Mereka tiba di taman permainan.Ramai kanak-kanak sedang bergembira.Berlari sana sini membuatkan fikiran Rafiq Zikri semakin tenang."You bawa I di taman?" Rafiq Zikri tersengih.
"Lagipun,taman ni tak ramai orang yang sebaya dengan kita." Erin melabuhkan punggungnya di sebelah Rafiq Zikri. "You pasal khawin tu, I tak boleh khawin dengan you." Erin mengetap bibir lalu menjarakkan sedikit dirinya dengan Rafiq Zikri.
"Merajuk?" Rafiq Zikri tahu sangat perangai Erin.Bila orang tak nak bagi, dia merajuk. "Sayang."Rafiq Zikri memujuknya. "You dah ada lain atau you dah khawin?" Erin merenung tajam ke arah anak mata Rafiq Zikri. Dia menjelajah hati lelaki itu. Moga-moga dapat jawapan.Rafiq Zikri terus membuang pandangannya ke arah kanak-kanak.
"I memang dah khawin." Jujur Rafiq Zikri. Buat apa lagi nak tipu. Akhirnya akan terbongkar juga.Daripada dia terus menipu,ada baiknya dia berterus-terang. Dia tahu Erin akan terluka. Tapi apa daya, lebih baik beritahu benda betul. Takut lain pula jadi kalau dia berahsia.
"Kenapa you tak cakap awal-awal?" Erin berasa kecewa. Suaranya semakin perlahan. Kepalanya ditunduk. Rafiq Zikri terus menyeka air mata Erin. "Sebab I tak nak kehilangan you. I tak mahu you pergi dari hidup I. I sayangkan you." Rafiq Zikri meluahkan perasaannya yang selama ni terbuku di dalam hati.Tangan Erin digenggam erat. Mengharapkan perngertian daripada Erin.
"Tapi, you kan dah khawin. Kasihan dekat isteri you." Erin cuba memujuk hatinya sendiri.Walaupun terluka, dia masih lagi waras untuk membuat keputusan. "Sayang, I khawin dia pun sebab terpaksa." Kata Rafiq Zikri sambil menatap wajah Erin. Erin melepaskan keluhan ke udara. "Habis, you nak I buat apa?" Rafiq Zikri tersenyum mendengar soalan daripada Erin.
"Kita khawin senyap-senyap."
Terbeliak mata Erin. Biar betul mamat ni. Sewel ke? Seteruk-teruk dia , dia masih boleh berfikir. Tidak perempuan yang mahu bermadu. Sanggupkah Erin bermadu dengan isteri Rafiq Zikri. Bila mengenangkan memori bersama Rafiq Zikri, dia memang mahu bersetuju. Tapi tak salahkan kalau tahu hati budi isterinya ?
"You buang tabiat ke?" Rafiq Zikri tertawa kecil. Erin sudah pasti terkejut dengan jawapannya. "You setuju tak?" Rafiq Zikri semakin tidak sabar-sabar untuk mendengar jawapan daripada Erin.
"Nanti I fikirkan."
Jom Join GA yang menarik :3
No comments:
Post a Comment