Hari ni,miss buat cerpen. Cer komen :D
Cinta tidak memandang paras rupanya tetapi memandang hati dan akhlaknya
Syahira yang tersipu malu membaca surat tersebut, terus tersengih seorang diri. Nota yang terlekat pada halaman pertama, ditarik perlahan. Ada beberapa mata yang menyinggah ke arahnya tetapi langsung tidak diendahkan. Apa dia kisah? Dia tidak berpakaian seksi. Jadi, tak perlu rasanya nak sibuk hal orang. Omelnya dalam hati.Assalamualaikum orang di sana. Siapakah anda?
Syahira mengoyakkan kertas yang berwarna merah jambu. Sememangnya, warna merah jambu tetap menjadi pilihannya. Walaupun, warna tersebut begitu lembut. Dia tetap memilih warna itu. Dari kecil hinggalah masuk ke universiti. Warna merah jambu tetap menjadi tempat pertama.
"Perlu ke aku balas?"bisiknya dalam hati. Kertas nota yang tertampal pada buku sastera, kelihatan masih baru lagi. "Balas sajalah."
Waalaikummusalam. Saya manusia yang bernama Syahira. Setakat ini, saya belum jadi alien.Syahira menyelitkan nota tersebut pada muka surat yang diisi dengan isi kandungan. Segulum senyuman dilemparkan pada kertas tersebut.
"Hai cik Syahira. Senyum sorang-sorang nampak." sakat Najiha sambil menepuk bahu Syahira.
Syahira tersentak lalu cepat-cepat dia menutup buku tersebut. "Senyumkan sedekah. Buku ni pun, nak tengok aku tersenyum manis."
Najiha tersengih seorang diri sambil menggeleng. "Manis sangat ke senyuman kau?"
"Manis macam gula tau."kata Syahira sambil mengenyit mata ke arah Najiha.
"Haih,jomlah balik. Penat aku tengok kau dekat perpustakaan ni sorang-sorang."rungut Najiha. Syahira tertawa kecil. "Siapa suruh kau tengok aku,hah?"
Najiha menjeling tajam ke arah Syahira lalu menarik tangan Syahira untuk beredar dari perpustakaan. Makin lama mereka bercakap, makin melalutlah topik diaorang. Confirm tidur dekat perpustakaan.
*****
Keesokkan harinya, Syahira mengambil buku yang sama. Tak sabar-sabar rasanya, menunggu jawapan "si unknown" ni. Maklumlah, selama ini dia tidak pernah terjumpa mana-mana nota di mana-mana buku. Inilah kali pertama Syahira jumpa nota kecil. Lagi-lagi yang berwarna merah jambu yang dihiasi dengan bunga.
Syahira memandang ke arah kanannya dan kirinya. Diperhatikan pula di belakang rak. Okay cun. Clear. Kata hati kecil Syahira.
Sedapnya nama awak. Nama saya Fattah. Ada juga orang yang baca buku ni. Maklumlah,buku sastera ni,tak ramai orang baca. Alien macam awak pun, belum tentu baca.
Syahira tersengih seorang diri. Walaupun ayat Fattah seperti memerli dirinya, dia tetap berasa gembira. Mana dia tahu, yang aku tak baca buku ni? Soal hati kecilnya. Entah kenapa hati Syahira terdetik, untuk membaca buku sastera. "Oh lupa. Presentation aku." ujarnya dengan perlahan.
Syahira mencapai pen yang berada di dalam poket kurungnya lalu membalas nota tersebut.
Amboi,memerli nampak. Oh,tak sangka awak ni lelaki. Saya ingatkan awak perempuan.
Syahira meletakkan semula buku itu ke tempat asal lalu beredar dari ke perpustakaan. Dia berharap, agar dia dapat bertemu dengan Fattah suatu hari nanti tetapi, bila difikirkan semula dengan rupa dia. Dia mula berasa resah gelisah. Pakaian seperti orang kampung. Ada ke yang bakal sukakan dia? Dia tidak tahu.
******
Hari demi hari, nota demi nota beralih. Syahira semakin tertarik untuk mengetahui dengan lelaki itu. Bagaimanakah rupanya? Adakah akhlaknya baik? Ah, kalau nak dibandingkan dengan akhlak aku. Belum tentu lagi, akhlak aku ni baik. Keluhnya dalam hati.
Pada suatu hari, Syahira mencapai buku sastera itu lagi lalu membelek mencari nota yang berwarna merah jambu. Kali ini, nota tersebut ditukarkan dengan warna biru. Nota itu berbunyi.
Awak, lepas ni, saya tak akan balas dah nota-nota awak sebab lepas ni, saya nak berkhidmat untuk negara. Suatu hari nanti, saya pasti akan melamar awak. Nanti awak pegang bunga ros berwarna merah tau,Ira.Jaga diri baik-baik.Tunggu saya di stesen kereta api. Dekat-dekat dengan Popular Mall.Tunggu saya 3 tahun lagi.
Itulah nota terakhir yang ditulis oleh Fattah. Hati Syahira semakin sayu tika membaca nota tersebut. Keluhan berat dilepaskan ke udara. Benarkah dia akan mengahwiniku ? Syahira menggarukan kepalanya lalu nota tersebut dilipat dengan kemas. Lalu diletakkan di dalam buku dairinya.
*****
3 tahun kemudian....
Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh Fattah. Matanya mencari-cari seorang gadis yang memegang sekuntum bunga ros yang berwarna merah. Matanya tertumpu pada si gadis yang berkerusi roda. Wajah yang ayu ditatap lama lalu mengaturkan langkahnya untuk mendekati gadis itu.
"Syahira. Fattah nak tunaikan janji Fattah.Saya akan khawini awak."kata Fattah kepada si gadis yang berkerusi roda.
Gadis tersebut tersipu malu. Mukanya merah. Tawanya didengari oleh Fattah. "Kenapa awak ketawa?"tanya Fattah dengan hairan.
Gadis tersebut tersenyum manis. "Nama saya bukan Syahira. Syahira yang awak cari ada di restoran eksklusif. Dia cantik sangat. Bertudung labuh dan senyumannya sungguh manis."Ujar gadis itu sambil menghulurkan sekuntum bunga ros yang berwarna merah.
Muka Fattah sedikit kemerahan lalu tersengih seorang diri. Kepalanya ditundukkan. "Dia ada pegang sekuntum bunga ros merah juga." sambung gadis itu. Fattah melemparkan senyuman manis kepada gadis. Lalu mengaturkan langkahnya ke restoran terbut.
Matanya melilau mencari gadis yang memegang sekuntum bunga ros. Dia dapat melihat gadis bertudung labuh yang berwarna hitam. Bunga ros berwarna merah pula berada di atas meja. Perlahan-lahan dia mendekati gadis tersebut.
"Assalamualaikum,Syahira."sapa Fattah dengan lembut.
"Waalaikummusalam."jawab Syahira. Kepalanya tertunduk. Dia hanya dapat memandang wajah Fattah sekilas lalu.
"Syahira,kan?"tanya Fattah.
Perlahan Syahira mengangguk lalu sekotak kecil yang berwarna merah diletakkan di atas meja. Perlahan-lahan, Fattah membuka kotak tersebut. "Saya Muhammad Nur Fattah Bin Khairil ingin menunaikan janji saya, untuk melamar si gadis yang bernama Syahira."
Segulum senyuman di bibir Fattah jelas kelihatan. Syahira berasa sungguh terkejut. Yang lagi mengejutkan Syahira, keluarga Fattah turut hadir di situ.Muka Syahira bertukar menjadi merah padam.Bahunya diusap lembut oleh ibu Fattah.
"Setuju tak?"tanya ayah Fattah.
Syahira menundukkan kepalanya. "Saya tak ada paras rupa yang cantik."
Fattah terdiam seketika. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. "Awak, kalau awak tak ada paras rupa yang cantik. Tak adanya, saya datang sini cari awak."
Syahira terkedu.Adakah Fattah mencari dirinya hanya kerana rupa? "Apa maksud awak?"tanya Syahira dengan perlahan.
"Awak bagi ros merah dekat perempuan berkerusi rodakan? Saya lamar dia tau tadi. Lepas tu,dia kata, dia bukan Syahira. Malu tau saya masa tu. Mana nak letak muka saya ni? Dia beritahu saya yang awak ada dekat sini. Sebab tu, saya datang sini untuk melamar awak." Jelas Fattah dengan nada yang perlahan.
Syahira tertawa kecil lalu kepalanya diangguk. "Saya terima awak. Tapi...Rupa saya..."
"Syahira. Walaupun awak tak ada paras rupa yang cantik, tapi saya yakin. Awak mempunyai akhlak yang baik. Allah sudah pertemukan kita."kata Fattah sambil tersenyum.
Hati Syahira berbunga-bunga. Mahu saja dia menjerit sekuat hati. Alhamdulillah, lelaki yang berada di hadapannya tidak memilih paras rupa. Terima kasih Allah, sebab jodohkanku dengan lelaki yang baik. Air mata Syahira menitis sebagai tanda kegembiraan.
Keluarga Fattah tersenyum gembira..
-TAMAT-
4 comments:
jap. lap air mata . sobs sobs . Serious best !!
Uihhh. Hayati ke cik adik ? :D hikhik
Best sangat :)
Fattah buat lwak lah !! Jap,means .. prempuan yg brkerusi roda tu kwan syahira eh ?
*ptutnya, jmpa trus wali syahira .. :) kan .. cite best !!
Post a Comment