Puisi : Rindu ke tak?
Kadang aku rindu kau
Tapi aku diam.
Kadang aku fikirkan kau.
Tapi aku cuba buang kau.
Kadang aku pejam mata
Memori bersama kau
Datang kembali.
Aku memandang langit
Sambil melemparkan senyuman
Entah senyuman manis
Entah senyuman palsu
Aku tak tahu.
Rindu
Rindukah aku kepada kau?
Atau
Rindukah aku pada kenangan?
Kadang,
Aku tak mahu berfikir tentang kau
Tetapi
Memori bersama kau
Tetap juga datang kembali.
No comments:
Post a Comment