Chat here,darling.

Saturday, March 22, 2014

Cerpen : Islam itu,Agamaku PART 2

PART 1
Sejak kalimah-kalimah itu terbit dari mulutku,aku cuba mempelajari agama itu. Perlahan-lahan aku belajar bersama keluarga Mardihah serta ustaz dan ustazah. Buku rujukan tentang Islam sudahpunku baca dan mengkaji. Selain itu, Encik Google ialah peneman setiaku tika aku memerlukannya. Dia sentiasa ada untukku.Selagi bil internetku dibayar, selagi itulah aku menggunakannya sebaik mungkin. Mana mungkin, aku menghabiskan masaku dengan perkara tidak berfaedah? 

Membuang masa saja.

Selesai  keluarga Mardihah bersembahyang, aku terus melabuhkan punggungku di sofa.Jari jemariku lincah menaip perkataan untuk mencari maksud dan keterangannya supaya aku lebih memahami. Maklumlah, kadang kalau kita nak cari sesuatu ada saja yang tidak betul. Jadi aku melayari internet dengan sebaik mungkin.

  "Cheah,are you done now?"tanya Aizat iaitu abang kepada Mardihah.

Aku mengangguk. Maklumat yang aku mahukan sudahpun terpampang di skrin laptop. Mudah. Senang. Cepat. Itulah kegunaan teknologi pada masa kini.

  *Allahu Akbar,Allahu Akbar -- *

Setiap kali aku mendengar laungan azan, hati aku menjadi tenang seperti tidak sabar-sabar untuk menunaikan solat fardhu. Baru aku faham bila dan bagaimana mereka bersembahyang. Mardihah melabuhkan punggung di sebelahku. Sesekali matanya melirik pantas ke arah smart phoneku. 

"Cheah cari tentang Islam?"soal Mardihah.
"Yes."
"Cheah nak peluk Islam ke?"

Aku menjungkit bahuku. Mardihah seperti biasa, dia akan melemparkan senyumannya. "Kalau awak peluk Islam nanti, beritahu saya tau."

"Kenapa?"

"Boleh kita solat sama-sama. Mengaji sama-sama. Seperti yang awak selalu nampak saya buat."

  Aku mengangguk dan mengukirkan segulum senyuman untuk Mardihah." Awak nak tahu tak. Islam itu indah sangat."

****
5 tahun kemudian...

Pagi itu suasana begitu tenang dan nyaman. Aku menyepak batu-batu kecil di sepanjang perjalananku ke rumah keluarganya. Aku menemani Aizat. Sudah menjadi rutin harianku. Setiap hari ahad, aku dan Aizat akan pergi ke sana untuk bertemu dengan keluarganya. Keluarga Aizat sungguh baik tika melayanku. Kami berdua hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. 

  Angin dingin itu menyapa lembut wajahku. Kicauan burung riang masih lagi kedengaran.Kini aku sudahpun menjadi seorang isteri kepada Aizat iaitu abang kepada Mardihah. Sungguhku tidak duga akan perancangan Allah. Indah.

Kini, aku sudahpun memeluk agama Islam yang mulia ini. Pelbagai ilmu Islam aku pelajari dan aku sekarang bekerja sebagai seorang akautan di perbankan Islam. Sungguh ku tak duga, ketenangan yanga aku cari ada dalam agama ini. Sungguh. Terima kasih Allah kerana engkau telah menunjukkanku jalan yang benar. Jangan biarkan aku berjalan ke jalan yang salah,

  "Cheah. Moga awak tenang seperti selalu,"soal Aizat.

Aku mengangguk. Aizat pula tersenyum manis. Aku berasa sungguh gembira kerana dapat belajar mengenai Islam. Walaupun pada mulanya aku tidak mahu tapi sejak hadirnya Mardihah dalam hidupku. Semuanya berubah. Aku semakin tertarik dengan agama Islam yang selama ini aku menganggap Islam itu pelik.

Tunjukilah kami jalan yang lurus; Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. - Surah Al-fatihah. 6 & 7

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jalanku untukku belajar tentang selok belok agama Islam. Tidak sia-sia aku mengintai Mardihah mengaji,solat dan berzikir.Jika dulunya aku selalu keresahan kini aku sudah jumpa ketenangan yang sebenar. Ketenangan yang ada pada agama yang indah ini. Islam.

  Aku mencapai tangan Puan Lisa lalu menguucup perlahan. Kepalaku diusap lembut. Aku rindu ibuku. Rindu teramat. Puas aku menelefon keluargaku tetapi tiada seorang pun yang mengangkat panggilanku. Aku lupa. Aku lupa mereka sudah pergi buat selama-lamanya.

"Cheah,how's your day,dear?"soal Puan Lisa. 

  "I'm fine,Ummi. Saya berasa sungguh tenang sejak memakai hijab ini."

Aku mencari-cari kelibat Mardihah. Tiada. Aku cuba mencarinya di dapur. Tiada. Bilik air juga tiada orang. Di manakah Mardihah sekarang? Sungguh aku merinduinya. Aku tidak sabar-sabar untuk memberitahunya bahawa aku sudah memeluk agama Islam.

Aku berlari-lari mendapatkan Aizat. Aku menarik lengan baju kemeja miliknya. Kepalaku ditundukkan sedikit. "Kenapa sayang?"soal Aizat.

"Mardihah mana?"soalku dengan hairan. Puas aku mencarinya satu rumah. Kelibat Mardihah masih lagi 
tidakku jumpa.

  Puan Lisa dan Encik Fahmi memandang ke arah Aizat. Begitu juga dengan Aizat. Tangan Aizat menyentuh pipiku. Aku terkedu seketika. Aku cuma mahukan Mardihah sekarang. Aku mahu beritahunya. Hatiku berasa rindu terhadapnya. Teramat rindu akan Mardihah.

  "Mardihah dah pergi,sayang."

Mataku tidak berkerdip malah memandang tepat ke arah anak mata Aizat. Tidak mungkinlah Mardihah pergi dengan cepat. Tak mungkin! Mardihah pasti masih hidup. "Abang berguraukan?"

   Aizat menggeleng. Aku terus terduduk lemah di atas lantai. Tak mungkin. Kenapa begitu cepat dia pergi? Kenapa dia tak beritahu aku apa-apa yang dia nak pergi? Kenapa semuanya harus berlaku? Kenapa?!
Tangan Aizat melingkari pinggangku dengan kemas. Mataku bertembung dengan matanya. Jantung terhenti seketika. Nafas hangatnya menyentuh wajahku. 

Aku lemah. Lemah atas pemergian Mardihah. "Kenapa dia pergi begitu saja? Adakah Allah tidak menyayangiku?"soalku. Aku tersedu-sedan. Tidak mampu menanggung kesedihan lagi. Aku kehilangan kawan karibku,Mardihah.

  "Sayang. Jangan cakap macam tu. Semua itu Allah sudah rancang. Semua yang hidup pasti akan merasakan mati. Tiada seorang pun yang akan terlepas."ujar Aizat lalu memeluk tubuhku. Kepalaku diusap perlahan.
Puan Lisa mengambil sepucuk surat di atas meja. Lalu diberikan kepadaku. Pantas aku mengesat air mataku lalu mengambil surat itu. "Daripada siapa,Ummi?"

  "Mardihah."

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Kini, aku berasa benar-benar kehilangan sahabatku. Sungguh pilu 
hatiku ini. Perlahan-lahan aku mengeluarkan kertas dari tempatnya lalu membaca dengan teliti.

  Hey,cheah. How's life? Are you okay now? Feel much better than before? Baguslah kalau macam tu. Maaflah,Cheah. Mar tidak tahu "speaking-speaking" ni. English selalu berterabur. Cheah, kalau Mar pergi suatu hari nanti, Cheah jaga diri baik-baik ye,sayang. Jaga tingkah laku,pakaian. Walaupun kita beragama yang berbeza, kita masih mempunyai ikatan sahabat,bukan?

Mar tidak memaksa Cheah. Apa yang Cheah nak buat, buatlah. Tapi ingat, jangan sampai jatuh maruah awak. Mar tak mahu dengar. Cheah, Mar tahu, Cheah memang seorang yang baik. Saya tahu awak rindukan keluarga,bukan? Bersabarlah. Ini ujian daripada Tuhan.

Awak, kalau suatu hari nanti awak peluk Islam. Beritahu saya. Nanti bolehlah saya bercerita dengan awak berkaitan dengan Islam. Apapun,semoga awak berjaya dan dirahmati oleh Tuhan.

Yang ikhlas,
Mardihah.

Aku berlari mendapatkan Puan Lisa lalu memeluk tubuhnya dengan erat. Dibiarkan saja air mata mengalir terus membasahi pipiku ini. Sungguhku terharu akan pemergian Mardihah tanpa ku duga. Langsung tidak pernah terlintas di fikiranku bahawa Mardihah akan pergi meninggalkanku selamanya. Terima kasih sahabat. Kerana engkau, aku sudah jumpa apa yang aku mahukan selama ini. 

3 comments:

CheguZam said...

teruskan usaha..

CheguZam said...

teruskan usaha..

Dalila Samsudin said...

serious best !!! :D cemburu tengok awk pandai tulis cerita best mcm ni T.T ahaha teruskan menulis ya !