Hampir satu jam Airish dan Haris tiba di restauran yang eksklusif. Mulut mereka masih lagi terkunci. Bayangkan, selama satu jam mereka tak bersuara. Hanya bermain mata. Haris hanya mampu memandang wajah Airish. Sudah lama dia tidak bersua dengan gadis yang pernah dia tinggalkan. Alangkah ruginya melepaskan Airish. Airish begitu baik melayan dirinya sedangkan dia, langsung tak hargai.
Sejak Haris bercerai dengan Fazura, hidupnya semakin tidak menentu.Silap dia juga kerana membuat keputusan terburu-buru. Perasaan Haris kepada Airish langsung tidak berubah. Airishlah yang membuat hidupnya tidak menentu. Terlampau fikirkan Airish. Dibiarkan saja Fazura untuk keluar dengan mana-mana lelaki. Salahkah keputusan dia? Entahlah!
Kini, gadis yang dia mahu jumpa, sudah pun ada di hadapan matanya. Tak sangka dapat bertemu semula dengan gadis yang telah ditinggalkannya selama 7 tahun. "Awak dah khawin ke?"
Airish mengangkat muka.Tangannya mengacau air yang berbaki suku.Perlahan dia mengangguk. Buat apa nak berahsia? Khawin pun nak bersembunyi. Orang sibuk dok heboh dirinya sudah berkhawin tetapi dia..... Tak tahulah sama ada bahagia atau tidak.
"Dengan Rafiq Zikri?" Haris merenung anak mata Airish. "Ya."
Haris mengeluh perlahan. Bolehkah Airish bertahan dengan Rafiq Zikri tu? Sejauh manakah hubungan mereka? Tidak tahukah Airish yang Rafiq Zikri tu 'buaya' atau sengaja buat tak tahu? Haris mengeluh lagi.
"Kenapa?" Airish berasa sedikit hairan dengan Haris. "Tahniah."Haris tersenyum pahit. Tak sangka, kata-kata itu akan terkeluar nyata. Tapi apa daya, Airish sudah berpunya. Tidak mungkin dia akan dapat Airish semula. Tak akan terjadi.
"Berapa lama dah?" Haris tersengih. Biarlah keburukan Rafiq Zikri disembunyikan. Tak pasal-pasal, dia pula kena marah dengan Rafiq Zikri. " 2 minggu." Haris mengangguk.
"Airish....Airish sayang Haris lagi tak?" Tersedak Airish mendengar soalan Haris. "Eh." Haris terus menghulurkan tisu kepada Airish.Kasihan Airish, terbatuk-batuk pula dia. Aduh! "Kenapa tanya soalan tu? Buat orang tersedak tahu." Airish masih lagi terbatuk-batuk. "Haris tanya saja." Haris tersenyum.
Airish menjungkit bahunya.Tidak tahu nak jawab apa. Sayang? Rasanya, dia sudah hampir berjaya lupakan Haris. Tapi bila Haris muncul di hadapan matanya. Mulutnya terkunci. Hatinya tiba-tiba saja terluka. Memori bersama Haris dimainkan semula. Istighfar Airish!
"Maafkan Haris sebab tinggalkan Airish dulu. Haris terpaksa khawin dengan orang lain.Maaf sebab Haris banyak sakitkan hati Airish.Haris terpaksa. Haris tak nak Airish ingatkan dekat Haris lagi." Airish tersenyum sinis. Walaupun hatinya sedikit sebak mendengar penjelasan daripada Haris tapi dia tetap keraskan hati daripada termakan kata-kata si 'buaya' itu.
"Haris dengan Fazura macam mana?" Airish tersenyum pahit. Dia nak juga mengorek kebahagiaan bekas kekasihnya. Mana tidaknya, Haris cepat saja menghilangkan diri sedangkan dirinya merana. "Bercerai."
Mata Airish membulat. Airish menggeleng. "Betul,Haris sudah cerai. Fazura khawin dengan Haris sebab harta!" Airish tergamam. Masih ada juga gadis yang sebegitu. Mudah-mudahan dia dijauhkan tabiat itu.
"Airish, Haris masih sayangkan dekat Airish." Airish mengeluh perlahan. Pipinya ditepuk beberapa kali. "Ulang. Rasanya Airish sedang bermimpi." Haris tertawa kecil. "This is real. Saya betul-betul duduk di hadapan awak.Saya sayangkan awak Airish."
Pantas kepalanya digelengkan. "Saya dah khawin." Airish membelek jam tangannya. Sudah pukul 4 petang! "I know. Tapi......"
" I have to go now. Jangan jumpa saya lagi." Airish memotong kata-kata Haris. Tak sanggup dia mendengar luahan hati Haris. Tak. Haris hanyalah kenangan dalam hidup dia. Haris sudah mati dalam cerita dia. Dia tak nak lagi ingat kepada Haris. Get out of my mind,Haris !
1 comment:
semakin menarik cerita ne... kekasih lama muncul kembali... cepat2 sambung ek sayanggg... hihiii
Post a Comment