Chat here,darling.

Wednesday, January 8, 2014

Novel : Allah Masih Mencintaiku (4)

 
Assalamualaikum w.b.t. Kepada sesiapa yang belum baca bab satu. Bolehlah Klik di sini  .Untuk mengetahui jalan ceritanya. Di sini .
BAB 4
Alia merebahkan dirinya di katil lalu tudungnya dibuka."Rindunya aku dengan bantal busuk aku",kata Alia lalu memeluk bantal kesayanganya dengan erat.Alia memandang biliknya lalu melemparkan senyuman."Sama macam bilik Aishah",bisik hati Alia.Alia memandang kotak yang diberi oleh Adam.Alia membisu."Apa isi dalam kotak ni?",bisik hati Alia lalu mengambil kotak tersebut.Alia meletakkan kotak itu di meja belajarnya lalu kotak itu dibuka oleh Alia sendiri.Penutup kotak terjatuh.Alia lantas mengeluarkan hadiah tersebut dari kotak itu."Tudung?Purdah?Al-Quran?",bisik hati Alia."ibu.....Ibu.....",jerit Alia.Puan Lisa yang asyik mengemas dapur bersama Mak cik Aini terus berlari ke arah kamar Alia."Ye ?",kata Puan Lisa lalu bercekak pinggang."Mari sini,bu",Alia memanggil Puan Lisa.Puan Lisa melangkah masuk ke kamar Alia lalu mendekati dirinya dengan Alia."Adam bagi Alia yang ni",kata Alia memegang Al-Quran."Kenapa dengan Al-Quran tu?",tanya Puan Lisa.Alia membisu."Alia tak reti baca ke?",tanya Puan Lisa.Alia menggelengkan kepalanya."Bukankah Alia...",kata-kata Puan Lisa tergantung apabila Alia mencelah."Alia sudah lama tidak baca.Bacaan Alia mesti tergagap-gagap",kata Alia."Tak apa,Alia.Cuba lagi",kata Puan Lisa.
Alia menundukkan kepalanya lalu meletakkan Al Quran di meja belajarnya."Mak cik Aini boleh ajar",kata Puan Lisa.Alia memandang ke arah Puan Lisa.''Kenapa bukan ibu saja yang ajar Alia mengaji?",tanya Alia.Puan Lisa membisu."Ibu nak masak dulu",kata Puan Lisa."Ibu tak jawab soalan Alia lagi",kata Alia."Ibu bukan tak nak ajar.Takut salah nanti bila ibu ajar",kata Puan Lisa lalu mengusap kepala Alia.Alia mengeluh perlahan."Tak apa.Mak cik Aini boleh ajar.Dia tahu tentang Al-Quran sikit-sikit",kata Puan Lisa.Alia memuncungkan bibirnya."Tudung dengan purdah tu,Adam bagi ke?",tanya Puan Lisa.Alia membisu.Alia lantas mengambil tudung dan purdah lalu diberikan kepada Puan Lisa."Kenapa bagi ibu pula?",tanya Puan Lisa."Alia tidak suka pakai tudung labuh-labuh ni",kata Alia."Alia sayang,tahu tak ada kebaikan pakai tudung labuh?",tanya Puan Lisa.Alia menggangkat keningnya."Tak",jawabnya ringkas."Orang yang pakai tuduh labuh yang melepasi dadanya ada kebaikannya.Bila kita tutup dengan sempurna,boleh terus buat solat tau",jelas Puan Lisa."Alia tahu yang tu.Lain?",kata Alia."Alia akan dapat pahala sebab jaga aurat,berganda bila ikhlas.Boleh jaga mata lelaki daripada melihat perhiasan kita.Lindungi diri daripada lelaki yang jahat.In Sha Allah,Dia akan lindungi kita",jelas Puan Lisa.
"Habis,bila pula nak show rambut dekat lelaki?",tanya Alia."Bila lelaki itu sudah jadi halal untuk kamu sayang",jawab Puan Lisa lalu mencuit hidung Alia."Maksud ibu,bila sudah khawin ke?",tanya Alia.Puan Lisa melemparkan senyumannya."Iya sayang.Alia tak boleh dedahkan aurat Alia kepada lelaki ajnabi",kata Puan Lisa."Lelaki ajnabi tu apa pula?",tanya Alia."Lelaki-lelaki asing ataupun bukan muhrim kita.Firman Allah : “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31). Ayat ini khas untuk wanita",jelas Puan Lisa.
"Jadi,hanya boleh show muka dengan tangan saja?",tanya Alia.Puan Lisa tersenyum."Pandangan pun kena jaga juga.Ibu nak memasak ni.Kesian mak cik Aini sorang-sorang",kata Puan Lisa.Alia menggangguk perlahan lalu Puan Lisa beredar dari kamarnya.
"Aini,oh Aini",Puan Lisa menyapa."Ye,Puan",kata Mak cik Aini."Panggil saya Lisa sajalah",kata Puan Lisa."Hee.Baiklah",Mak cik Aini tersengih seorang diri."Masak apa hari ini?",tanya Puan Lisa lalu membasuh tangannya."Ikan masak lemak kuning",jawab Mak cik Aini."Sayur tak ada ke?",tanya Puan Lisa."Saya tak tahu nak masak apa dengan sayur",keluh Mak cik Aini sambil memegang sayur khailan."Masak khailan ikan masin sudah",sengih Puan Lisa.Mak cik Aini tersenyum."Kenapa tidak terfikir tadi?",tanya Mak cik Aini."Berangan saja memang tak akan terjawablah",sakat Puan Lisa."Eh,dia ni.Suka hati awak saja cakap saya macam tu",sengih Mak cik Aini."Biarlah.Cepat masak cepat siap",kata Puan Lisa lalu membasuh sayur khailan.Mak cik Aini hanya mengikut arahan.
Alia memandang dirinya di cermin lalu menggangkat kening."Oh begini rupa aku bila tak bertudung",bisik hati Alia lalu mengikat rambutnya."Tapi aku kelihatan cantik bila tak bertudung",bisik hati Alia lalu tersenyum seorang diri.Riak muka Alia berubah."Rosaklah rambut aku nanti kalau aku free hair",Alia berdengus.Dia menyarungkan tudung labuh berserta memakai purdah."Cik Alia".Mak cik Aini memanggil Alia."Ye saya",jawabnya ringkas lalu menoleh ke belakang.Mak cik Aini terpaku memandang ke arah Alia."Ye Mak cik Aini",tegur Alia."Cantiknya mata Alia",mak cik Aini memuji Alia.Tersengih Alia dibuatnya."Nak bodek ye?",tanya Alia."No way.You are beautiful girl.Subhanallah",kata mak cik Aini."Allah mencipta saya begini.Saya bersyukur",kata Alia."Macam muka ibu Alia masa muda",kata mak cik Aini."Seriously?Well,I ikut muka ibu",kata Alia."Sudah sudah,kejap lagi makanan nak siap.Nanti makan sekali",kata mak cik Aini."Hello,baru pukul 10:30 pagi",kata Alia.
Kruuuuuuuuut*'
Perut Alia berbunyi."Yang tadi tu mak cik Aini dengan bunyi apa ye?'',sakat mak cik Aini."Ish,nanti Alia makan sekali",kata Alia lalu menepuk bahu mak cik Aini."Macam budak-budaklah kamu ni,Alia",kata mak cik Aini."I know",kata Alia lalu merebahkan dirinya di katil."Nanti turun tau",mak cik Aini mengingatkan semula."Ye",jawabnya ringkas lalu mak cik Aini beredar.Alia memeluk bantal kesayangannya also know as bantal busuk.Hihihi.Alia tersenyum,tak sangka,seburuk-buruk perangai dia,ada juga orang yang mahu melihat dia berubah.Tak sangka,aku menjejak kakiku di kelab malam yang penuh dengan maksiat.Aku harap,aku tidak melangkah masuk lagi ke kelab malam.Cukuplah.
"Alia,turun makan sayang",kata Puan Lisa dengan nada sedikit jerit.Kalau perlahan suara,confirm tak dengar."Ye,ibu.Alia turun",kata Alia lalu bingkas bangun dan menyimpan tudung di kotak tersebut.Laju langkah Alia ketika menurun tangga.Lapar mungkin.Puan Lisa tersenyum,berubah Alia sekarang.Alhamdulillah."Jom makan",kata Alia setelah dia melabuhkan punggungnya."Aip,aip.Baca doa dulu sayang.Baru makan",kata Puan Lisa.Tersengih mak cik Aini melihat telatah Alia.Mereka menadah tangan dan membaca doa bersama.
"Makanlah ibu,mak cik Aini.Jangan tengok Alia makan.Malu,princess",kata Alia sambil mengunyah makanan."Ye,nak makanlah ni",kata mak cik Aini."Alia",Puan Lisa memanggil Alia."Ye",jawabnya."Alia pergi mana?",tanya Puan Lisa.Alia mengalihkan pandangannya.Mak cik Aini membuat isyarat supaya Puan Lisa tidak menanyakan soalan tersebut.Puan Lisa mengganggukkan kepalanya sebagai tanda memahami."Maksud ibu,macam mana Alia boleh kenal keluarga Puan Sharifah?",Puan Lisa memperbetulkan soalannya.Alia menggangkat mukanya."Oh,Alia tak jumpa kawan Alia masa tu.Puas Alia cari.Adam ajak pergi rumah dia",jawab Alia.Puan Lisa mengganggukkan kepalanya."Alia tak rindu mereka?",Puan Lisa sengaja mengeluarkan soalan tersebut."Rindulah.Ada masa,kita pergi rumah dia tau",kata Alia dengan riang. Mak cik Aini tersenyum gembira. "Ada juga orang yang cuba mengubah perangai dia",bisik hati mak cik Aini.
Alia sedang asyik menikmati makanan yang dimasak oleh ibunya dan mak cik Aini.Bila Alia sudah kebulur,memang gelojohlah dia makan.Puan Lisa menggelengkan kepalanya."Sayang,makanlah slow-slow.Tercekik nanti",kata Puan Lisa sambil mengunyah makanan.Alia memandang ke arah ibunya lalu mengunyah perlahan-lahan.Bak kata ibunya,nanti tercekik.
Selesai saja mereka makan,mereka akan mengemas bersama."Alia,nanti basuh pinggan",arah Puan Lisa."Eh,bukankah itu tugas saya?",tanya mak cik Aini."Apa salahnya,saya pula yang buat",kata Alia lalu tersengih."Poyo",kata Puan Lisa.Alia menggelengkan kepalanya lalu menggangkat pinggan lalu diletakkan di singki."Basuh jangan tak basuh.Biar berkilat sampai nampak muka aku yang comel ni",kata Alia seorang diri."Jangan nak berangan,Alia",kata Puan Lisa lalu meletakkan cawan di singki."Kacau daunlah",kata Alia lalu membasuh pinggan.Puan Lisa tersengih.Mak cik Aini menyusun pinggan,mangkuk yang telah kering di almari."Dah siap",kata Alia."Bagus",kata mak cik Aini.Alia bergegas ke ruang tamu lalu menonton televisyen bersama Puan Lisa."Ibu,cerita apa yang ibu buka ni?",tanya Alia."Entahlah.Awak tengoklah",kata Puan Lisa lalu mengambil surat khabar."Ibu tak nak tengok tv?",tanya Alia.Puan Lisa menggelengkan kepalanya lalu membaca surat khabar dengan khusyuk."Whatever",kata Alia lalu menonton televisyen.Bila remote control ada dekat Alia memang tak akan ada yang boleh ambil.Kononnya,televisyen tu dia seorang saja yang punya.Perasan.
*tok....tok....tok*'
Pintu rumahnya diketuk bertalu-talu."Tak reti sabar ke?",bisik hati Alia."Kejap ye.Aunty buka pintu",Puan Lisa menjerit sedikit supaya suaranya kedengaran.
"Baiklah''
Pintu rumah dibuka,Alia memandang ke arah pintu rumahnya yang telah pun dibuka.Terangkat kening Alia kerana dia langsung tidak mengenali jejaka tersebut."Eh jejaka ke?",bisik hati Alia.
"Alia",Puan Lisa memanggil.
"Ye saya",jawabnya ringkas."Adam nak bawa Alia ke luar",kata Puan Lisa.Mulut Alia ternganga seolah-olah dia langsung tak percaya."Adam ajak aku keluar?",bisik hati Alia."Dia kata,dia suruh Alia pakai tudung",PuanLisa menoleh ke arah Alia lalu melemparkan senyuman.Alia mengeluh perlahan lalu mengganggukkan kepala.Alia mempercepatkan langkahnya.Dia terus mencapai tudung yang diberi oleh Aishah tadi."Nasib baik tak kedut",bisik hati Alia sambil tersengih.Alia memegang pipinya.Perasaan gementar dan malu mula menyerang dirinya."Everything is o......kayyyy",Alia meninggikan suaranya seperti orang menyanyi.Alia bergegas turun ke bawah lalu menuju ke pintu rumah.Puan Lisa tersenyum melihat Alia yang sedang menyarungkan kasutnya."Tak tukar baju?",tanya Puan Lisa.Alia menggelengkan kepalanya."Baju ni wangi lagi",jawabnya ringkas.
Adam menunggu Alia di dalam keretanya."Ibu,Adam saja ke?",tanya Alia.Puan Lisa menggelengkan kepalanya."Aishah ada sekali",jawab Puan Lisa lalu melemparkan senyuman.Apabila mendengar jawapan daripada ibunya,Alia mula berasa lega."Nasib baik",kata Alia lalu bersalaman dengan ibunya dan pembantu rumah."Hati-hati",celah mak cik Aini.Sekian lama dia memerhatikan Alia,akhirnya bersuara juga."Okay",jawabnya ringkas.
Alia melangkah masuk ke dalam kereta Adam lalu duduk di belakang.Pintu keretanya ditutup oleh Aishah."Assalamualaikum",Adam menyapa."Waalaikummusalam",balas Alia lalu kereta yang dipandu oleh Adam berjalan.."Akak",sapa Aishah."Ye sayang",kata Alia."Rindu akak lah",kata Aishah lalu memeluk Alia."Eh,bukankah....",kata-kata Alia tergantung."Adik  aku nak ajak kau keluar",kata Adam."Oh yeke?",tanya Alia."Ye",jawabnya ringkas.Alia mengeluh perlahan."Akak tak suka ke?",tanya Aishah.''Eh tidaklah",jawab Alia sambil tersengih."Hik,macam mana sekarang,okay?",tanya Aishah.Alia menggangguk kepalanya.Lega hatinya selepas bertemu dengan ibunya.

4 comments:

Iylia said...

hehe,, Thanks sbb smbung! :)
Suka sngt, nnti smbung lgi ea.. :D

Zen said...

@IyliaIn Shaa Allah sayang :D i will. Kalau tak sibuk ^^ Bahasa pun berterabur

Iylia said...

@nur aida Tq Akak! Syg akak~ :) :*

Zen said...

@Miss IyLiahikhik . Sayang adik juga :)