Chat here,darling.

Tuesday, January 28, 2014

Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku


Firman Allah : “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31). Ayat ini khas untuk wanita
Pendapat miss fairytale tentang hijab kepada wanita.
Actually, semua orang tahu kan menutup aurat itu wajib. Kenapa ? Setelah kita akil baligh, kita perlu menutup aurat dengan sempurna.  Kenapa? Sebab memang itu perintah Allah. Kalau kita biarkan aurat kita terdedah sana sini, kauorang sendiri tahu apa yang bakal terjadi? Dan senang-senang aje kauorang dapat dosa.

Contoh :
"Eh,kampung gila kau pakai tudung?"
"Wei, fashion tu dah ketinggalan zamanlah!"
"Daripada kau pakai tudung, baik kau free hair,doh!"
"Buruk gila muka kau,bila pakai tudung."

Miss yakin, mesti ada orang cakap macam tu kan? Abaikan diaorang. Usah dilawan. Buat tak tahu aje atau nak tegur, biarlah gunakan 'bahasa yang baik'. Tak payah nak fikir sangat pandangan orang dekat diri kita. Sebaliknya,fikirkan pandangan Allah terhadap diri kita.

Cuba bayangkan, kalau kita di kelab malam atau pesta tarian. Masa tu pula kita tak tutup aurat. Pakaian seolah-olah 'telanjang' also known as sexy. Tiba-tiba ada bom pula dekat kelab malam tu. Kemudian,bom kedebaboooom! Macam mana nanti kalau orang nak mengecam mayat kita. Sebab pemakaian kita masa tu, sama aje macam orang bukan islam.

Untuk pengetahuan kauorang, pemakaian hijab yang sempurna dapat menyelamatkan diri daripada jatuh ke lembah maksiat. Selain itu, maruah atau harga diri kauorang dipandang tinggi kerana menutup aurat dengan sempurna. Hah,bila dah tutup aurat tu, tolong jaga ikhtilat. Biarlah perhiasan diri kita, disimpan rapi untuk bakal zauj. :)

Mudah-mudahan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk, datang dari salah saya sendiri. :)

Hadiah yang saya nak. Er....
1. Tudung bawal.
2. Novel single unavailable.
3. Shawl.

4 comments:

cherry said...

goodluck! hehe in sya allah kita menang :D

Nurina Izzati said...

Terima kasih kerana menyokong. Semoga berjaya. ^^

Miya Amira said...

salam...
singgah dr segmen yang sama...

http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2014/01/giveaway-world-hijab-day-by-cahaya.html

Iola said...

goodluck =)