Chat here,darling.

Thursday, January 16, 2014

Cerpen : Imbas kembali.

Cerpen : Imbas kembali kenangan.

AKU merenung ke arah jendela. Lama. Pokok yang kehijauan menyapa ke arah mataku. Sungguh menenangkan. Aku teringat kembali memoriku bersama dengan seorang lelaki yang paling aku sayangi dulu......


(Imbas kembali)

SATU per satu, nama murid disebut. Muka tegang milik Puan Zahida ditenung lama . Mata aku merenung ke arahnya serta memasang telinga. Suasana kelas yang riuh-rendah membuatkan aku geram tak terkata.Aku meletakkan kepalaku di atas meja. Sementara menunggu nama aku disebut, aku melelapkan mataku seketika. Walaupun,suasana di kelas memecahkan suana yang sunyi, apabila mata sudah berat akan tertutup juga.

  "Syeriz"

Namaku disebut dengan perlahan tetapi aku tidak menyahut. "Nur Syeriz!"

  Kali ini,namaku dipanggil dengan nada yang kuat.Lantas aku mengangkat kepala dan mengangkat tangan kananku. "Saya!" Banyak mata yang menyinggah ke arah aku. Ada yang tertawa. Ada yang memandang saja. "Awak ni,asyik berangan saja. Awak tak korek telinga ke hah?" soal Puan Zahida yang bercekak pinggang di hadapanku. Mulutku terkunci. Langsung tidak memberi sebarang reaksi mahupun bersuara.

  "Sudah, duduk!"

*****
(Imbas kembali)
  "Wei,Eriz. Ada lelaki nak jumpa dengan kau." Bahu aku ditepuk perlahan oleh Fatimah iaitu kawan baikku. Keningku dijungkitkan sedikit lalu melilau mencari 'lelaki' yang ingin berjumpa dengan aku. Belum pernah lagi, mana-mana lelaki yang nak berjumpa dengan aku. Maklumlah, muka pun tidak setanding dengan perempuan yang ada paras rupa yang cantik.

  "Siapa wei?"soalku.

 " Tu. Beg yang warna biru. Ala,yang handsome tu."kata Fatimah dengan nada yang perlahan.

Keluhan berat dilepaskan ke udara. Tak mungkinlah perempuan seperti aku, ada juga lelaki yang nak berjumpa dengan aku. Macam pelik je. Aku mengatur langkah lalu menyapa lelaki tersebut.

  "Ada apa?"soalku.
 "Um, nama saya, Iqwan. Er,ni surat untuk awak."kata Iqwan lalu menghulurkan sepucuk surat kepadaku.

Belum sempat aku mengeluarkan suara, Iqwan sudah pun beredar. Aku menoleh ke arah belakang, kiri dan kanan. Kelibat Fatimah pun sudah hilang. Hairan sungguh. Tanpa membuang masa, aku mengaturkan langkahku ke luar pagar sekolah.

  "Eriz,tunggu!"

Suara garau milik seorang lelaki memanggil namaku.Baru saja aku menoleh ke belakang,beg aku direntap kasar sehingga aku terduduk di atas jalan raya. Reaksi mukaku bertukar menjadi tegang. Renungan tajamku menyinggah ke muka Farhan. Dia menghulurkan tangannya kepadaku tetapi aku buat tidak endah.

  "Maaf."kata Farhan. Mukanya berubah menjadi merah padam. Matanya tertumpu ke arah jalan raya. Wajahku yang tegang , langsung tidak ditoleh oleh Farhan. Senyuman sinis dilemparkan kepada Farhan.

  "Kau nak apa?"soalku dengan tenang. Buat apa nak menengking-nengking. Sudahlah panas dengan cahaya matahari yang terik. Nak bertekak pun, tak ada faedahnya. Buat sakit hati aku saja!

  "Malam ni,aku nak call  kau. Angkat tau."kata Farhan sambil tersenyum manis.

Jelingan mataku dihadiahkan kepada Farhan. Hati aku membuak-buak kemarahan.'Tarik beg aku, semata-mata nak cakap perkara tu je?! Tak guna!' Rungut hati kecilku. Tanpa menoleh ke arah Farhan, aku terus beredar.Sabar Eriz, sabar. Ini dugaan untuk kau. Sabar!

*****
(Imbas kembali)
  Tiba saja di rumah, aku merebahkan diriku ke atas sofa. Hanya aku saja yang berada di rumah. Maklumlah, anak tunggal. Waktu yang lapang kebiasaannya, aku menghabiskan masa aku dengan internet.Kadang-kala, melukis. Tengok mood jugalah. Beg sekolahku yang berada di sampingku, diletakkan di lantai.

  Aku membuka tudungku lalu dibaling ke arah bakul yang berwarna merah jambu. "Goal! Masuk pun." Aku tersenyum seorang diri. Hari ini, aku terasa malas sangat. Mula-mula aku tertidur di dalam kelas, yang kedua beg aku kena rentap dengan si Farhan. Ketiga pula, aku bulan mengambang. Ah, betapa malasnya aku hari ini.

  "Syeriz oh Syeriz!"
Aku meramas-ramas kepalaku dengan kasar. Memang kacau daun betullah orang yang panggil aku hari ini! Sakit pula hati aku. Ada saja yang bakal menganggu hidup aku. Begitulah harianku. Baru saja nak berehat, ada saha yang mengacau.

  Aku menyarungkan tudung berwarna hitam ke kepalaku. Tanganku memulas tombol pintu utamaku. "Hai."sapa Farhan.

  Terbeliak mataku memandangnya. Aku menjeling tajam ke arahnya. Geramnya rasa, aku nak rehatlah! Rungutku dalam hati. Farhan memandang ke arahku. Lama. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. "Kau buka cermin mata kau."kata Farhan.

  "Untuk apa?"soalku dengan hairan.
  "Buka sajalah,"kata Farhan.

Aku menggeleng.

  "Kau nak aku yang bukakan ke?"tanya Farhan dengan nada yang manja.

Aku berdengus kuat lalu aku membuka cermin mataku dengan perlahan. "Hah,apa masalah dengan cermin mata aku? Kau nak belikan cermin mata aku yang baru ke?  Buruk sangat ke cermin mata aku hah?" Omelku.

"Cantiknya kau buka cermin mata."Berdekah-dekah Farhan tertawa. Melihat reaksi wajahku yang begitu 'comel'.Sejak aku dan dia bergaduh, dari situlah aku mula berkawan baik dengan Farhan.

*****
(Imbas kembali)

"Hai,Iqwan."sapaku dengan ceria.

  "Hai.Um.....Awak dah makan?"kata Iqwan. Senyuman di bibirnya terukir manis.

Lantas aku menggelengkan kepalaku dengan laju. Kalah formula one. "Jom makan dengan saya."kata Iqwan. Aku hanya mengangguk lalu tersenyum seorang diri. Betapa gembiranya aku pada waktu itu. Bersama dengan orang yang paling aku sayangi,Iqwan.

  Sejak aku bersama dengan Iqwan, aku berasa sungguh bahagia. Makan bersama.Belajar bersama. Duduk rumah pula, bersebelahan. Kira, Iqwan ni,jiran aku. Aku mula meluangkan masaku bersamanya dan kawan-kawan sekelasku, termasuklah Farhan. Kadang, bila Iqwan cemburu, dia mula memuncungkan bibirnya. Kadang, tidak menegurku. Aku juga yang memujuk.


Oh,malunya aku ketika itu.Aku tertawa seorang diri sambil menutup mulut. Aku menolak anak rambutku ke belakang. Bunyi angin yang disulami dengan bunyi daun yang berterbangan di jalan raya,membuatkan aku gembira.

Tetapi, kegembiraan yang aku rasa, hanyalah seketika. Air mata berlinang di bibir mata. Aku terpaksa mengerdipkan mataku untuk beberapa kali.

*****
(Imbas kembali)

 "Syeriz. Aku sebenarnya bukannya suka kau pun! Aku nak kau putus dengan dia."kata Kakak Iqwan.


  "Iqwan tak sukakan kau pun. Sebab dia kata, kau tak cantik. Tak romantik. Tak best langsung.,"sambungnya lagi.

Aku tergamam seketika mendengar kata-kata Kakak Iqwan. Aku terdiam seketika. Perlahan-lahan aku menarik nafas dan kemudiannya dihembuskan. Sampainya hati Iqwan.Bisik hatiku. Aku terus mengatur langkah untuk berjumpa dengannya.



TIBA di taman permainan, aku melabuhkan punggungku di kerusi. Aku memerhatikan dia bermain bola. Wajahnya begitu ceria. Aku terdiam seketika. Sebak di dada, sungguh aku menahan. Sakit yang tidak terkata, aku diam.

  Seusai saja mereka bermain bola, Iqwan terus menuju ke arahku. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku sambil merenung ke arah aku. "Awak rindu saya ke sampai datang sini?" usik Iqwan.

  Aku menggeleng. Kali ini, aku semakin serius. Tiada lagi senyuman yang perlu dihadiahkan kepada Iqwan. "Awak okay tak?"

   "Kita putus."

"Awak cakap apa?Pu apa?"kata Iqwan dengan hairan.

  "Kita putus. Our story is over."

"Tapi kenapa?"

  "Kita putus ye. Kita kawan saja."

"Blahlah kau Eriz! Aku tak suka kaulah! Dahlah tak cantik, memang aku nak putus dengan kau pun" kata Iqwan dengan nada yang keras lalu meninggalkan aku seorang diri.

Aku membisu. "Beraninya dia cakap macam tu."bisik hatiku.

  Sejak hubungan aku dan Iqwan berakhir, pelajaran aku semakin merosot. Hidup aku menjadi tidak keruan. Hanya kerana Iqwan, aku sudah fobia untuk bercinta dengan manusia yang bergelar lelaki.


BEBERAPA minggu kemudian, aku melihat Iqwan. Dia sungguh gembira daripada sebelum ini. Aku turut gembira. Belum sempat aku menyapanya, seorang gadis sudahpun mendekati dirinya sambil berpimpin tangan. Aku terdiam seketika lalu aku mengatur langkah menuju ke kelas.

  "Eriz. Kau tahu,Iqwan 'couple' dengan Zulaika." Fatimah mengetuk mejaku beberapa kali. Aku mengangguk perlahan.

"Aku tak kisah pun."

  "Biar betul kau tak kisah?"

"Betul."

  "Cemburu?"

"Haha.Tak langsung."

  "Sayang?"

"Aku dah lupakan dia."

  "Cepatnya kau lupakan dia."

"Ini Nur Syeriz also known as Eriz. Aku bukannya ingat sangat pun."bohongku.

  "Baguslah kau.Mesti best jadi kau."

Aku melemparkan senyuman kepada Fatimah. Aku tidak tahu nak menjawab soalanya. Biarlah, dia menganggap kehidupanku sungguh menyeronokkan. Padahal, sebaliknya yang terjadi. Hati yang meronta-ronta kesakitan, terpaksa aku menahan.

*****

KETUKAN pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Aku terus menyeka air mataku lalu membuka pintu. Puan Yasmin memeluk tubuhku dengan erat, sebaik saja aku membuka pintu bilikku. "Sekejap saja, Eriz akan bergelar isteri."kata Puan Yasmin sambil mencuit hidungku.

  Aku mengangguk.

"Jomlah turun. Adam sedang menunggu."kata Puan Yasmin lalu memegang tangan kananku.

Aku akur dengan arahannya. Ya,sekejap saja lagi, aku bakal bergelar isteri. Walaupun Adam bukanlah lelaki yang aku idamkan, aku kena juga terima dia seadanya. Mahu tak mahu, aku kena gembirakan hati ibu dan ayahku. Biarpun aku anak tunggal, aku bukanlah kategori anak manja. Susah senang, aku berdikari sendiri.

  Dulu, ibu dan ayah menjaga diriku. Kini, Adam pula yang menjaga diriku.

Mata aku bertembung ke arah Iqwan. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskan dengan perlahan.Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis untuk Iqwan. Walaupun dia hanyalah bekas kekasihku, aku kena lupakan dia juga.

Biarlah kenangan ditiup angin.
Biarlah ia terbang ke langit.
Biarlah aku melupakanmu
Biarlah aku bahagia dengan yang baru.
"Sayonara,Iqwan."bisik hatiku.

-Tamat-

No comments: