Chapter mula-mula
Chapter sebelumnya
Sudah 2 minggu, Adelia kehilangan kekasih hatinya, Helmi, membuatkan Adelia tidak tentu hala. Personalitinya, tidak lagi seperti dulu. Disuruh makan, katanya sudah kenyang. Puas dipujuk oleh ibu ayahnya, tapi dia tetapi juga macam tu. Merebahkan diri ke atas katil. Ditemani dengan air mata yang membasahi pipinya.
"Tak guna kau! Tak guna!"Bentak Adelia.
Tangannya menumbuk-numbuk bantal goleknya.Rambut yang semakin menggerebang, diramas kasar. Fikirannya semakin bercelaru! Serabut kepala otak aku. Fikir pasal mamat tak guna! Omel hatinya.
"Adelia.."
Suara yang sayup-sayup menyapa ke gegendang Adelia. Suara dari luar biliknya. Terus dia membuka pintu biliknya lalu merenung tajam ke arah Mikhail. "Apa yang kau nak?"soal Adelia sambil bercekak pinggang.Dia bukanlah Adelia yang dulu. Seratus peratus sikapnya, sudah berubah.
"You should respect me. Because I'm your teacher."
Adelia menjeling tajam lalu menolak anak rambutnya ke belakang. "What do you want huh?!"
"Adelia. I miss the old you. Wake up lah." pinta Mikhail.
" Kisah agaknya aku. Kau berambus sekarang. Aku tak nak kau kacau aku!"
"Heh, berkasar ye. Kau pergi bersiap sekarang!" arah Mikhail sambil merenung tajam.
Ternganga mulut Adelia. Kakinya dijengkitkan sedikit. Maklumlah, Mikhail orangnya tinggi. Dia pula tinggi paras bahunya. "For what?"
"Kau bersiap ajelah bongok!"
Adelia mengetap bibirnya dengan kuat.Kedua-dua tangannya digenggam kuat. Tidak pernah lagi mana-mana cikgu, memanggil dirinya dengan perkataan 'bongok'. Sungguh menghairankan. Adelia terus menutup pintu dan bersiap-siap.
******
Mereka tiba di sebuah taman permainan. Dipenuhi dengan kanak-kanak riang. Entah kenapa lelaki itu membawanya ke sini. Keluhan berat dilepaskan ke udara.
"This is for you." Mikhail menghulurkan ais krim kepada Adelia. Segulum senyuman turut terukir di bibir.
"Ada apa?" tanya Adelia dengan hairan.
"Aku tahu, kau baru lepas putus cinta dengan Helmi kan?"
Eh,cikgu ni. Sejak bila kau pandai guna bahasa 'kau aku' dengan aku? Soal hatinya. "Apa masalah kau?"
"Adelia... Lupakan sajalah dia."
"Kau ingat senang?"
"Senang."
"Kau cakap senanglah. Aku yang merana!"
"Kau boleh lupakan dia."
"Macam mana?"
Mikhail tersenyum manis. Matanya memerhatikan gelagat Adelia yang seperti kebudak-budakkan.
*****
Hampir setiap hari, Mikhail meluangkan masa bersama-sama dengan Adelia. Dan pada setiap hari jugalah, Mikhail akan mengajar Adelia bermain piano sehingga lancar. Setiap hari, Adelia akan memainkan 3 buah lagu untuk dirinya serta orang yang berada di rumahnya.Mikhail tetap setia berada di sampingnya.
Perubahan pada Adelia, semakin ketara. Semakin hari, semakin ceria. Kenangan dirinya bersama Helmi sudah pun pergi dengan pantasnya. Entah ilmu apa yang Mikhail pakai, dia langsung tidak tahu.
Setiap malam, Mikhail akan datang ke rumahnya untuk menjenguk keadaan Adelia. Hatinya ada timbul rasa resah gelisah. Kehilangan orang yang paling dia sayangi, teramatlah perit. Tapi, kesakitan di hatinya hilang, apabila Adelia muncul dalam hidupnya.
"Okay. Dah pandai dah dia main. Cikgu balik dulu."
"Okay bye."Adelia menutup tutup piano dengan perlahan.
"Bye aje?"
"Habis, cikgu nak apa?"
"Kiss tak ada?"
Membulat mata Adelia mendengar kata-kata Mikhail. Loya rasanya. "Lelaki miang!"
"Gurau sajalah." Mikhail menjelir lidah ke arahnya. "Esok, cikgu dah nak bertolak ke Australia."
"Berapa hari?"
"3 minggu"
"Okay,cikgu."
Adelia masih merenung tajam ke arah Mikhail. "Okay.Okay. I'm sorry dear. Good night,"
"Memang tak ada perasaan betul,Adel ni." rungut hati Mikhail.
******
Hujung minggu itu,Adelia menghabiskan masanya bersama piano. Jarinya menekan piano dengan perlahan. Matanya terpejam sambil menghayati lagu yang sedang dimainkan.
5 minit kemudian...
Telefon bimbitnya menjerit-jerit,meminta untuk diangkat. Tangannya secara automatic terhenti seketika lalu menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam,Adel. Adel tahu kan esok, Mikhail balik?"tanya Arisa iaitu kakak kepada Mikhail.
"Tahu."
"Nak ikut tak?"
"Tak nak."
"Kenapa?"
"Malulah akak. Bukannya penting pun."
"Eleh. Tapi Mikhail tu, rindu Adel."
"Mana akak tahu?"
"Tahulah. Ini Arisalah. Jumpa besok tau. Pukul 9 akak tunggu depan rumah."
"Okay kak."
Adelia menjerit-jerit keriangan. "Yay! Mikhail balik besok!"
"Adel dah kenapa sayang? Jerit-jerit."
"Mikhail balik besok ibu." Adelia tersenyum manis sambil melompat-lompat ke atas katil.
******
Hatinya berasa berdebar-debar. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan jejaka yang dia rindui dalam diam. Siapa sangka, gadis bernama Adelia ini sudah jatuh hati dengan gurunya sendiri.
Mikhail yang segak dengan kemeja plain berwarna merah dan jeans berwarna hitam memukau setiap mata yang memandang.
"Pahal aku tak sedar, yang kau ni cikgu aku?"detik Adelia sendirian.
Mikhail yang baru saja melangkah keluar dari pintu utama terus tersenyum lebar. Sungguh dia tidak sangka, Adelia akan datang menjemputnya. "Ini ke suprise yang akak kata tu?"
Arisa tersenyum manis sambil mengangguk.
"I love you,sis." Mikhail tersenyum lebar lalu memeluk Arisa dengan erat. Adelia yang memandang dua beradik hanya diam membisu.
"Cikgu nak peluk Adelia pulak,"kata Mikhail sambil mendepakan tangannya.
Adelia terus mengundur selangkah ke belakang. "Gatal!"
"Eleh. Mimpi apa datang sini?"
"Mana ada mimpi apa-apa."
"Mimpi nak kahwin dengan cikgulah tu."
"Eww. Jangan nak perasanlah wei. Geli."
"Tahulah rindu cikgu."
"Boleh tak jangan nak perasan?"
'Ehhhh..Kenapalah aku kata macam tu. Aku rindu kaulah bongok!' Adelia memarahi dirinya dalam hati.
"Sudah-sudah.Malam nanti kauorang boraklah puas-puas."celah Arisa, sekian lama dia mendiamkan diri.
"Malam nanti?"kata Mikhail dan Adelia dengan serentak.Mereka berdua saling berpandangan.
"Ha ah. Kan akak dah beritahu,Mikhail."Arisa memijak kasut Mikhail dengan perlahan.
"Oh,faham-faham."Mikhail tersenyum kelat sambil menahan kesakitan.
"Apakah?" Adelia melompong seorang diri.
******
"Macam manalah awak boleh putus dengan Helmi? Dulu beria-ria bencikan cikgu. Cakap pun tak nak. Sekarang lain pula cerita." kata Mikhail.
"Entahlah,cikgu. Lagipun dia cuma nak tumpang populariti saya aje. Tak apa-apa aje."kata Adelia. Dia menongkat dagu sambil mengancung air yang tinggal separuh.
"Popular ke?"
"Saya tak popularlah!" Adelia menjeling tajam ke arah Mikhail yang asyik memandang dirinya.
"Habis, sekarang, awak suka lagi dekat Helmi tu?"
Adelia menggeleng.
Mikhail terus tersenyum lebar. Itulah berita yang paling menggembirakan hatinya.
"Saya dah jatuh hati dekat seseorang."kata Adelia. Kepalanya ditundukkan sedikit.
Senyuman di bibir Mikhail terus berubah. Wajah yang ceria terus berubah menjadi tegang. Tangannya digenggam kuat. Menahan sakit di hati. "Siapa?"
Adelia menatap wajah Mikhail yang sudah kemerah-merahan." Manusia."
Mikhail menjeling tajam."Tak kanlah awak jatuh hati dengan alien pula. Siapa orangnya?"
"Dengan cikgu."
Wajah Mikhail terus berubah. Mukanya sudahpun diwarnai dengan warna merah. "Apa awak kata tadi?"
"Tak ada siaran ulangan ye."Adelia terus bangun lalu melangkah jauh darinya. Menahan malu yang tidak terkata.
Mikhail menarik nafas sedalam-dalamnya."Adelia, I love you so much. I love you for the first time. I love you forever! "
Adelia tetap meneruskan langkahnya untuk keluar dari rumah Mikhail. "I said, I love you, stubborn!"
Adelia menghentikan langkahnya. 'Aku bermimpikah?' Apabila Adelia menoleh ke belakang, lelaki itu sudahpun menghampirinya.
"Adelia. Dari dulu saya sayangkan awak tapi saya diam. Awak layan saya macam kawan walaupun saya ni cikgu awak. Saya tetap terima segala kekurangan awak." Luah Mikhail.
"Oh,sekarang berani pula cikgu nak luahkan perasaan."
"Kalau saya tak luahkan. Saya akan menyesal. Bukan esok hari, tapi selama-lamanya." Penuh romantik Mikhail mengungkap kata-kata itu. Adelia hanya memandang ke arah siling.
"Sayang, siling tu handsome ke daripada saya?"
'Sayang?Geli pula aku dengar. Relax.' Adelia menenagkan dirinya.
"Dahlah wei. Aku blah dulu."
"Pergi macam tu aje ke sayang?"sakat Mikhail. Matanya dikenyit-kenyit untuk beberapa kali.
"Apa lagi yang kau nak?"Adelia bercekak pinggang.
"Nak hug."
"Mikhail! Jangan nak menggatal. Tak boleh selagi kita tak kahwin."Bentak Adelia.
"Apa? Kahwin? Memang saya nak kahwin dengan awak pun. Tak sangka, awak nak kahwin dengan saya,"usik Mikhail. Hatinya berasa puas tika mengusik Adelia.
"Cikgu!"
"Panggil saya 'abang',"kata Mikhail lalu menghampirinya.
Adelia yang bengang dengan sikap lelaki itu, terus mematah-matahkan jarinya. Semakin dilayan, semakin merepeklah Mikhail melalut nanti. Namun, rasa geram itu tidak lama. Hanya datang sekejap saja. Mulutnya terukir senyuman tatkala mengenangkan sikap lelaki itu.
"I love you,Mikhail." Adelia membisikkan kata-kata itu ke telinga Mikhail.
"I love you too stubborn."
2 comments:
kyaaaa soo cute !! tersengih sorg2 tgok cerita ni! ahahaha :D
muahahahha.. tersengih2 pulak kite kat sini
Post a Comment