mana?"soalku dengan hairan. Amir tersenyum manis. "Adalah."



******



 Tepat pukul 8:15 malam, aku dan Amir tiba di destinasi yang aku sendiri pun tak pasti di mana.Bunyi air yang bergelora memecahkan suasana yang sunyi sepi. Angin yang dingin menampar mukaku dengan lembut. Sungguh sejuk!



  "Ira ingat lagi tak tempat ni?"soal Amir.



Aku menggeleng. "Ira tak pasti. Rasanya pernah jejak."jawabku lalu melabuhkan punggung di kerusi. Ramai juga orang datang di sini. Tak adalah aku rasa takut sangat. "Inilah tempat first date kita. Ingat?"soal Amir. 



"Oh."



Amir mencapai tanganku lalu merenung ke arah mataku. "Ira, tolong tinggalkan Lukman. Amir sayang sangat dekat Ira."luah Amir. Zaaaaaaaaap! Kata-katanya menyentuh hatiku. Beginikah rasanya apabila orang menaruh harapan kepada kita? Aku.... Aku tak tahu..



  "Ira.... Amir rindukan Ira. Amir... Amir masih menaruh harapan dekat Ira. Ira tahu tak, Ira orang pertama yang Amir sayang. Amir...tak tahu nak explain macam mana. Amir betul-betul sayangkan Ira."sambungnya. Aku menelan liurku.



  "Amir... Ir...Ir..Ira tak boleh."jawabku dengan gugup.



"Kenapa pula?"soal Amir. "Amir betul-betul sayangkan Ira."sambungnya. Jantungku berdegup kencang. Segala memoriku bersama Amir, dimainkan semula. Hati aku mulai cair dengan kata-kata Amir. Aku masih sayangkan Amir kah?



  "Ira sayangkan Amir tak?"soal Amir.



Aku diam membisu. Tanganku ditarik kuat. Tak sempat aku memandang wajah si penarik. "Amir. Let her go. You and her is over."kata lelaki itu.



  "Tapi, Amir sayangkan dia!"kata Amir.



"I don't care. Aku tak nak kau ambil kesempatan ye!"kata lelaki itu dengan tegas.



Suara itu, aku... Aku kenal. Lukman? Ah,dia buat apa di sini!?Bukan dia dekat Australia ke? "Ira... Kan Lukman dah cakap. Jangan layan mana-mana lelaki. Sayang lupa ke ?"soal Lukman.



   Aku membisu. "No, she is mine!"kata Amir.



Aku memerhatikan dua beradik yang asyik bergaduh tentangku. Hah? Tentang aku? Macam pelik aje. Tak boleh jadi ni."Ah,diamlah! Aku nak balik."kataku lantas segera aku meninggalkan mereka berdua di situ.



*****

Aku mengerling sekilas, menatap jam tanganku. Sudah pukul lapan pagi. Namun,kelibat Lukman masih tidak kelihatan.Adakah mereka masih lagi bergaduh? Tidak mungkinlah, hanya kerana pasal aku mereka berdua bergaduh? Macam pelik saja.

"Oi,Ira. Termenung jauh nampak."kata Amir. Aku terkesima lalu buat-buat mencari sesuatu. "Tak payahlah nak berpura, Ira oi. Amir dah masak dengan perangai Ira."kata Amir lalu melabuhkan punggungnya di sofa. "Ada apa?"soalku acuh tak acuh. "Amboi,tak boleh jumpa ke dengan bekas kekasih Amir?"duga Amir. Aku menjeling tajam ke arahnya.

"Amir tahu, Ira sekarang dengan abang Amir. Lagipun, Amir nak bagi sesuatu dengan Ira. Ini pun sebab Lukman yang suruh bagi."kata Amir lalu menghulurkan sepucuk surat serta sekotak sederhana besar. "Letaklah situ."

*****
Tiba saja aku di rumah, aku terus membuka kotak. Nak juga tahu apa isinya. Surat apa pula yang dia beri.
  "Wah,Fira. Hari ini bukan hari jadi kau. Tapi kau dapat hadiah. Daripada siapa?"tanya Fira lalu melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Hihihi. Someone new,"balasku dengan ceria. Fira menggeleng. "Kau memang tak berubah. Apapun, apa isi dia?"tanya Fira lalu membuka penutup kotak. "Wahhhh! Teddy bear dengan tudung dengan apa ni? Novel? Haha, kau minat novel?"kata Fira dengan ceria.

Aku tersengih lalu membaca surat yang ditulis oleh Lukman.

Assalamualaikum Ira. Apa khabar? Moga awak sihat selalu. Apapun, awak suka tak hadiah yang saya beri? Harap awak dapat jaga elok-elok. Selama kita bersama, saya rasa bahagia sangat dengan awak dan terima kasih kerana setia bersama saya. Saya cuma nak beritahu awak, game yang kita rancang dulu dah tamat. Jadi awak menang. Sebab awak tak jatuh hati dengan saya. Saya undur diri. Maafkan saya. Yang benar, Lukman Hakim.

Aku terdiam seketika. Air mataku berlinang di bibir mata lalu mengalir perlahan-lahan. Sampainya hati dia. Tinggalkan aku seorang diri. "Ira,kenapa ni sayang?"tanya Fira lalu mengusap bahuku. Aku memandangnya. Moga mengerti. "Kan aku dah beritahu kau dulu...."

*****

Selama sebulan, aku langsung tidak pergi ke kerja. Bila orang tanya, di manakah aku? Aku hanya diam membisu. Aku membiarkan diriku berkurung di dalam rumah. Beginikah rasanya bila ditinggalkan oleh seseorang? Kenapa begitu sakit,perit dan kecewa?

  "Ira, ada orang nak jumpa."kata Fira. Aku menggeleng. "Aku tak nak jumpa sesiapa buat masa sekarang."tegasku. Fira tersengih. "Ira,jangan macam ni. Someone new nak jumpa kau."pujuk Fira.Aku tetap menggeleng. "Fira. Lukman nak jumpa kau."jujur Fira. Aku terus duduk tegak lalu mengesat air mataku. "Yeke?"soalku. Fira mengangguk. 

Cepat-cepat aku memakai tudung serta menepek bedak di muka. Aku mengatur langkah ke pintu utama. Kelihatan Lukman sudahpun berdiri lama. "Awak?"sapaku. Lukman tersenyum seketika. "Jom kita keluar."

   "Pergi mana?"

*****

Aku memandang ke arah rumah yang besar itu. Cantik. Landscape rumah itu sungguh menarik. Penuh dengan kehijauan. Tenang. Sungguh! Aku melangkah keluar dari kereta Lukman lalu menutup pintu kereta. "Jom masuk."kata Lukman. Aku kaku. "Jangan risau,keluarga saya ada."kata Lukman.

  "Mama,papa. Assalamualaikum."kata Lukman lalu mencium tangan kedua-dua ibu bapanya. Aku hanya mencium tangan ibunya. "Amboi, cantiknya Ira."kata ibu Lukman. "Er.Mana aunty tahu nama Ira?"soalku. "Lukman lah. Dia selalu cerita pasal Ira dekat kami.Nama aunty Puan Dalila,"kata Puan Dalila. Aku mengangguk perlahan sambil curi-curi pandang ke arah Lukman.

"Mama,papa.. dah makan?"tanya Lukman. Puan Dalila dan suaminya tersenyum. "Kami makan dulu ye. Ira nak makan sekali?"kata Puan Dalila. "Ira dah makan di rumah."balasku. Ceh, padahal aku belum makan. Kuat sembang betul aku ni.

"Ira... Jom duduk di pondok sana."kata Lukman.

  "IRA tahu tak sebenarnya......."kata-kata Lukman terhenti. "Ira tahu, Lukman dah tak nak jumpa Ira dah kan? Lukman dah ada yang punya kan sebenarnya? Lukman saja nak mainkan hati Ira kan?"soalku. Betubi-tubi aku menujukan soalan kepada Lukman. Padan muka kau!

Lukman tersenyum seketika. "Lukman sebenarnya dah nak kahwin."kata Lukman.Wajahku terus berubah menjadi tegang. Kahwin? Aku sedang bermimpikah? Adakah aku sedang dibuai mimpi?! Kejutkan aku. "Ka...Ka...Kahwin? Oh.Tahniah,"kataku. Aku tersenyum hambar.

  "Ira... Lukman....."

"Lukman nak hentikan game yang kita rancang dulu kan? Ira tahu."celahku. "Ira, boleh tak bagi Lukman cakap. Asyik mencelah aje!"Lukman berdengus kasar. Aku tersengih. "Sebenarnya, Lukman rindu sangat dengan Ira. Sungguh Lukman rindu."luah Lukman lalu menatap sekilas wajahku. Aku mengetap bibir. Wajahku merona merah.

  "Lukman sayangkan Ira."sambungnya lagi. Zaaaaaaap! Ayat-ayatnya terkena pada hati aku. Benarkah? Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. "Ira pun rindukan Lukman."luahku. Membutang mata Lukman tika mendengar kata-kataku. Aku tersenyum. "Ira betul-betul rindukan Lukman. Ira kalah dalam game.Ira jatuh hati dengan Lukman dalam diam. Ira....."kata-kataku terhenti. Aku kehilangan kata-kata.

  "Ira, walaupun awak dah kalah dalam game kita. Sebenarnya,saya ada perasaan dekat awak. I fall in love with you, Nur Haira Izzati."luah Lukman sambil tersenyum manis. "Me too."

  "Tapi, pasal kahwin tadi tu, awak nak kahwin dengan siapa?"soalku dengan hairan. "Dengan awaklah."jawab Lukman dengan selamba. "Apa?"

   "Saya nak kahwin dengan Nur Haira Izzati...."

2 comments:

Amelia said...

terima kasih komen di blog saya. tapi saya dah buang pun post 'ramai follower...... 'tu.

takut ada orang terasa hati. hehe.

anyway, saya nampak yang awak ada buat cerita juga cuma cerpen ye. nice! ^^, keep up the good work. saya tak reti buat cerpen. saya cuma pandai tulis novel je. haha..

good luck!

Hazyyy said...

best gila awak punya cerpen ni ! seriously, good job !