Cerpen : Islam itu,Agamaku PART 1
Salam semua. Selamat tengahari. Boleh tolong comment sikit tak? :) Agak-agak pelik tak?Terima kasih kerana sudi membaca. PART 2
Allahu Akbar Allahu Akbar...
La Ilaha Illallah....
Bunyi azan sudah pun berkumandang, menandakan waktu Isya' sudahpun masuk. Sememangnya, aku berasa begitu terkejut. Ya, sungguh! Aku tidak pernah tahu waktu-waktu untuk orang Islam bersembahyang. Pada mulanya, aku berasa sungguh kekok mendengar azan. Apabila hampir setiap hari aku mendengar alunan suara itu, aku berasa sungguh tenang. Ketenangan yang selama ini aku mahukan.
Segalanya berubah kerana Mardihah. Dia yang mengajakku ke sini.
Mungkin ada sesuatu yang tidak pernah aku tahu.
Aku berlari-lari mencari Mardihah iaitu sahabat karibku. Aku menjenguk ke biliknya. Mardihah sudahpun membentang sejadahnya di lantai. Aku tersenyum seorang diri. Setiap kali waktu azan habis berkumandang, aku akan menjenguk Mardihah bersolat.
Kadang, aku mendengar dia membaca buku. Aku tidak pasti buku apakah itu. Sememangnya aku tidak memahami bait-bait ayat yang dibaca olehnya.
"Cheah."
Aku tergamam. Mardihah kelihatan tenang melihatku. Senyuman di bibirnya turut terukir. Kepalaku digaru.
"Ye saya?"
"Awak buat apa di situ?"
Aku tersenyum seorang diri. Mindaku berfikir untuk mencari alasan yang sesuai. Mungkin selama ini,
Mardihah tidak perasan akan kelibatku di sini. "S...Saya nak cari..."
"Cari apa?"
"R..Roti kering. Nampak tak?"
Mardihah tertawa kecil. Tangannya menutup mulut lalu kepalanya diangguk perlahan. Roti kering. Ya, aku masih tercari-cari roti kering. Bukan makanan tau. Aku sudah terbiasa dengan perkataan roti kering
berbanding dengan perkataan sebenar. "Maksud awak 'benda' tu?"
Aku mengangguk.
"Oh,ada dekat laci saya."
Aku mengangguk. Kakiku melangkah masuk ke dalam bilik Mardihah. Cantik! Sungguh cantik. Dinding bilik Mardihah dipenuhi dengan warna biru langit. Sungguh menenangkan.Sebaik saja aku berdiri, aku terus
menoleh ke hadapan. Kelihatan Mardihah sedang bersembahyang.
Aku menyentuh daguku. "Perlu ke aku keluar?"
Aku berfikir sejenak. Keluar ke tak. Keluar ke tak. Aku keliru. Hatiku teringin sangat melihat Mardihah solat. Nak juga tahu rambut Mardihah panjang mana. Selama aku bersama dengan Mardihah, dia langsung
tidak membuka tudung walaupun aku dan dia adalah perempuan. Pelik,bukan?
Aku mengambil keputusan untuk melihat Mardihah bersembahyang. Mindaku berlaga dengan pelbagai persoalan. Kenapa? Mengapa ? Bagaimana? Sememangnya, ramai kawanku yang beragama Islam dan mereka sangat baik ketika melayanku. Walaupun aku terlepas cakap, mereka tetap bersabar. Inikah cara hidup Islam? Mulia sungguh.
Mardihah menadah tangan. Mata tertutup rapat. Mulut terkumat-kamit. Entah dengan siapa dia sedang berbicara, aku tidak pasti. Sesekali, air mata Mardihah mengalir perlahan di pipi. Mahu saja aku menegur tetapi khuatir dimarahi. Aku membiarkan saja.
"Eh,tak jumpa lagi ke?"
Lamunanku terhenti seketika. Mataku berkerdip laju. Aku menolak anak rambutku ke belakang.
"Dah jumpa dah."
Mardihah tersenyum lalu mengangguk perlahan. Aku pula berjalan menuju ke arah bilik air.
******
Aku menggosok mataku. Tanganku mencapai smart phone. Mataku dikecilkan sedikit. 'Baru pukul 6:30 pagi?' soalku dalam hati. Aku bingkas bangun lalu memulas tombol bilikku. Cahaya lampu di bilik Mardihah menarik perhatianku.
Sekali lagi aku mengecilkan mataku. Aku mengatur langkah ke pintu bilik Mardihah. Telingaku berasa dipukul dengan ayat-ayat yang tidak pernah aku dengar. Perlahan anak mataku bergerak melihat Mardihah yang tenang membaca buku. Sayu hatiku mendengar Mardihah mengalunankan ayat-ayat itu.
Aku berasa sungguh tenang.
"Eh, Cheah. Kenapa awak berdiri di situ?"
Aku mencapai tangan Mardihah. Anak mataku memandang ke arahnya. Wajah Mardihah sungguh manis dan tenang. Aku mahu memeluk tubuhnya dengan erat tetapi aku tidak dapat berbuat sedemikian. Bahuku diusap lembut. Aku menolak anak rambutku ke belakang. Mardihah masih lagi bertelekung.
"Kenapa sayang?"
Aku memandang ke arah wajah tenang Mardihah. Dia masih lagi tersenyum. "Terima kasih,Mar." kataku. Aku kehilangan kata-kata. Aku berasa sungguh tenang di samping Mardihah berbanding keluargaku. Mereka sudahpun pergi jauh dariku. Keluargaku tidak mahu aku bersama mereka bahkan tidak menganggapku sebagai anak mereka. Walaubagaimanapun, mereka sudah tiada di dunia ini. Tiada.
Sedih. Sayu. Perit.Kecewa.
"Mardihah. Jangan tinggalkan Cheah. Aku tak tahu nak mengadu dengan siapa lagi. Janji dengan saya"
Mardihah tersenyum. "Cheah, saya tak boleh janji,sayang. Semua orang akan mati."
Mataku semakin ditutup dengan rapat. Air mata mengalir laju. Mardihah, tolong jangan tinggalkan aku. Aku tiada lagi kawan yang boleh diharap selain engkau. Engkaulah keluargaku yang aku ada,Mar.
*****
"Mar,can I ask you something?"soalku dengan gementar.
Mardihah mengangguk. "Apa dia,sayang?"
Suara Mardihah sungguh lembut tika berbicara. Sifat Mardihah penuh dengan sifat keibuan walaupun dia masih bujang. Sifat keibuannya sudahpun ditonjolkan."Kenapa Mar pakai tudung. Kitakan sama-sama perempuan bukan?"soalku. Selagi aku tak dapat jawapan,selagi itulah aku akan tertanya-tanya. Aku tidak boleh berdiam diri.
Mardihah tertawa kecil. "Cheah,I'm so so sorry. I didn't mean to hurt your feelings. It's complicated to explain. One day, you will know why. One day,you will find the answer. I'm sorry,Cheah." balas Mardihah lalu berjalan ke ruang tamu. Aku tersengih seorang diri. Tidak mungkin aku dapat tahu jawapannya jika Mardihah tidak dapat menerangkannya.
Mataku tertumpu ke arah tudung yang berwarna coklat pekat. Aku menoleh ke kanan dan ke kiri. Aku mengoyak senyuman di bibir. Pantas aku mengambil tudung milik Mardihah lalu menyarung di kepalaku.
Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilikku.
Wajahku di cermin dipantulkan semula.Tudung berwarna coklat pekat tersarung kemas di kepalaku.
Tundungnya sungguh labuh. Aku menyentuh pipiku dengan lembut. Mataku betul-betul tertumpu ke arah cermin. Aku terharu seketika. Sungguh tenang. Aku tidak pernah rasa ketenangan seperti ini. Sesekali aku aku mengibas tudung. Panas. Berpeluh. Adakah Mardihah merasakan seperti ini juga? Berhijab 24 jam tanpa membuka dan berasa rimas?
Aku mendengar laungan azan untuk keberapa kali, aku tidak pasti. Aku terkaku. Alunan yang indah menyentuh hati dan perasaan aku. Perlahan-lahan air mataku menitis. Terasa hangat di pipi. Kenapa bait-bait ayat itu sungguh menenangkan? Kenapa aku selama ini aku tidak dapat merasakan ketenangan seperti ini ? Tubuhku terasa dipeluk oleh seseorang. Aku tertunduk. Aku terdiam. Membiarkan air mata mengalir di pipi.
"Mardihah. Boleh tak saya ikut awak pergi ke masjid?"
Mardihah tersenyum. Entah keberapa kali, aku lupa. "Mestilah boleh."
"Boleh saya pinjam jubah awak?"
Mardihah mengangguk.
Aku tersenyum manis. Dia langsung tidak kedekut dengan aku. Apa saja aku mahukan, dia beri. Kadang, dia tegurku supaya tidak berpakaian seksi. Walaupun aku sudah terbiasa berpakaian seperti itu, aku tetap cuba membiasakan diri untuk berpakaian yang tidak menjolok mata.
Semakin lama, aku berasa sungguh selesa dengan pakaian yang longgar dan tidak ketat. Jika dulunya ramai lelaki yang mahu memegangku. Kini,tiada lagi yang mahu memegangku malah memandangku dengan pandangan yang menjengkelkan.
Pakaian yang sedang kupakai ini membuatkan Mardihah tersenyum. Aku dan Mardihah berjalan kaki menuju ke masjid yang berhampiran dengan rumah. Laungan azan, masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Mataku bergerak ke kanan dan ke kiri. Ramai orang yang menuju ke masih dengan berjalan kaki.
Langkahku terhenti. Masjid yang berada di hadapanku membuatkan aku berasa begitu tenang. Aku tidak dapat menerangkan bagaimana rasa ketenangan itu. Sungguhku jujur.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk (untuk memohon sebarang hajat); Ia tiada beranak, dan juga tidak diperanakkan; dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. - Surah Al-Ikhlas 1- 4
Aku terkesima. Aku tidak pernah menduga. Kalimah itu terkeluar nyata di mulutku.
"Allah. Muhammad"
[PART 2, Islam itu agamaku]
6 comments:
Boleh tahan cerita nya :) thumb up. Bagus ni... ^^
keep it up girl! :)
Assalamualaikum dan salam singgah sini..cerita yang menarik...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ade Singgah..
cerita yang menarik mengingatkan Ade dimasa dulu
Assalamualaikum. hi btw this story is so touched my heart :'))) hehe keep it up yaa. memang betul pun ;)))
nice story miss =)
Post a Comment