"SELAMAT PAGI,sayang dan Suhana."Rafiq Zikri mengusap kepala Suhana dengan lembut.Suhana makan makanan yang dimasak oleh Airish dengan penuh nikmat.Kemudian matanya menyinggah sebentar ke wajah Airish yang asyik memandang Suhana.Tangan Airish dicapai.Airish tersentak lalu memandang Rafiq Zikri.Suhana tersengih."Papa,pegang tangan mama.Tangan Ana tak mau pegang?"
Airish meletakkan tangan Rafiq Zikri ke arah Suhana."Woh,tangan papa besar.Berat!"rungut Suhana lalu memegang jari Rafiq Zikri."Ala sayang,nanti tangan Ana sama macam mama.Kecil aje." Airish membuang pandangannya ke arah lain.
Biasanya,hujung minggu ni,Airish menyibukkan dirinya di katil.Siapkan peta.Sejak bergelar isteri,Airish terpaksa bangun awal.Nak tak nak,terpaksa jugalah jawabnya.
*DING DONG*
"Biar abang yang bukakan."Rafiq Zikri melemparkan senyuman kepada Airish.Perlahan-lahan Airish mengangguk.Rafiq Zikri bingkas bangun lalu menuju ke arah pintu.Tombolnya dipulas.Airish pula menjenguk ke arah pintu.
"Sayang."Erin memeluk tubuh Rafiq Zikri dengan erat.Terkejut.Cepat-cepat Rafiq Zikri menolak Erin."Kenapa sayang?"tanya Erin."Erin,malu dengan jiran I nanti.Tak manis pandang macam ni."kata Rafiq."Tapi sayang,I sayangkan you.Jom temankan I shopping."kata Erin lalu membetulkan kolar Rafiq."Erin."Rafiq Zikri memegang tangan Erin.Erin tersenyum.
"I busylah sekarang.Kejap lagi I keluar pergi kerja."Erin memuncungkan bibirnya.Rafiq Zikri menyentuh bibir Erin dengan jari telunjuk.Dia membuat isyarat senyap kepada Erin.Dia tidak mahu Erin bersuara."Nanti kita jumpa lepas I habis kerja."kata Rafiq Zikri.Pipinya dicubit manja oleh Erin.Kepala Erin diusap lembut.
"Mama,siapa tu?"bisik Suhana.Suhana berdiri di belakangnyna.Terjengkit-jengkit Airish di dapur.Siapa orang yang dimaksudkan oleh Suhana? Airish membelek jam tangannya. Lama juga Rafiq Zikri jumpa dengan orang tu.Dia mengangkat muka.Matanya membutang melihat Rafiq Zikri dipeluk oleh seorang wanita.Pantas dia menyorok sedikit supaya kelibatnya tidak dapat dikesan.
"Mama,ada orang....."bisik Suhana lalu Airish menekup mulut Suhana."Diam sayang.Jangan bersuara."Suara Airish sedikit serak.Hatinya terluka.Mata Airish sudah mula berkaca.Suhana menyeka air mata Airish lalu memeluk tubuh Airish dengan erat.Dia seolah-olah tahu apa yang sedang dirasakan oleh Airish.
"Sayang.Abang......" Wajah Rafiq Zikri terus berubah.Melihat Airish menangis.Adakah Airish nampak aku dengan Erin? Jantungnya berdegup kencang.
"Airish..."
No comments:
Post a Comment