"Maafkan Haris sebab tinggalkan Airish dulu. Haris terpaksa khawin dengan orang lain.Maaf sebab Haris banyak sakitkan hati Airish.Haris terpaksa. Haris tak nak Airish ingatkan dekat Haris lagi."
"Airish, Haris masih sayangkan dekat Airish."
Mata Airish masih lagi tidak dapat dilelapkan. Malam yang dingin disertai bumi yang dibasahi hujan.Hatinya semakin gusar. Takut kalau perasaan sayangnya kepada Haris tiba-tiba muncul. Dia memejam mata rapat-rapat. Matanya tetap tidak boleh dilelapkan. Airish bingkas bangun lalu melabuhkan punggung di sofa.Tangannya mencapai remote contro dengan malas.
Dia mencari siaran yang menarik untuk melelapkan matanya.Dipandang jam dengan sekilas. Hatinya masih lagi tidak tenang.
"Airish, Haris masih sayangkan dekat Airish."
Tapi benarkah apa yang dikatakan oleh Haris? Bercerai dengan Fazura kerana dia? Tapi tidak mungkinlah sampai sekarang Haris tidak dapat melupakan dia. Lagipun , dia hampir saja berjaya melupakan Haris tapi kenapa Haris muncul semula dalam cerita hidup dia? Apa lagi yang kau mahu Haris? 'Aku sudah khawin! Tolonglah jauhkan diri daripada aku' keluh Airish.
Airish memandang ke arah bilik Suhana.Gelap-gelita. Sejak cuti sekolah bermula, Suhana akan tinggal bersama ibu bapanya. Lagipun, memang kehendak Suhana. Bukannya dia tidak rindu. Rindu sangat.
"Sayang?" Rafiq Zikri meletakkan briefcase di sebelah Airish. Dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Airish masih lagi berdiam. Dia marah pada akukah? "Kenapa tak tidur lagi ni?" Rafiq Zikri mencubit pipi Airish. Direnung pula mata Airish. Airish tidak sedarkah kehadirannya?
Airish mengangkat kaki. Kejadian yang berlaku siang tadi,sudah cukup menyakitkan hatinya. Langkahnya menuju ke arah bilik Suhana."Airish!" Rafiq Zikri menghalang dia daripada masuk bilik Suhana. Entah apa yang Rafiq Zikri risaukan. Dia mahu berehat. Cukuplah hati dia sakit hari ini.
"Airish tak nak abang jelaskan ke?"
Airish menggelengkan kepalanya lalu melepaskan tangan Rafiq Zikri dari pergelangan tangannya. Dia langsung tidak berminat untuk melayan suaminya. Airish,tolong berfikiran positif. "Tapi, Erin tu...."
"Cukup abang! Airish penat. Airish nak tidur. Kalau abang nak sangat dengan Erin, abang pergi!" Airish mengetap bibirnya. Matanya berkaca.
Rafiq Zikri menundukkan kepala. Pandangannya dibuang ke dinding. Airish menutup pintu dengan perlahan. Dia menyandarkan dirinya di dinding. 'Tak sangka boleh jadi macam ni.Maafkan abang,Airish'
Rafiq Zikri melangkah masuk ke dalam biliknya. Direbahkan dirinya ke atas katil. Dia berpaling ke arah kanan. Keluhan berat dilepaskan ke udara. Salahkah dia mencari peneman yang kedua?
1 comment:
salam. cuti sek ni nak baca novel yg cik akak bagi hari itu.
P.S. Tak boleh follow blog Abe Kie n kawan2 lain? Jgn bersedih. Bacalah tutorial penyelesaiannya di blog Abe Kie dgn segera. Pasti masalah ini akan selesai. Kalau sudi follow back la blog Abe Kie. TQ.
Post a Comment