Chat here,darling.

Friday, January 17, 2014

Cerpen : My hubby My teacher.

Next chapter. Click here.
Tajuk : My hubby. My Teacher.
Penulis : Miss fairytale.
P/S : Don't copy my story. Cerpen ni, panjang sedikit.
Tips: Banyak-banyakkan berangan dan menonton drama.
( Saya tak layan drama pun sebenarnya. Hihi. Hah, kalau berangan tu jangan over pula)


"What! Adelia tak nak kahwin lagi. Adel tak setuju."Bentak Adelia. Puan Amani mengurut dadanya apabila mendengar bantahan Adelia. "Setuju atau tidak. He will be yours husband,Adel."kata Puan Amani. Hampir terkeluar biji mata Adelia apabila mendengar kata-kata ibunya. 

Dia bakal jadi suami aku? No way. I'm too young! Umur aku baru saja 18 tahun dan aku baru saja habis SPM. Ini tak boleh jadi. Omel Adelia dalam hati. Dia menggenggam kedua-dua tangannya lalu menjeling tajam ke arah Puan Amani.

  "Hah,menjeling pula. I want you to marry with him. Tak susah kan?"kata Encik Raziq.

  "Mom,dad. I know, you want me to marry with him. Tapi, Adel tak puas lagi enjoylah. Lagipun, Adel muda lagi. Dia bukan taste yang Adel suka."

Adel menolak anak rambutnya ke belakang sambil menghenyakkan punggungnya di kerusi. Majalah Epop dicapai lalu diselak perlahan. Permintaan orang tuanya begitu berat sekali. Mana tidaknya, pilih calon suami untuk dirinya tanpa pengetahuan dia? Ini bukan zaman dulu-dululah. Ini zaman modern. Lagipun,bukan senang nak pilih lelaki yang baik. 

  
  "So,apa jawapan Adel?" tanya Puan Amani. Dia sangat berharap agar Adel menjawab "ya".

Adelia melemparkan senyuman sinis. "My answer is no. Adel tak nak kahwin dengan dia. Full stop."

  Ternganga mulut Puan Amani tika mendengar jawapan Adelia. Betapa kerasnya kepala Adelia. "Bertuah punya budak." Puan Amani bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arah Adelia. Dia menarik tangan Adelia lalu menepuk bahu Adelia.

  "Berapa lama Adel nak bercinta dengan Helmi? Ada dia masuk meminang? Minta izin keluar pun tak berani."perli Puan Amani.

Senyuman sinis ibunya, membuatkan Adelia tergamam. Ada betul kata ibunya. Tapi, entahlah. Adelia, bukanlah jenis yang memilih paras rupa. Tapi, kebiasaannya, dia terima saja semua lelaki yang mana hargai dirinya. Kadang, dia berasa kecewa kerana ramai lelaki yang bersamanya hanya menumpang populariti.

  "Fine,mom,dad! Who's that guy huh?"tanya Adelia.

*****

Nak sambung tak? Oh ya. Kauorang nak cerita ni sebagai cerpen ke novel? :l  Cuba comment :) Jangan lupa klik iklan tau :D
Anime & Manga~
Hari pun dah gelap. Haha. Memang dah gelap dah pun. Pukul 10 sudahpun berlalu. Mataku kian memberat. Katil sudahpun memanggilku untuk dibuai mimpi indah. Hihi. Jumpa hari Jumaat minggu depan semua. I will miss you. Hahaha.

Note from me:
Kalau saya sambung cerita My hubby My teacher.Majoritilah kan, kauorang nak cerita ni dalam bentuk cerpen ke novel?  Sambungannya pada hari Jumaat depan. In Shaa Allah, dalam pukul 4 or 5 petang publish. :)

3 comments:

gadis said...

sambungkan lagi!

gadis said...

cerpen! tak suka baca panjang-panjang. heee

Tiasfl said...

good job. nak tau lepas tu ape jadi? sambung please..hihi. cerpen je tau