Chat here,darling.

Friday, March 7, 2014

Novel - Call Me Princess - Bab 3

Fikri mencubit lengan Fatimah sekuat hati. Hatinya begitu sakit dengan tindakan Fatimah yang langsung tidak memberi dia peluang. Lagipun, memang dia berniat untuk jadikan Nelly sebagai isterinya tapi kenapa adik dia pula yang tidak setuju ?

  "Ouch! It's hurt idiot!"kata Fatimah lalu menumbuk bahu Fikri.

"Hey , girl. I don't understand with you. Kenapa suruh abang fikir semula pula?"soal Fikri.
Fatimah memandang Fikri dari atas hinggalah bawah. "Muka abang nak jadi suami Nelly? Silap hari bulan, abang sakitkan hati dia."ujar Fatimah dengan tenang.

"Sakitkan hati dia? Hello, I'm serious okay."kata Fikri.
Fatimah tertawa kecil. "Are you mad bro? I don't think so."kata Fatimah lalu menjeling tajam ke arah Fikri.

"Mana ada abang marah. Betullah apa yang abang cakap."getus Fikri. Tangannya dipeluk erat oleh seorang gadis. 

  Fatimah tersenyum sinis. "Masih dengan tabiat lama?"soal Fatimah.

Fikri terdiam seketika. Gadis itu memandang ke arah Fatimah. "Siapa gadis kampung ni, sayang?"soal gadis itu.

  "Watch out. Saya adik dia."kata Fatimah lalu meninggalkan mereka berdua.
*****

Oleh kerana Nelly terlalu letih, dia terus merebahkan dirinya ke atas katil. Penat sungguh hari ini! Tangannya memeluk erat bantal peluk.
 "Abang, I think, you should think again."
'Kenapa dengan Fatimah?' bisikku. 

  Pintu bilik Nelly diketuk perlahan. Dia berjalan malas ke arah pintu lalu memulas tombol pintu. "Hai Nelly."sergah Danial Hakim.

Membutang mata Nelly,cepat-cepat Nelly menutup pintu lalu mencapai tudung lalu disarungkan kepala.Pintu bilik diketuk lagi, kali ini Nelly melihat Puan Suraya berada di hadapannya.

 "Kenapa Elly tutup pintu?"soal Puan Suraya dengan hairan. Setahu dia, bila Nelly berjumpa dengan Danial Hakim, bukan main mesra lagi. 

Danial Hakim merupakan sahabat Nelly sebelum Fatimah. Danial Hakim sentiasa berada di sisi Nelly dari kecil sehinggalah kini.Sebab itulah keluarga Nelly sukakan Danial Hakim. Kepercayaan yang diberikan, sungguh Danial Hakim menjaga dengan baik.

  "Elly terkejutlah mama. Dia main sergah macam tu aje."kata Nelly dengan nada perlahan.

Puan Suraya tersenyum lalu mengusap kepala Nelly. "Nelly, mama tahu, Elly dah besar. Elly sendiri pun dah boleh cari calon suami nanti. Mama tak nak Elly sedih macam dulu lagi.Sudahlah, Danial ada di luar rumah dengan papa. Pergilah join dengan diaorang,"kata Puan Suraya.

Perlahan-lahan Nelly mengangguk lalu menuruni anak tangan. Dengan perasaan gementarnya, dia terus menuju ke arah halaman rumah. 

  "Uncle harap Danial faham."

Danial Hakim memandang ke arah Nelly. Senyuman di bibir terukir dengan manis.

  "Hah, Elly, Danial nak berjumpa dengan kamu."kata Encik Hairi. "Baiklah pa."

Encik Hairi membiarkan Nelly dan Danial Hakim di halaman rumah. Sambil-sambil itu dia memerhatikan mereka berdua.

"Nelly sihat?
"Sihat alhamdulillah. Danial?"
"Sihat juga. Maaf sebab sergah tadi."
Nelly tersenyum.
"So,Nelly dengan Zafril lagi?"
"Tak."
"Bukan kauorang sayan......."

  Nelly mengeluh. "Danial, boleh tak jangan buka cerita pasal dia? Elly tak suka. Tolong Danial."
Danial Hakim diam seketika. "Elly tak nak bagi peluang dekat Danial?"soal Danial Hakim dengan penuh rasa mengharap.

  Nelly memandang sekilas wajah Danial Hakim. Peluang? Masih terbuka lagikah hatinya untuk orang lain?

"Nelly, dengar tak?"
  "Danial, Nelly....."
Danial Hakim tersenyum. "Hati masih sakit lagi kan? Tak apa. Danial tunggu Elly. Danial akan cuba ceriakan Elly macam dulu,"kata Danial Hakim.
[ Bab 2 ]

4 comments:

Unknown said...

sambung tauuuuuuuuuu. hehehehe :D

Unknown said...

sambung tauuuuuuuuuu. hehehehe :D

Anonymous said...

Sambung tau miss! Best!!! ^^

Home Renovation Camden said...

Good rreading