Selamat petang semua. Sebenarnya, cerita ini diambil daripada kawan-kawan saya.Semoga bermanfaat pada semua orang.Mari saya mula bercerita. Begini ceritanya.
Ada seorang pelajar lelaki. Dia merupakan ketua pengawas sekolah berasrama. Dia bukan sahaja pandai malah alim serta berdisiplin. Dia sangat dihormati oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Pada suatu hari, dia telah membantu seorang pelajar perempuan yang kesusahan pada waktu itu. Muncullah rasa simpati pada diri si ketua pengawas sekolah itu lalu membantu pelajar perempuan itu. Pelajar perempuan tu tadi, rasa amat berterima kasih dan terhutang budi kepada lelaki tersebut.
Keesokan harinya, perempuan itu menghantar sepucuk surat bersertakan dengan coklat. Perempuan itu meletakkannya di bawah meja lelaki tersebut. Surat itu berbunyi begini....
Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana membantu saya. Terimalah pemberian coklat ini. Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca, harap balas.Si lelaki itu pun terbelenggu. Dia berasa keliru (confused gitu) . Separuh hatinya suruh balas, separuh hatinya tadi kata jangan balas. Berbelah hatinya, nak balas ke tak, nak balas ke tak. Sepanjang malam, itu sahaja yang bermain dibuah fikirannya.
Akhirnya, lelaki itu mengambil keputusan untuk membalas surat tersebut.
'Hanya sekali balas sahaja!' dia bisik pada dirinya.Adakah kemudian hari, dia tidak akan balas surat perempuan itu? Adakah dia membiarkan saja surat itu? Teruskan membaca.
Memang dah jadi fitrah, hati perempuan memang lembut. Hatinya berasa sangat gembira dan berbunga-bunga. Perempuan mana yang tidak suka, jika ada lelaki yang membalas suratnya.Dia berasa dirinya diberi perhatian kerana lelaki tersebut membalas suratnya. Kiranya, si ketua pengawas tadi tu, caring lah.
Perempuan itu membalas surat lelaki tersebut bersertakan pelbagai soalan dan jenaka. Dengan berfikiran yakin bajawa dia masih dijalan yang benar. Lelaki itu pun membalas surat tetapi, hanya sekadar untuk menjawab persoalan perempuan tersebut.
Hari demi hari, surat demi surat selih berganti. Lelaki tersebut semakin leka dibuai dengan bisikan syaitan. Namun begitu.... Pada suatu hari, sahabat lelaki tersebut terjumpa surat-urat yang dihantar perempuan tersebut. (Maklumlah, sekolah berasrama)
Allah! Dia sungguh terkejut dan tidak sangka, lelaki tersebut (Ketua pengawas) menasihati rakan-rakannya namun dia juga turut melakukannya. Dia berasa sungguh bersedih.
Keesokan harinya, lelaki tersebut (ketua pengawas) diseru ke bilik guru. Sahabatnya tadi, mengekori dari belakangnya. Dia mendengar segala teguran,nasihat serta diberi amaran oleh guru-gurunya.
Pelajaran si ketua pengawas ini semakin hari semakin merosot.Tanggungjawabnya, turut terabai. Ramai yang berasa hairan dengan perubahan lelaki tersebut. Si sahabatnya mengambil keputusan untuk menegurnya.
'Aku mahu jadi sahabat sejati bukan sahabat yang sekadar menjaga hati' bisik hati si sahabat tadi.Si sahabatnya menegur lelaki tersebut. Tegurannya berbunyi begini :
Awak ni. Dulu, awak tegur saya supaya jangan terjebak dalam ZINA. lagi-lagi zina hati. Awak sedar tak apa yang awak tengah lakukan ni. Walaupun awak hanya sekadar bertanya khabar,mengingatkan solat dan sebagainya. Namun inilah yang dinamakan zina hati. Awak ni contoh murid kepada saya dan juga pelajar-pelajar lain. Semua orang pandang tinggi pada awak. Inikah contoh yang patut kami ikut? Inikah contoh yang awak beri?
Lelaki tersebut terdiam seketika. Ego lelaki itu akhirnya lebur. Pada awalnya,dia hanya ingin berdakwah dan menolong perempuan itu. Akan tetapi, dia sedar bahawa dia sudah berada dijalan yang salah. Alhamdulillah, Allah mengurnya melalui sahabatnya itu.
Pada keesokkan harinya, surat balasan perempuan itu sampai seperti biasa. Hah, adakah lelaki itu membalas surat perempuan itu? Tidak.
Lelaki tersebut berkeras hati dan bertegas untuk tidak membalas surat tersebut. Dia mengambil keputusan untuk mengabaikan surat perempuan itu. Kenapa ye agak-agaknya?
Kerana, satu balasan dirinya hampir hanyut ke lembah kehinaan.
Tamat. Cerita ini daripada kawan-kawan saya :> Saya hanya mengubah sedikit jalan ceritanya. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment