Airish menekup mulutnya.Tangannya memeluk bantal peluk. Mana Rafiq Zikri pergi? Entah. Airish langsung tidak ingat apa yang berlaku semalam. Dia bangun dan mengemas katil dengan kemas. Tak pasal-pasal kena ejek dengan Rafiq Zikri lagi. Anak dara tak tahu kemas katil. Manalah tahu.
Airish menghirup udara.Langkahnya berhenti di dapur.Matanya tertumpu melihat suaminya sedang memasak sesuatu. Lama juga dia memerhatikan Rafiq Zikri lalu melabuhkan punggungnya di kerusi. Kenapalah aku masih tak ada perasaan apa-apa dekat Rafiq Zikri ? Langsung tak menarik perhatian aku.
"Morning,mama." Sapa Suhana lalu mengukir senyuman di bibirnya. "Morning sayang." Airish terus mengusap kepala Suhana. Memang sudah menjadi tabiatnya. Senyuman manis menghiasi bibir Rafiq Zikri. "Morning,Airish." Rafiq Zikri menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.
"Mama bucuk."Suhana menutup hidung lalu menjelir lidah.Tersengih Rafiq Zikri melihat Suhana."Mama tak mandi lagi ke,Ana?" tanya Rafiq Zikri.Suhana pantas menggeleng kepala. "Pergi mandi dululah.Tengok Ana sudah mandi.Wangikan anak papa." Suhana mengangguk. Airish mengeluh lalu mengatur langkahnya menuju ke bilik air.
USAI mandi, Airish melangkah keluar dari bilik RAFIQ ZIKRI. Dia mahu melihat anaknya,Suhana pergi ke sekolah dalam keadaan yang baik. "Mama.Mama.Ana nak pergi sekolah dulu."kata Suhana lalu mencium tangan Airish. "Hati-hati tau." Airish mengucup dahi Suhana lalu menemaninya. "Tak apa.Abang hantar,Ana." Rafiq Zikri mencapai kunci kereta. Airish mengangguk lalu mereka berdua hilang dari pandangan Airish. Lega hati Airish bila suaminya tiada di rumah.
Airish melangkah menuju ke dapur.Tangannya membuka tudung saji. Nasi goreng? Tak sangka Raziq Zikri reti memasak. Tangannya menyenduk nasi ke pinggan. Airish tersenyum. Senyum dengan nasi goreng pun sudah cukup buat dia gembira. Dia menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan dikunyah. Mmmm. Sedap! Aha,macam tukang kritik di masterchef pula.
Telefon bimbit Airish menjerit untuk diangkat.Matanya melihat nama yang tertera,Rafiq Zikri. Apa lagi yang dia mahu?
"Hello,"sapa Airish dengan malas.
"Awak sudah bersiap?"
"Ha,nak pergi mana? Awak kerja kan hari ini?"
"Pergi bersiar-siar. Hari ni saya off.Awak pergi bersiap sekarang!"
"Tapi...." Belum sempat menghabiskan kata-katanya Rafiq Zikri sudah mematikan. Kurang asam! Airish bingkas bangun. Mulutnya terkumat-kamit. Marah sangat dengan Rafiq Zikri.
1 comment:
geram jerr ngan rafiq ne...
Post a Comment