Chat here,darling.

Tuesday, January 7, 2014

Novel : Allah Masih Mencintaiku (3)


Alala. Ada juga yang sudi baca cerita saya. Alhamdulillah. Terima kasih ye sebab membaca. Nah, bab yang seterusnya.

Assalamualaikum w.b.t. Kepada sesiapa yang belum baca bab satu. Bolehlah Klik di sini  .Untuk mengetahui jalan ceritanya. Di sini .

BAB 3
Setelah Adam menceritakan tentang Alia,mereka berasa sangat terkejut malah mereka bersetuju untuk membantu Alia untuk berubah. "Semoga dia cepat berubah dan mendapat hidayah Allah",kata Puan Sharifah sambil menghirup air teh. "In Sha Allah. Ayah terkejut dengar cerita awak, Adam.Ayah ingatkan Adam bawa dia ke sini untuk berseronok",kata Encik Soleh yang berasa kesal kerana bersangka buruk terhadap Alia."Ibu pun",kata Puan Sharifah."Ibu,ayah,kita kenalah selalu  husnuzon bukan suuzon",jelas Adam."Ibu tahu itu",kata Puan Sharifah."Adam, pergi melawat ibu dia pukul 9 pagi?",tanya Encik Soleh.Adam mengganggukkan kepalanya."Kalau macam tu,boleh kami ikut sekali?",tanya Encik Soleh.Adam melemparkan senyuman sebagai tanda setuju."Kesian ibu dia tinggal seorang diri.Entah macam mana dia",kata Puan Sharifah."Kalau begitu,Adam pergi ke ruang tamu",kata Adam.Adam menolak kerusi ke dalam lalu mempercepatkan langkah ke ruang tamu.
COVER DEPAN
"Kak Alia,cantik bertudung labuh",kata Aishah. Alia menundukkan kepalanya. "Sudah lama akak tidak mendengar orang memuji akak",kata Alia. "Selama ini?",tanya Aishah. "Selama ini,orang tidak peduli pun akak berpakaian macam mana. Sebabnya di mata diaorang,akak ini tetap teruk",jawab Alia lalu melemparkan senyuman.Aishah mengganggukkan kepalanya sebagai tanda faham. "Bila dipuji,jangan terlampau bangga, nanti riak.Syirik tahu",celah Adam."Syirik?",tanya Alia."Ye,kak",kata Aishah."Kenapa pula?Aku tak buat benda terlarang pun",kata Alia."Syirik terbahagi kepada dua.Syirik yang pertama ialah syirik jali iaitu secara berterang-terangan.Syirik yang kedua pula syirik khafi iaitu secara sembunyi",jelas Adam."I do not understand",kata Alia.
Adam mula melabuhkan punggungnya di sofa yang berhadapan dengan Alia."Syirik jali macam kita menyembah berhala.Terang-terang kita buat.Kita menduakan Allah.Syirik khafi pula syirik yang sembunyi.Sebagai contoh, riak,ujub dan takbur.Percayalah,susah nak lari daripada syirik khafi.Apabila melakukan ibadah,dia terasa ibadah dia sudah perfect sedangkan ada yang terkurang.Orang yang beriman,apabila melakukan ibadahnya,dia akan berasa takut dan sangat sedih kerana ibadahnya ada yang terkurang. Berdoalah semoga ibadah kita tutup dengan rahmat Allah",jelas Adam.Alia mengganggukkan kepalanya dengan perlahan.
"Abang,abang,Kak Alia tiada baju nak pakai",kata Aishah."Nanti kita pergi rumah Alia",kata Adam."Eh,tapi baju aku tak sesuai pakai di sini",bantah Alia."Kenapa pula kak?",tanya Aishah."Baju akak ketat.Akak tak ada baju jubah yang akak pakai sekarang ni",kata Alia.Adam memandang ke arah Aishah lalu menggangkat kening mereka,kononnya mereka faham dalam bahasa kening mereka."Kauorang?",tegur Alia."Tak apa.Nanti aunty belikan",celah Puan Sharifah.Alia terus menoleh ke belakang."Tapi aunty",sengaja Alia mengantungkan ayatnya supaya selebihnya Puan Sharifah yang akan sambungkan."Tak apa bukan selalu pun belanja.Lagipun,hari ini memang keluar shopping",kata Puan Sharifah lalu melabuhkan punggungnya di sofa lalu mendekati Alia.Tersenyum riang Alia."Maaf susahkan aunty",kata Alia lalu bersalaman dengan Puan Sharifah."Tidak mengapa,Alia.Lagipun,kamu tetamu kami",celah Encik Soleh.
Adam dan Aishah tersenyum kerana ibu bapa mereka dapat menerima Alia sebagai tetamu.Alhamdulillah."Nanti kami ikut sekali pergi ke rumah kamu.Tak mengapa,bukan?",tanya Encik Soleh untuk kepastian.Alia memandang ke arah Aishah lalu Aishah menggangkat bahunya.Pasti Adam yang beritahu. "Tak apa",jawabnya ringkas."Kamu sebenarnya boleh berubah tapi kamu ni lemah",kata Puan Sharifah. Alia membisu. "Tak apa,ibu.Lama-lama kak Alia berubah menjadi yang lebih baik",kata Aishah. Adam mengganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. "Perlahan-lahan ye",kata Encik Soleh. "Aunty,uncle. Area sini ada tak tempat kerja? Alia nak bekerja",kata Alia. Puan Sharifah memandang ke arah Adam. "Kenapa,bu?",tanya Adam. " Alia nak bekerja",jawab Puan Sharifah. "Nanti kita cari sama-sama",kata Adam. Alia tersenyum riang. Adam memandang Alia dengan sekilas untuk mengecam muka Alia lalu tersenyum seorang diri.
Encik Soleh yang perasan dengan senyuman Adam terus menegur. "Kenapa senyum seorang diri,Adam?",tanya Encik Soleh. "Nothing",jawabnya ringkas.Encik Soleh menggelengkan kepalanya.
****
Pada pagi yang indah,Zetty masih lagi terbaring di katilnya.Jam locengnya berbunyi."Ish,mengganggu betul",dengus Zetty."Alia",Zetty memanggil Alia dengan nada yang sedikit menjerit.Tiada siapa pun yang menyahut."Alia",Zetty mengulangi."Ergh",Zetty berdengus lalu bangun dari tempat tidurnya.Dia menuju ke bilik Alia sambil mengikat rambutnya lalu membuka pintu."What?Alia tak balik lagi",kata Zetty."Sayang,apa bising-bising ni?",tanya Aril.Zetty terkejut dengan suara tersebut lalu menoleh ke belakang."Macam mana you ada di rumah I ?",tanya Zetty lalu bercekak pinggang."Semalam you yang kata suruh hantar you balik.Lagipun,kita mabuk masa itu",kata Aril.Zetty menutup mulutnya sendiri."Jangan risau,I tak buat apa-apa pun dekat you sayang",kata Aril lalu mencubit dagu Zetty.Pipinya dikucup oleh Aril."Sudahlah.Pergi mandi",kata Zetty lalu menolak Aril."Okay,okay.I mandi",kata Aril.Zetty mengeluh perlahan lalu melangkah masuk ke Alia.Zetty terus menyelongkar beg Alia."Ish,banyaknya baju dia",kata Zetty lalu mengeluarkan baju-baju Alia."Tak akan duit pun dia tak letak di sini?Handphone dia pun tak ada",keluh Zetty seorang diri.Zetty terus mencapai telefon bimbit milik Aril lalu mendail nombor Alia.
"Angkatlah cepat betina",bisik hati Zetty.Nombor yang anda dail sedang sibuk.Sila cuba sebentar lagi."Bodoh betul,Alia.Angkatlah",dengus Zetty lalu mendail semula nombor Alia.Nombor yang anda dail sedang sibuk.Sila cuba sebentar lagi.Zetty terus mencampak telefon bimbit Aril di atas katil lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Zetty menyandarkan dirinya di dinding.Aril memeluk Zetty dari belakang."Sayang",kata Aril."Apa kau nak?",tanya Zetty."Apalah you ni,layan suami you macam ni",kata Aril dengan nada merajuk."Suka hati aku lah.Alia dah lah tak balik semalaman.Langsung tak tahu ke mana dia pergi",marah Zetty.Aril terus mencuit hidung Zetty."Sudahlah sayang,nanti kita keluar shopping",kata Aril.Zetty tersengih.Aril mendekatkan mukanya ke muka Zetty lalu Zetty menolak Aril."Aduh",Aril megaduh kesakitan."Aku nak ambil handphone aku,bongok.Jarak muka aku dengan muka kau tadi pun jauh",kata Aril.Zetty terus melangkah keluar dari bilik Aril."Pergi bersiap,sayang",tegas Aril."Ye",jawab Zetty dengan ringkas.
****
Tepat pukul 9 pagi,keluarga Adam dan Alia, masing-masing mengambil tempat duduk."Alia,buat macam keluarga sendiri",kata Puan Sharifah.Alia mengganggukkan kepalanya."Alia,tunjuk jalan nak pergi rumah kau",kata Adam."Okay",jawab Alia dengan ringkas lalu memandang ke luar."Rumah kau dekat dengan area mana?",tanya Adam."Hmmm,berdekatan dengan taman.Jalan belimbing tahu?",tanya Alia.Aishah memandang ke arah Alia."Kawasan rumah orang kaya tu ke?",tanya Aishah.Alia menundukkan kepalanya."Saya hidup biasa saja tapi memang dekat area situ",kata Alia."Orang kaya rupanya",sindir Adam."Sederhana sajalah",kata Alia lalu Adam meneruskan perjalannnya untuk pergi ke rumah Alia. 
"Bila Alia nak pulang ke rumah?",tanya Puan Sharifah.Alia mengeluh perlahan."Ibu,bila dia sudah bersedia,baru dia pulang ke rumah",Aishah membisik di telinga Puan Sharifah."Nanti bila saya mahu balik,saya balik",kata Alia."Bila awak dah rasa okay,kalau nak balik.Beritahu aunty",kata Puan Sharifah.Alia mengganggukkan kepalanya.
"Kak Alia ada berapa orang adik beradik?",tanya Aishah.Alia memandang Aishah."Akak ada dua saja adik beradik termasuk akak.Akak anak yang last.So,biasanya anak last manja.Akak manja sedikit",jawab Alia dengan panjang lebar."Oh,anak manja rupanya",kata Encik Soleh.Adam tersengih."Manja",bisik hati Adam."Ibu tinggal seorang ke?",tnaya Aishah."Tidaklah.Tinggal dengan Mak cik Aini,pembantu rumah",jawab Alia."Wow,ada pembantu rumah",celah Encik Soleh."Hehe.Itupun sebab kitaorang bantu dia.Lagipun dia tidak ada keluarga lagi",kata Alia."Eh,yeke?Saudara?",tanya Aishah."Tak mungkinlah nak bagi dia tinggal forever nak tanggung macam-macam.Jadi kitaorang jadikan dia sebagai pembantu rumah.Dia dapat juga duit untuk sara hidup dia",jawab Alia."Lagipun, mak cik Aini tu,kitaorang sudah anggap macam keluarga sendiri dan dia boleh teman ibu",kata Alia lagi.
"One day,Alia pun nak jadi macam mak cik Aini juga",kata Alia.Aishah memandang ke arah Puan Sharifah."Tak apa,Alia.Perlahan-lahan.Kitaorang tolong",kata Puan Sharifah."Thanks",kata Alia dengan ringkas.Situasi di dalam kereta diam seketika.Hanya bunyi radio saja.Alia memandang ke luar tingkap."Ibu",bisik hati Alia."Kita dah nak sampai",kata Adam.Dia cuba menceriakan suasana."Seriously?",tanya Aishah."Yes",jawabnya ringkas."Cantiknya rumah di sini,bang",kata Puan Sharifah."Yela.Besar pula tu",kata Encik Soleh."Nombor rumah berapa?",tanya Adam."Nombor rumah?Umm..143",jawab Alia.Adam memerhatikan satu rumah ke satu rumah."Umm,depan tu saja",kata Alia."Mana?",tanya Adam."Sudah sampai",jawab Alia.Kereta yang dipandu oleh Adam berhenti."Your house?",tanya Aishah lalu memegang tangan Alia.Alia melemparkan senyuman."Rumah tu bukan akak punya'',jawab Alia lalu mereka melangkah keluar dari kereta.Adam mengetuk tingkap yang berhampiran dengan Alia.Lantas Alia memandang ke luar.
"Kau nak duduk dalam?'',tanya Adam.Alia mengalihkan pemandangannya dan membisu."Siapa nama ibu kau?",tanya Adam."Lisa",jawab Alia.Malangnya,Adam tidak dapat mendengar suara Alia dengan jelas .Alia menulis di cermin  menggunakan jarinya.Satu per satu Alia menulis."L"kata Adam seorang diri."I",bisik hati Adam."S",kata Adam lagi."Lisa?",tanya Adam.Alia mengganggukkan kepalanya.Adam beredar dari keretanya lalu melangkah masuk ke rumah Puan Lisa.Alia hanya memandang dari jauh."Ibu",kata Alia seorang diri.
"Assalamualaikum",sapa Puan Sharifah.Mak cik Aini yang sedang asyik menyiram pokok bunga lantas menutup paip."Waalaikummusalam",jawab Aini."Cari siapa ye?",tanya Aini."Ini rumah Puan Lisa ke?",tanya Adam.Lantas Aini mengganggukkan kepalanya.Puan Lisa yang memandang ke luar."Boleh kami masuk?",tanya Adam."Silakan",jawab Aini.Mereka pun masuk.Aini mempercepatkan langkahnya."Puan,ada orang nak jumpa puan",kata Aini."Panggil saya Lisa saja, Aini",tegur Puan Lisa.Aini mengganggukkan kepalanya lalu bergegas ke dapur untuk membuat air."Assalamualaikum",sapa Puan Sharifah.Puan Lisa memandang pelik ke arah keluarga tersebut."Waalaikummusalam.Kamu semua siapa? Jemput masuk dan duduk",tanya Puan Lisa.
"Saya kawan kepada Alia",celah Aishah.Puan Lisa memandang ke arah Aishah."Awak tahu Alia ke mana?",tanya Puan Lisa.Aishah memandang ke arah Adam.Aishah menggelengkan kepalanya."Kami datang nak ziarah awak",kata Puan Sharifah."Nama saya Sharifah,dan suami saya Soleh.Anak lelaki saya namanya Adam dan yang kecil ni Aishah",Puan Sharifah memperkenalkan keluarganya kepada Puan Lisa.Puan Lisa mengganggukkan kepalanya."Um,Alia memang tak balik ye?",tanya Encik Soleh.Puan Lisa menggelengkan kepalanya."Berapa hari?",tanya Puan Sharifah."Seminggu",jawab Puan Lisa dengan ringkas.Suaranya semakin perlahan."Maaflah mengganggu,aunty",kata Aishah lalu memegang kedua-dua belah tangan Puan Lisa."Alia okay saja.In Sha Allah.Allah sentiasa jaga dia,aunty",kata Aishah lalu melemparkan senyuman."In Sha Allah.Aunty selalu doakan dia supaya dia berubah dan balik semula ke rumah ini.Aunty rindu sangat dekat dia,Aishah",kata Puan Lisa.Puan Sharifah melabuhkan punggungnya di sofa lalu mendekati dengan Puan Lisa."Everything is okay.Dia pasti akan balik",celah Puan Sharifah.
"Saya harap pun begitu",kata Puan Lisa lalu menundukkan kepalanya."Jemput minum",celah Aini lalu menuang air."Alia tu macam mana orangnya?",tanya Puan Sharifah.Puan Lisa memandang ke arah Puan Sharifah lalu mengalihkan pandangannnya ke tempat lain."Dia baik,dia pandai.Dia pernah beritahu saya yang dia mahu sambung belajar ke luar negara sama macam abang dia,Hairi.Dia kata,dia nak jadi akauntan tapi abangnya doktor.Sekarang abangnya di luar negara",Puan Lisa memulakan ceritanya kepada Puan Sharifah."Sejak kematian ayahnya,dua tahun yang lalu.Perangai Alia berubah secara mendadak dan dia langsung tidak sama macam Alia yang dulu.Saya yakin,dia terlampau tertekan kerana tidak boleh menerima kenyataan dan dia terus lari rumah.Dia kata dia duduk di rumah kawannya",kata Puan Lisa.Puan Sharifah mengganggukkan kepalanya.
"Ibu",tegur Alia.Puan Lisa memandang ke luar pintu."Alia,sayang",balas Puan Lisa lalu bingkas bangun dan menuju ke pintu."Sayang,okay tak?Ada cedera tak?",tanya Puan Lisa dengan nada yang serak."Ibu",Alia memanggil ibunya lalu memeluk erat Puan Lisa.Air mata Alia mengalir dengan deras.Puan Sharifah memandang ke arah Encik Soleh lalu melemparkan senyuman."Kenapa tak beritahu yang anak saya ada dengan kamu?",tanya Puan Lisa dengan lembut."S...Se..Sebab...Al...Alia...",jawab Aishah dengan gementar."Alia yang suruh diaorang jangan beritahu ibu",jelas Alia."Alia pergi ke mana,nak?Puas ibu cari tau",tanya Puan Lisa lalu mengesat air mata Alia."Saya yang bawa Alia ke rumah kami",celah Adam."Mari duduk,nak",kata Puan Lisa.Alia mengganggukkan kepalanya.
"Maaf susahkan kamu semua",kata Puan Lisa."Tidak susah pun",kata Puan Sharifah."Aunty nak tahu,Alia baik sangat layan Aishah",kata Aishah.Alia menundukkan kepalanya."Alia memang baik sayang",kata Puan Lisa lalu mengusap kepala Alia."Tadi rancang nak pergi shopping.Saya ajak Alia sekali tadi",celah Encik Soleh."Tak apalah,uncle.Saya duduk di sini",kata Alia dengan nada perlahan."Jangan risau,baju ni nanti,akak pulangkan",kata Alia.Aishah memandang ke arah Alia lalu melemparkan senyuman."Akak ambil sajalah baju dan tudung tu",kata Aishah."Terima kasih",kata Alia lalu mencuit hidung Aishah."Jemput minum semua",kata Puan Lisa."Baiklah",kata Adam."Aini,duduklah",kata Puan Lisa.Mak cik Aini mengganggukkan kepalanya.
Selesai saja mereka menikmati minuman teh,
"Nampaknya,semua dah okay.Kami undur diri ye",kata Puan Sharifah lalu bersalaman dengan Puan Lisa,Mak cik Aini dan Lisa begitu juga dengan Aishah."Oh,sebelum saya terlupa.This is my card.Ada masa call saya",kata Puan Sharifah lalu menghulur kadnya."In Sha Allah",kata Puan Lisa."Assalmualaikum",kata Encik Soleh."Waalaikummusalam",jawab Puan Lisa,mak cik Aini dan Alia."Kak Alia,jangan lupa solat tau",kata Aishah lalu memeluk erat."Baik sayang.In Sha Allah",kata Alia lalu mencubit pipi Aishah."Adik akan rindu Kak Alia",kata Aishah."Ada masa,datanglah",kata Alia lalu melemparkan senyuman."Alia",tegur Adam."Ye",balas Alia lalu mengalihkan pandangannya."Jangan buat hal lagi",kata Adam lalu melangkah keluar dari rumah.Alia membisu."Oh,aku terlupa.Hadiah ni untuk kau",kata Adam lalu menghulurkan sebuah kotak yang tidak seberapa kecil dan tidak seberapa besar.Alia mengambil kotak tersebut."Selamat tinggal kak",kata Aishah lalu melambai.Alia hanya tersenyum.Kereta yang dipandu Adam telah pun berlalu pergi.
"Alia",tegur Puan Lisa."Ye ibu",jawab Alia."Alia,cantik sangat bertudung",kata Puan Lisa."Betul tu.Aunty sokong",kata mak cik Aini."Terima kasih",kata Alia lalu tersenyum."Jangan lari lagi ye,nak",kata Puan Lisa.Alia menggelengkan kepalanya."Ibu,Alia nak masuk bilik dulu",kata Alia."Baiklah,nak.Pergilah",kata Puan Lisa lalu melemparkan senyumannya.

No comments: