BAB 1
Malam yang dingin disertai dengan bumi yang dibahasi hujan masih tidak dapat membuatkan Alia melelapkan mata walaupun sebenarnya dia berasa sangat letih.Hatinya gusar memikirkan kejadian yang berlaku pada siang hari.Masih lagi terbayang,dengan sikap Alia yang keterlaluan.Alia menarik selimutnya."Makin aku fikir pasal perempuan tu,makin tak boleh tidur pula aku",dengusnya dengan marah.Pada malam itu,Alia menumpang rumah kawannya,Nur Izati atau dikenali sebagai Zetty.Alia bingkas bangun lalu disapa oleh Zetty."Kau cari apa?",tanya Zetty."Aku nak minum air",kata Alia lalu tangannya di tarik oleh Zetty."Kau pergi bersiap",kata Zetty."Nak pergi mana?",tanya Alia."Kita pergi enjoy sayang",jawab Zetty.Alia melihat pemakaian Zetty dari atas sampai ke bawah."Seksi betul kau",kata Alia."Aku tahu.Pergi siap cepat.Kita pergi clubbing",kata Zetty."Aku tak ada baju macam tu",kata Alia.Zetty mengeluh perlahan."Kau tak ada baju macam ni?Jangan risau.Kau pinjam baju aku dulu",kata Zetty.Alia mengganggukkan kepalanya."Ops,biar aku yang ambilkan.Ikut aku",kata Zetty.
Alia mengganggukkan kepalanya lalu mengekori Zetty.Alia melabuhkan punggungnya di katil Zetty sementara itu,Zetty membelek bajunya untuk diberi kepada Alia."Aku rasa ini sesuai untuk kau",kata Zetty lalu menghulur baju tersebut."Wow,aku cuba dulu",kata Alia lalu bergegas ke bilik air.Zetty tersenyum melihat Alia yang sudah berubah."Bagus juga kau Alia",bisik hati Zetty.Alia keluar dari bilik air lalu mata Zetty terbeliak."Wow,cantiknya kau",kata Zetty.Pakaian yang dipakai oleh Alia adalah gaun yang singkat berserta seluar pendek di atas peha dan betul-betul mengikut badan Alia."Tapi aku malulah'',kata Alia.Zetty mencubit pipi Alia."Sayang,kita pergi nak enjoy je",kata Zetty lalu menarik lengan Alia."Jap, aku nak sikat rambut aku",kata Alia."Oh,kau kena make up.Mari sini aku make up",kata Zetty lalu mengambil peralatan soleknya."Enjoy pun kena make up?",tanya Alia."Mestilah.Baru ada yang minat",jawab Zetty.Zetty mengambil pensel eye-liner lalu ditarik garis pada garis kelopak mata Alia dari bahagian dalam ke hujung bahagian luar mata."Pandai juga kau make up",kata Alia.Zetty tersenyum.
Zetty mengambil blusher lalu disapukan blush on secara memutar di bahagian tengah pipi Alia,kemudian ke arah atas menuju bahagian pelipis mata.Zetty mengikat rambut Alia seperti ribbon.Alia tertawa kerana sebelum ini tidak pernah rambutnya diikat ribbon."Dah siap",kata Zetty.Alia melihat dirinya di cermin.Terkejut Alia apabila melihat dirinya di cermin."Cantiknya kau solekkan aku",kata Alia lalu memegang pipinya."Jom,sekarang kita enjoy",kata Zetty.Alia tersenyum gembira."Tapi naik dengan siapa?",tanya Alia."Kereta akulah",jawab Zetty lalu memulakan ejin keretanya."Tak sangka kawan aku ni kaya juga",kata Alia."Kau pun boleh kaya juga",kata Zetty."Macam mana?",tanya Alia."Nanti kau tahulah",jawab Zetty.
****
Puan Lisa memerhatikan pintu rumahnya."Bila Alia nak balik?'',tanya Puan Lisa seorang diri.Puan Lisa berasa kesal dengan tingkah laku Alia tetapi rasa sayang terhadap anaknya tidak pernah terkurang malah makin bertambah.Hari semakin gelap.Puan Lisa membuka pintu rumahnya,kelihatan tiada siapa pun di luar rumah tersebut.Hanya Puan Lisa dan pembantu rumahnya,Aini saja yang tinggal di rumah tersebut.Aini tidak mempunyai tempat untuk bergantung kerana keluarganya dan suaminya ditimpa kemalangan.Hanya Aini saja yang terselamat lalu Puan Lisa mengambil keputusan untuk mengambil Aini sebagai pembantu rumah. "Puan nak makan?",tanya Aini."Tidak.Aini rehat sajalah.Saya sedang tunggu anak saya balik",kata Puan Lisa.Sayu rasanya hati Aini.Tega juga Alia berbuat sedemikian tetapi sayang Puan Lisa terhadap anaknya tidak pernah berubah.
"Puan,nanti dia baliklah tu",pujuk Aini."Aini..Nasib baiklah awak ada di sini.Kalau tidak,saya mungkin dah jadi gila",kata Puan Lisa sambil menangis teresak-esak.Aini memeluk Puan Lisa.Umur Puan Lisa dan Aini sebenarnya sama.Umur mereka 40 tahun"Tidak mengapa,puan.Mungkin Allah ada memberi sebab kenapa dan mengapa saya di sini",kata Aini."Allah mahu Aini menemankan saya atas izin-Nya',kata Puan Lisa lalu kepalanya diusap oleh Aini."Pulanglah,Alia",kata Puan Lisa.
****
"Zetty,tempat apa ni?",tanya Alia."Inilah club namanya",jawab Zetty setelah keretanya berhenti."Jom",kata Zetty lalu melangkah keluar dari kereta begitu juga Alia.Ramai lelaki di luar club memandang Alia dan Zetty."Zetty sayang",sapa seorang lelaki lalu pinggangnya dipeluk oleh lelaki tersebut.Langkah Alia terhenti apabila seorang lelaki memanggil nama Zetty."Aril sayang",kata Zetty lalu mencubit pipi Aril.Alia menundukkan kepalanya.Ketakutan mula menyerangnya."You bawa siapa tu sayang?",tanya Aril lalu pipinya di dekatkan di pipi Zetty."Oh kenalkan,ini Alia",kata Zetty lalu menarik tangan Alia."Oh,saya Aril",kata Aril lalu menghulurkan tangannya.Alia tersenyun lalu berjabat tangan dengan Aril."Mari masuk",kata Zetty.Alia mengganggukkan kepalanya."Alia tu first time masuk sini ke?',tanya Aril."Ye sayang",kata Zetty sambil tersenyum.
Aril memanggil kawannya iaitu Arif."You buat apa panggil dia?',tanya Zetty."Layan kawan you lah.I nak you layan I malam ni',kata Aril lalu mengucup pipi Zetty.Alia memandang di sekeliling tempat.Lagu yang dipasang semakin kuat dan semakin rancak.Ramai orang menari dengan pasangan masing-masing.Alia mencari Zetty tetapi bayangannya semakin hilang."Aku nak kau layan budak baru",kata Aril sambil memuncungkan bibirnya.Arif memandang ke arah Alia tanpa disedarinya.Arif mengganggukkan kepalanya.Alia melabuhkan punggungnya di sofa.Kelihatan tiada siapa yang mengacau Alia."Sayang",sapa Arif.Alia bingkas bangun."Op..Op...Jangan risau.Saya nak duduk dengan awak saja",kata Arif lalu melabuhkan punggungnya di sofa lau menarik tangan Alia."Mari minum",kata Arif."Tak apa,saya dah kenyang",kata Alia.Dia langsung tidak biasa dengan tempat yang bising ni."Aku nak lari",bisik hati Alia.
Arif memandang Alia lalu meramas tangan Alia."You nak tak jadi kekasih I?',tanya Arif.Alia terdiam."Sayang,you dengar tak?",tanya Arif lalu membelai rambut Alia."Tak mahu',kata Alia lalu menjauhkan dirinya daripada Arif.Arif mendekati Alia."You ni siapa,ha?",tanya Alia."Oh,I lupa nak kenal kan diri I.Nama I Arif,dan nama you Alia.Zetty yang suruh I layan you",kata Arif sambil memegang tangan Alia."Lepaskanlah",kata Alia lalu bingkas bangun tapi caranya gagal apabila tangannya di tarik oleh Arif.Terduduk Alia di atas riba Arif lalu bingkas bangun."Sayang,jangan macam ni",rayu Arif."Kita berseronok malam ni je",kata Arif lagi tetapi tangannya masih kemas berada di pinggang Alia.Alia kaku dalam pelukan Arif."Enough",tegas Alia lalu bingkas bangun."Jadi,you tak nak layan I malam ni?",tanya Arif.Alia membisu tiba-tiba ada suara perempuan yang tergedik-gedik memanggil Arif."Arif sayang",sapa seorang gadis.Gadis tersebut kelihatan muda dan mukanya seperti orang cina."Ye,Mei",kata Arif."I bosan you tak layan I.You layan perempuan tu buat apa?",tanya Mei."Dia pun tak nak layan I.Jom kita menari",kata Arif lalu mereka berdua beredar.
Alia dalam ketakutan di dalam club tersebut."Wey",sapa seorang lelaki.Alia memandang lelaki tersebut."J....Jangan G...ganggu aku",kata Alia dengan tergagap-gagap."Kau ikut aku kejap",kata lelaki tersebut.Alia mengeraskan dirinya supaya dirinya tidak bergerak."Aku kata ikut,ikutlah'',kata lelaki tersebut.Alia akur dengan arahan lalu mengikuti lelaki yang tidak dikenalinya.Selepas mereka keluar dan terus melarikan diri.Bunyi kereta polis semakin kedengaran.Orang ramai yang berada di club semakin kelam-kabut.Zetty mencari Alia tetapi tidak jumpa.Hatinya semakin gusar."Aku tak patut bawa dia",bisik hati Zetty."Sayang,you nampak Alia?'',tanya Zetty.Aril menggelengkan kepalanya lalu menggangkat Zetty keluar dari tempat tersebut untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Lega hati Alia apabila dirinya terselamat daripada polis."Aku usha kau dari tadi dekat club",kata lelaki tersebut tanpa menoleh Alia..Alia mula berasa hairan."Kau tak pernah pergi club kan?'',tanya lelaki tersebut.Alia lantas menggelengkan kepalanya."Kenapa kau jejak kaki kau di club?'',tanya lelaki tersebut."Aku nak keseronokkan",jawab Alia."Keseronokkan bukan di situ",kata lelaki itu."Kau siapa?",tanya Alia."Nama aku Adam",kata Adam."Aku Alia",kata Alia."Terima kasih selamatkan aku",kata Alia lagi."Tak perlu terima kasih.Kebetulan saja.Aku masuk club tu bukan dengan kerelaan hati aku",kata Adam."Habis tu?",tanya Alia."Ada orang tarik aku masuk.Kali pertama juga aku tengok tempat macam tu.Berjoget sana-sini macam monyet",kata Adam.Alia tersengih."Kau dengan aku sama saja.Kena paksa masuk untuk keseronokkan",kata Adam.Alia tersenyum."Kau duduk dekat mana?Nanti aku hantarkan kau balik",tanya Adam."Aku tumpang rumah kawan",jawab Alia."Siapa kawan kau?',tanya Adam."Zetty",kata Alia.
"Oh,aku tidak kenal.Sementara tu,kau duduklah rumah aku",kata Adam."Tapi...Aku perempuan",kata Alia.'Baru rasa malu ke?",tanya Adam.Alia terdiam membisu."Jangan risau,keluarga aku ada",kata Adam lalu memegang tangan Alia."You're like my brother",kata Alia."Abang kau?",tanya Adam.Alia mengganggukkan kepala."Jadi,kau masih ada keluarga?",tanya Adam.Alia mengganggukkan kepalanya."Aku hantar kau balik rumah",kata Adam."Jangan,jangan",rayu Alia."Kenapa?",tanya Adam."Kau bawalah aku balik ke rumah kau.Nanti aku cerita",jawab Alia.Adam mengganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.
- Macam mana? Okay tak cerita ni? Baru permulaan. Sila komen-
3 comments:
Best :)
@Karimah ZulkafaliThanks bagi respon dear :)
ish ish ish .. Astagfirullah
Post a Comment