Assalamualaikum w.b.t. Kepada sesiapa yang belum baca bab satu. Bolehlah Klik di sini .Untuk mengetahui jalan ceritanya. Di sini .
BAB 2
Adam membawa Alia pergi ke rumahnya.Dia tahu Alia terlalu tertekan sehingga lupa kepada Allah.Macam mana dia tahu?Kebanyakan orang yang pergi club ni,terlampau tertekan,dia terlupa nak bersujud kepada Allah."Alia",tegur Adam."Ye saya",balas Alia."Betul ke kau tak nak balik rumah?",tanya Adam."Ye.I'm not ready",jawab Alia.Kepala Alia tertunduk.Adam membuka pintu kereta untuk Alia lalu Alia melangkah masuk."T..Terima kasih",kata Alia lalu pintunya ditutupkan oleh Adam.Adam melangkah masuk ke dalam kereta lalu memandu untuk pulang ke rumahnya."Aku tak susahkan kau ke?",tanya Alia."Tak.Aku yang sudi bantu kau",jawab Adam tanpa menoleh Alia.
COVER DEPAN |
"Sejak dari tadi,dia langsung tak pandang aku.Hina sangat ke aku ni?",bisik hati Alia."Nama penuh kau apa?",tanya Adam."Alia Atikah",jawab Alia."Apa kata kau beritahu bio kau,boleh?",tanya Adam."Nama aku Alia Atikah.Umur aku 19 tahun",jawab Alia."Oh,muda lagi kau.Tak sambung belajar ke?",tanya Adam."Tak",jawab Alia."Ruginya",kata Adam."Kenapa pula?Aku yang tak nak belajar.Malas kau tahu",jelas Alia."Jadi,kau dah cukup pandailah ni nak kenal dunia?",tanya Adam."Aku pandai jaga dirilah",dengus Alia."Kalau kau pandai jaga diri,kau tak terjebak di club sana tau.Masa sekarang ni,kau elok temankan keluarga kau di rumah bukannya berfoya-foya.Sibuk nak cari keseronokkan di luar",jelas Adam.Alia terdiam mendengar kata-kata Adam.
"Keluarga aku?Ah,malas aku.Diaorang bukan peduli pasal aku pun",kata Alia.Adam mengeluh perlahan."Yeke diaorang tak peduli?",tanya Adam.Alia terdiam."Alia,kenapa tak jawab soalan aku?Yeke diorang tak peduli?",tanya Adam.Alia masih lagi membisu."Aku yang tak peduli atau keluarga aku yang tak peduli?",bisik hati Alia."Aku tanya kau diam kan?Kau yang tak peduli pasal diaorang,bukan?",tanya Adam.Mulut Alia terkumat-kamit menyusun ayat."Ye,aku yang tak peduli.Puas?",kata Alia dengan nada sedikit marah.
"Kau ni tak pandai menipu",kata Adam.Alia tersentap mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Adam."Kau ingat aku ni reti sangat menipu ke?",kata Alia dengan geram."Ada aku cakap ke yang kau reti menipu?",tanya Adam.Terdiam Alia seketika.Adam memang sengaja ke nak kenakan aku.Tak guna punya lelaki."Kau duduk kat mana?",tanya Alia."Aku duduk dekat atas tanahlah",jawab Adam dengan selamba."Wey,lelaki, aku tanya betul-betul ni",Alia berdengus lalu memandang tajam ke arah Adam.Dia tahu Adam tidak akan memandang dia."Betullah rumah aku atas tanah.Tak akan di langit pula",kata Adam.
"Kau ni.....Ergh",Alia terus sandar di kerusi."Habis kerusi aku woi",kata Adam."Bukannya kuat pun aku sandar",kata Alia."Whatever",kata Adam.
Suasana sunyi ketika.Alia membuat hal sendiri manakala Adam masih lagi memandu."Kau tak kenalkan diri kau?",tanya Alia.Dia cuba membetulkan suasana sunyi."Oh,perlu ke?",tanya Adam."Perlulah",kata Alia."Nama aku Nur Adam.Umur 22 tahun",jawab Adam."Patutlah kau cakap aku muda tadi",kata Alia lalu tersengih."Tak payah nak gembira sangatlah",kata Adam.
"I'm still young",kata Alia dengan bangga.
"Forget it", kata Adam.
Kereta yang dipandu oleh Adam berhenti."Apahal berhenti?",tanya Alia."Dah sampai ngek",jawab Adam."Tempat apa ni?",tanya Alia."Besarnya rumah keluarga kau",kata Alia lagi.Adam terus melangkah keluar lalu membuka pintu untuk Alia."Kau jangan risaulah",kata Adam lalu membuka pagar.Alia melangkah keluar dari kereta Adam.Suasana pada waktu malam tersangat sunyi.Hanya bunyi cengkerik.Adam melangkah masuk ke dalam rumah.Perlahan-lahan Alia masuk lalu menutup pagar."Assalamualaikum,ayah,ibu",sapa Adam."waalaikummusalam",jawab Puan Sharifah dan Encik Soleh.Alia hanya mengekori Adam."Kau bawa siapa ni Adam?",tanya Puan Sharifah."Kau nak buat apa dengan perempuan ni?",tanya Encik Soleh.Puan Sharifah memandang pemakaian Alia dari atas hingga ke hujung kakinya.Pandangannya serong terhadap Alia.
"Ibu,ayah.Besok pagi Adam cerita",kata Adam."Alia,ikut aku.Mari aku tunjuk bilik kau",kata Adam lalu menaiki tangga.Alia menganggukkan kepalanya.Puan Sharifah menggelengkan kepalanya."Tengok tu anak awak.Bawa perempuan ke rumah kita",kata Puan Sharifah."Awak ni,Adam kan dah kata,esok dia cerita",kata Encik Soleh.Puan Sharifah mengeluh perlahan.
"Keluarga kau macam tak suka aku",kata Alia dan langkah dia terhenti."Tidaklah.Lagipun,kali pertama aku bawa perempuan masuk rumah",kata Adam."Selama ni?",tanya Alia lalu meneruskan menaiki tangga."Selama ni aku duduk rumah dan buat hal sendiri",kata Adam lalu membuka pintu.Langkah Alia terhenti apabila pintunya dibuka oleh Adam."Kejap tau.Kau tumpang bilik adik aku",kata Adam lalu masuk ke bilik adiknya.Alia menganggukkan kepalanya lalu menunggu jawapan daripada Adam.
"Aishah",sapa Adam."Ye abang Adam",balas Aishah."Hari ini,Aishah ada kawan",kata Adam."Siapa?",tanya Aishah."Nanti abang tunjuk.Boleh tak dia tumpang bilik adik?",tanya Adam.Aishah melemparkan senyuman lalu bersetuju dengan permintaan abangnya. "Alia, masuklah",kata Adam. Perlahan-lahan Alia melangkah masuk.Aishah hanya memerhatikan pintunya."Nama dia Alia ke?",tanya Aishah. "Ye sayang",kata Adam.Aishah menelan air liurnya perlahan-lahan.Astagfirullahhala'zim.Aishah tidak pernah tengok perempuan yang berpakaian seperti telanjang."Abang,bawa ke sini?",bisik Aishah dengan perlahan."Adik,bantu dia sayang",kata Adam lalu melemparkan senyumannya."Kau duduklah sini.Aku keluar",kata Adam lalu memandang ke tempat lain.Asalkan pandangannya bukan memandang Alia.Adam beredar lalu menutup pintu bilik Aishah.
Alia mengetap bibirnya.Bilik Aishah dihiasi dengan cantik.Dindingnya merah jambu . Langsir yang berwarna putih. Karpet yang berbulu berwarna putih. " Cantiknya dia hias.Sama macam bilik aku",bisik hati Alia. Alia masih berdiri sambil melihat bilik Aishah. "Assalamualaikum,kak",sapa Aishah lalu berdiri di samping Alia."Waalaikummusalam",balas Alia."Maaf susahkan adik",kata Alia lagi."Akak dari mana ye?',tanya Aishah.Alia membisu.Malunya nak jawab soalan dia."Akak, adik tanya ni",kata Aishah lalu memandang muka Alia.Mata Alia memandang ke tempat lain."Akak dari clubbing ke?'',tanya Aishah.Alia memandang tajam ke arah Aishah.Aishah membisu.
Perlahan-lahan Alia menganggukkan kepalanya."Akak,duduklah",Aishah mengajak Alia untuk duduk.Alia melemparkan senyumannya."Bilik adik",kata Alia."Kenapa kak? Akak tak selesa ke?",tanya Aishah."Cantik.Warna pink",kata Alia.Aishah melemparkan senyuman."Maaflah,kak.Aishah minat sangat warna pink.Comel",jelas Aishah."Akak,adik tanya boleh?",tanya Aishah.Alia menganggukkan kepalanya."Kenapa akak pergi clubbing?",tanya Aishah.Alia membisu."Akak?",tegur Aishah.Alia menarik nafas dalam-dalam.
"Akak cerita",kata Alia."Ceritanya begini,malam selepas azan isya' hujan.Lepas tu,akak haus nak cari air.Masa akak nak pergi ke dapur kawan akak tarik,ajak aku pergi berseronok.Akak fikir berseronok tu mungkin pergi bershopping.Jadi akak pun setuju ikut dia.Dia suruh akak berpakaian macam ni.Sampai saja di tempat yang kawan akak kata berseronok,akak mula takut.Akak tak pernah tengok tempat ni.Lepas tu,akak masuk ke dalam,ramai orang menari.Tiba-tiba,orang kacau akak and pegang pinggang akak,pegang tangan akak dan akak rasa macam nak menangis.Sampailah abang adik panggil akak suruh lari.Akak akur mendengar arahan abang adik dan dia selamatkan akak daripada ditangkap oleh polis",jelas Alia dengan panjang lebar.Alia menitiskan air matanya lalu kepalanya diletakkan di bahu Aishah.Aishah terus mengusap kepala Alia.
"Bersabar,kak.Keluarga akak tahu tak yang akak pergi clubbing?",tanya Aishah."Akak kurang ajar dengan ibu akak,Aishah.Abang akak pula pergi ke luar negara sebab sambung belajar di sana",jelas Alia lalu menangis teresak-esak.Aishah memperkemaskan rambut Alia lalu mengusap kepala Alia perlahan-lahan."Kenapa akak berkelakuan macam tu,kak?",tanya Aishah."Sebab mak akak,ayah akak mati",kata Alia dengan suara yang sedikit menjerit.Aishah membisu."Akak,tak mungkin disebabkan mak akak,ayah akak mati",kata Aishah."Errr....",Alia kehilangan kata-kata kerana terlalu beremosi.
"Kak,ayah akak pergi mungkin dia sakit dan Allah lebih sayangkan dia,kak.Akak,cara akak cakap tadi,macam tak boleh terima takdir",kata Aishah.Alia membisu. " Akak, ada yang pergi memberi pengajaran. Ada yang pergi meninggalkan kenangan",jelas Aishah. " Apa maksud adik?'',tanya Alia lalu mengesat air matanya. "Cuba akak fikir semula, ayah akak pergi meninggalkan apa?",tanya Aishah. "Kenangan",jawab Alia. "Tinggalkan kenangan,bukan?",tanya Aishah.Alia memperbetulkan kedudukannya untuk keselesaan dirinya. "Ye", ringkas Alia menjawab. "Kadang-kala , setiap yang pergi, kakak kena ambil pengajaran",kata Aishah. "Terangkan",kata Alia. " Setiap yang pergi pasti ada hikmah. Setiap yang hilang,Allah gantikan yang baru. Setiap orang merasai mati akak.Kita yang tengah bercakap ni pun,bila-bila masa saja boleh mati tau.Akak kena tahu, apabila ada kematian, sifat keinsafan perlu ada pada diri kita supaya kita lebih melakukan amal ibadah",jelas Aishah dengan panjang lebar.
Alia memegang kedua-dua tangan Aishah lalu memandang Aishah dengan tenang.Alia memejam matanya lalu menarik nafas dan perlahan-lahan dia menghembuskan nafasnya."Aishah,akak dah lama tak buat amal ibadah",kata Alia.Terkejut Aishah mendengar kata-kata Alia."Akak,biar betul",kata Aishah seolah-olah dia tidak percaya."Akak dah lama tinggalkan solat sejak kematian ayah.Hidup akak tak tenang seperti dulu.Akak selalu murung dan selalu marah dan menengking dekat ibu akak.Akak tolak kepala dia.Akak tolak dia.Akak pukul dia",jelas Alia lalu menutup mulutnya.Mukanya merah kerana menahan malu dan menahan sebak."Tidak mengapa,kak.Akak luahkan semuanya",kata Aishah.Dia sedia mendengar.Dia tahu,dia juga tidak sempurna.Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.Pasti ada yang cacat cela.
"Akak tinggalkan ibu akak macam tu saja.Akak beritahu dia,akak duduk di rumah kawan.Akak kata dekat dia,tak payah cari akak lagi",kata Alia lalu air matanya mengalir kerana tidak dapat menahan sebaknya.
Allahu Akbar.Kejamnya aku terhadap ibu aku.Aku ini anak derhaka.
Alia menutup mulutnya supaya tangisannya tidak kedengaran sampai ke bawah.Aishah memeluk Alia dengan erat. "Akak tak nak jumpa ibu akak?",tanya Aishah.Lantas Alia menggelengkan kepalanya."Akak ni jahat",kata Alia.Aishah menganggukkan kepalanya.Dia cuba memahami Alia. "Akak tak sedia"kata Alia.Mungkin Alia tidak bersedia berjumpa dengan ibunya sebab perangainya.Aishah memandang ke arah jam. Sudah pukul 12 pagi. "Akak,tidurlah",kata Aishah. Alia menganggukkan kepalanya.. "Tapi,adik tidur mana?",tanya Alia. "Adik tidur di bawah.Lagipun,akak tetamu",kata Aishah lalu membelai rambut Alia. "Terima kasih adik",kata Alia lalu merebahkan dirinya di katil. Aishah mengambil selimutnya lalu menyelimutkan Alia."Selamat pagi kak",kata Aishah."Selamat pagi",kata Alia lalu lampu bilik Aishah dipadamkan.Aishah membuka lampu tidur.
Aishah membuka pintu biliknya."Aishah nak pergi mana?",tanya Alia."Nak minum air.Akak nak air?",tanya Aishah.Alia menganggukkan kepalanya lalu pintu bilik Aishah dibuka sedikit.Aishah turun ke bawah lalu menuju ke dapur.Dari atas lagi,cahaya di dapur memancar ke atas.Aishah tersenyum seorang diri."Pasti abang",bisikinya dalam hati.Aishah mempercepatkan langkahnya lalu menyapa abangnya."Tak tidur lagi ye sayang",kata Adam lalu mengusap kepala Aishah.Aishah lantas menggelengkan kepalanya lalu menuang air kosong."Kak Alia belum makan lagi",kata Adam."Tapi,dia nak air saja tadi",kata Aishah."Bawalah mangkuk tu,abang dah buatkan maggi tapi ada telur.Ingatkan tadi nak ketuk bilik adik",kata Adam lalu membasuh cawannya yang diminum.Aishah lantas mengambil dulang lalu diletakkan cawan yang diisi air beserta dengan maggi.
"Abang,bawakan botol air",arah Aishah.Adam menganggukkan kepalanya lalu dibawa naik ke dalam bilik Aishah.Perlahan-lahan Aishah dan Adam menaiki tangga supaya jejak kakinya tidak kedengaran.Pintu bilik Aishah dibuka lalu dulang yang dibawa tadi diletakkan di meja belajar milik Aishah tadi."Abang letak botol ni dekat luar tau",kata Adam tanpa melangkah masuk ke bilik Aishah."Okay",jawab Aishah dengan ringkas."Aishah",sapa Alia."Ye kak.Eh,akak makanlah maggi ni",kata Aishah lalu menghulurkan mangkuk tersebut."Terima kasih.Maaf susahkan adik",kata Alia."Tak apa.Lagipun,abang Adam yang buat",kata Aishah lalu melemparkan senyumannya.Aroma bau maggi menusuk ke hidung Aishah.
"Makanlah sedikit",kata Alia.Aishah tersengih lalu Alia menyuapkan maggi tersebut ke mulut Aishah."Sedap",kata Aishah.Alia menganggukkan kepalanya."Lagipun,abang Adam memang suka masak bila dia dah lapar",kata Aishah.Alia membisu."Um,kenapa abang tidak pandang akak?Hina ke akak ni?",tanya Alia.Tersengih Aishah dibuatnya."Akak,abang tak pandang akak sebab dia jaga pandangan dia.Lagipun akak berpakaian macam ni.Sebab itulah dia tak pandang",kata Aishah."Disebabkan kakak ada di rumah ni,akak kena sentiasa pakai tudung",kata Aishah."Why?",tanya Alia.Alia mengeluh."Sebab akak duduk di rumah orang.Lagipun,ada lelaki di rumah ni.Adik tak nak ada berlaku fitnah",kata Aishah.Alia mengangguk lemah."Akak habiskanlah maggi tu.Nanti letak di atas meja tu",arah Aishah lalu merebahkan dirinya di tilam yang sedikit tebal.Alia tersenyum."Mesti hidup keluarga ni,bahagia",bisik hati Alia lalu menghabiskan maggi tersebut.
Selesai saja Alia menghabiskan makanannya,dia terus meletakkan mangkuk tersebut di meja belajar. "Aishah",sapa Alia. Alia melihat Aishah tidur dengan lena."Selamat pagi",bisik hati Alia.Matanya tertumpu pada satu bingkai gambar.Alia mendekati dengan meja belajar lalu mencapai gambar tersebut.Alia menyapu cerminnya lalu tersenyum seorang diri. "Keluarganya ada lima rupanya",bisik hati Alia.Alia memandang tepat pada gambar wajah Puan Sharifah.Mukanya, seakan-akan sama dengan ibunya. Mirip mukanya hampir sama.Alia meletakkan semula bingkai gambar tersebut ke tempat asalnya.Dia kembali merebahkan dirinya ke katil lalu memeluk bantal peluk milik Aishah.Matanya semakin berat lalu ditutup dengan perlahan.
*Keesokkan harinya pada waktu Subuh*
*Allahu Akbar,Allahu Akbar -- La ilaha illah*
Azan sudah pun habis berkumandang.Aishah memandang ke arah Alia yang masih lagi nyenyak dibuai mimpi.Perlahan-lahan Aishah mendekati Alia lalu mengejutnya. "Kak Alia,bangun.Subuh",kejut Aishah.Alia masih lagi tidur.Aishah tersenyum lalu menjetik ibu jari kaki Alia."Kak Alia,bangun.Solat Subuh'',Aishah mengejutnya sekali lagi.Alia mula menggerakkan badannya. Perlahan-lahan matanya dibuka lalu memandang ke arah jam dinding."Baru pukul 5:45 pagi,dik",kata Alia dengan suara yang perlahan."Tahu,mari solat Subuh bersama",kata Aishah.Alia membangunkan dirinya lalu duduk sebentar."Akak tak reti solat,dik",kata Alia lalu menggosokkan matanya."Mari belajar",kata Aishah.Alia mengeluh perlahan."Akak,jangan mengeluh.Ini perintah Allah",tegur Aishah dengan lembut.Alia menganggukkan kepalanya.
"Akak pergi bersihkan diri akak,nanti kita solat sama-sama",kata Aishah lalu menghulurkan tualanya."Akak tak ada baju adik",keluh Alia."Tidak mengapa,pinjam baju adik dulu.Pagi nanti kita keluar cari baju",kata Aishah.Lega hati Alia apabila mendengar kata-kata Aishah."Adik tunggu dekat bilik abang Adam tau.Tudung adik sudah gosok.Kita solat berjemaah sekali",kata Aishah."Ibu ayah?",tanya Alia."Diaorang sudah solat",jawab Aishah lalu tersenyum."Baiklah",kata Alia lalu mempercepatkan langkahnya ke bilik air.Aishah tersenyum melihat perubahan kepada Alia lalu menuju ke bilik abang Adam.
"Abangku sayang",tegur Aishah."Ye adik",jawab Adam lalu mencubit pipi Aishah."Kenapa abang suruh adik bantu dia?",tanya Aishah."Abang tengok,dia sudah tiada hala tuju",kata Adam."Kak Alia sebenarnya baik",kata Aishah."Yeke?",tanya Adam.Aishah menganggukkan kepalanya."Mungkin sebab terpengaruh dengan kawan-kawan dia.Dia ada cerita dekat adik",jawab Aishah.Adam mula mendekati dirinya dengan adiknya."Ceritalah",kata Adam.Alia tersenyum."Sejak kematian ayahnya,Alia terus berubah.Dia lawan kata-kata ibunya,memukul,menengking malah dia menolak kepala ibunya",Aishah cuba memulakan cerita.Mulut Aishah terkumat-kamit menyusun ayat."Teruskan",kata Adam."Lepas itu kawan dia ajak pergi berseronok.Dia ingatkan pergi shopping tapi clubbing.Dia hanya mengekori kawannya,asalkan dia dapat keseronokkan'",Aishah menyambung ceritanya."Yang paling adik terkejut,dia sudah lama tinggalkan perintah Allah",kata Aishah."Masya Allah,sampai begitu sekali?",tanya Adam.Aishah menganggukkan kepalanya."Adik tanya dia,Akak tak nak jumpa ibu akak?Lepas tu dia gelengkan kepalanya lepas cakap dia jahat and tidak bersedia",kata Aishah lagi.
Adam menggelengkan kepalanya."Tapi, dia sebenarnya tertekan.Dia boleh layan orang dengan baik cuma bila berlaku kematian dalam keluarganya,dia tidak boleh terima hakikat",kata Aishah."Semoga dia mendapat hidayah Allah",kata Adam.Aishah mengaminkan kata-kata abangnya.
*Kreeeeeek*
Bunyi pintu Aishah sudah pun dibuka.Adam dan Aishah membentangkan sejadah."Maaf lambat",kata Alia."Sudah ambil wudhu?",tanya Aishah.Alia menganggukkan kepalanya."Mari kita solat",kata Adam."Tapi....",Alia kehabisan idea."Tidak mengapa.Mari belajar.Ikut dan dengar",kata Aishah.Alia menganggukkan kepalanya."Niatnya,usolli fardal subhi raka'ataini makmuman adaa’an lillah hitaala",kata Aishah lalu Alia cuba membaca niat perlahan-lahan.Adam membaca niat lalu menggangkat takbir diikuti dengan Aishah dan Alia,menggangkat takbir selepas Adam menggangkat takbir.
*****
Selesai saja solat Subuh,mereka melipat sejadah serta telekung.Adam melabuhkan punggungnya di lantai."Alia,Aishah,mari sini",Adam memanggil mereka berdua.Aishah melabuhkan punggunya di lantai berhadapan dengan Adam begitu juga dengan Alia."Alia,betul ke kau sudah lama tinggalkan perintah Allah?",tanya Adam.Alia memandang ke arah Aishah."Jawablah,kak.Tadi,adik ceritakan dekat abang Adam",kata Aishah dengan tenang.Alia menganggukkan kepalanya."Kenapa?",tanya Adam."S...Seb...Sebab",Alia tergagap-gagap menjawab soalan Adam.Dia menyusun ayatnya dengan teratur."Sebab aku tertekan.Masa aku balik dari asrama,aku tengok ayah aku terbaring . Mak aku cakap,ayah sudah pergi.Aku tak boleh terima kenyataan yang ayah aku mati pada masa itu.Aku menangis,tiada siapa pedulikan aku",kata Alia.
"Kemudian",kata Adam.Alia memandang ke lantai."Kemudian,aku mula panas baran dengan mak aku.Aku pukul dia,aku marah dia dan aku tolak kepala dia.Aku rasa puas sangat bila aku buat macam tu",kata Alia lagi."Aku keluar dari rumah tu.Hati aku mula tenang.Melihat ibuku menangis apabila aku melangkah pergi.Dia langsung tidak menghalang aku",kata Alia lagi."Tahu kan berdosa?",tanya Adam.Alia menundukkan kepalanya."Berdosa besar tau buat orang tua kau menangis.Hidup kau tak berkat",kata Adam lagi.Aishah hanya berdiam diri.Tidak mahu mencelah."Aku bukan nak menghalau kau,tapi baik kau balik.Tak kesian ke dekat mak kau yang menunggu kau di rumah?",tanya Adam.Alia mengetap bibirnya.Tangannya digengam dengan kuatnya."Kau tak kesian ke dengan mak kau Alia?Menunggu kau menelefonnya?Nama kau sentiasa ada dalam doanya.Sayangnya tidak pernah berubah.Kau sedar tak,Alia?Dia yang membawa engkau ke sana sini.Dia yang selalu ada bila kau menangis.Dia menahan malu jika kau malukan dia.Dia sayangkan kau Alia.Alia,tolonglah sedar",kata Adam.Air mata Alia mengalir di pipinya sendiri.Alia memejamkan matanya dengan kuat lalu menutup mulutnya.
"Aku tak sedia lagi nak berjumpa dia",kata Alia dengan nada yang serak."Aku nak masa dia jumpa aku tu,aku dah berubah",kata Alia lagi.Adam menganggukkan kepalanya."Kau nak melawat ibu kau?",tanya Adam.Alia lantas mendonggakkan kepalanya.Alia membisu.Memang itu hasratnya.Alia menganggukkan kepalanya."Tapi,aku nak tengok dari jauh.Kau tolonglah tanya khabar dia",kata Alia lagi.Aishah tersenyum lalu melemparkan senyuman kepada Adam.Adam bersetuju dengan permintaannya."Nanti pukul 9 pagi kita pergi",kata Adam.
Pintu bilik Adam diketuk bertalu-talu.Adam bingkas bangun lalu membuka pintu."Mari makan",kata Puan Sharifah."Baik bu",kata Adam."Makan eh?",tanya Aishah.Adam menganggukkan kepalanya."Mari makan kak Alia",kata Aishah lalu menarik lengan Alia.Mereka bertiga bergegas ke ruang tamu untuk bersarapan."Duduklah",kata Puan Sharifah lalu meletakkan pinggan."mmm.Sedapnya isteri abang masak.Lempeng",Encik Soleh memuji Puan Sharifah.Tersenyum Adam dibuatnya."Ayah puji mak kamu,bukan kamulah Adam",kata Encik Soleh."Abang perasan",kata Aishah.Alia juga turut tersenyum."Makanlah",kata Puan Sharifah kepada Alia.Alia menganggukkan kepalanya dengan perlahan."Siapa nama kamu?",tanya Encik Soleh."Alia Atikah",jawab Alia sambil menghirup air milo."Berapa umur kamu Alia?",tanya Puan Sharifah."19 tahun",jawab Alia."Ibu,ayah.Apa kata kita makan dulu?",tegur Adam."Eh,kamu ni',kata Encik Soleh.Tersengih Aishah dibuatnya.Alia juga turut tersenyum.Indahnya keluarga ni.
*****
"Kak,mari kita tengok tv",Aishah mengajak Alia lalu Alia menganggukkan kepalanya."Eh,Adam,kamu nak ke mana?Duduk sini",kata Encik Soleh."Nak basuh tanganlah",kata Adam lalu membasuh tangannya."Awak kenal ke Alia tu?",tanya Puan Sharifah."Tak",jawab Adam."Kenapa bawa dia ke sini?",tanya Adam."Sebab masa tu,kawan Adam tarik Adam pergi ke club.Adam tak minum pun minuman di sana.Apabila Adam nak keluar,kawan Adam ugut untuk bunuh.Adam pun diam.Adam tengok Alia.Perhatikan saja.Dia langsung tidak layan lelaki.Kebetulan pula,hati Adam rasa tak saedap hati jadi Adam panggil dia untuk lari sekali.Memang rasa terselamat.Kemudian,Adam tanya dia rumah dekat mana?Dia kata di rumah kawannya tapi dia lupa jalannya.Dia ada keluarga cuma dia tak sedia lagi nak berjumpa",jelas Adam panjang lebar."Keluarga dia kenapa?'',tanya Encik Soleh."Ibu dengan ayah jangan benci dia pula",kata Adam."Tidaklah",kata Encik Soleh."Dia tinggal dengan ibu dia.Dia pukul,tengking dan marah dengan ibu dia.Sejak kematian ayahnya,dia terus berubah.Jadi,Adam nak ibu ayah tolong dia",kata Adam.Puan Sharifah terkedu mendengar kata-kata Adam lalu menganggukkan kepalanya."Pukul 9 nanti,kitaorang nak jumpa ibu Alia tapi Alia nak tengok ibu dia dari jauh saja",kata Adam."Kenapa tak nak jumpa?",tanya Puan Sharifah."Dia nak,bila dia jumpa mak dia.Dia sudah berubah pada masa itu",jelas Adam.
3 comments:
Bestlah akak. Bila nak smbung? Dah x sabar nak tahu kisah selanjutnya ni . ^_^ hehe
@Miss IyLiaalhamdulillah, ada juga yang baca cerita saya, In Syaa Allah. Saya akan updated :)
@nur aida Tq akak! :)
Post a Comment