Chat here,darling.

Saturday, January 11, 2014

Puisi : Menangis

Tika bersedih
Air mata berlinang di bibir mata.
Perlahan-lahan air mata mengalir di pipi.

Saat air mata jatuh di pipi.
Aku biarkan air mata itu
Turun dengan lajunya.

Walaupun terasa hangat di pipi.
Aku biarkan ia mengalir.
Mengalir sepuas-puasnya.

Bibirku diketap kuat.
Tanganku menutup mulutku.
Tidak mahu suara tangisanku
Didengari orang lain.

Bila bersedih
Dan air mata mengalir.
Aku berdoa
Aku bersyukur.
Kerana menambahkan kekhusyukan taubatku.

Dan saat itulah
Aku mengadu semuanya.
Semua yang aku rasai.

Walaupun Dia sudah tahu.
Aku tetap akan mengadu.
Kerana aku lemah
Lemah tanpa Dia di sisiku.


1 comment:

Encik Ket said...

bg insan2 yg memiliki jiwa sensitif seperti kita, bukan bererti kita lemah, tapi bererti jiwa kita ini istimewa daripada orang lain. sebab kita mudah memahami dan peka dengan setiap hal yg berlaku dalam hidup ini. I think, You menyedari kan? :)