Chat here,darling.

Monday, January 20, 2014

Cerpen : My Hubby My Teacher


First chapter
Next Chapter

"Adel, cepat sikit siap tu,"kata Puan Amani sambil menghirup air teh.

  Suasana di rumah mereka, sungguh sunyi. Hanya bunyi kipas dan angin yang meniup-niup pada daun pokok. Jiran kiri dan kanan pula balik ke kampung. Nasib baiklah jiran di hadapan rumah mereka tidak pergi ke mana-mana hari ini.

  "I'm done. Let's go. Don't waste my time. I want to know about him quickly," kata Adel.

Tangannya mencapai tas tangan. Dia menyelukkan tangannya ke dalam tas tangan sambil meraba-raba mencari telefon bimbitnya. Memang susah hidupnya jika telefon bimbitnya tidak bersamanya. Terlalu obses sangat dengan gadget.

  "Semua ada?"tanya Encik Raziq.

Adelia mengangguk . "Jom pergi."

*****

Kereta yang dipandu oleh Encik Raziq, sudah pun sampai di destinasi. Mata Adelia langsung tidak berkerdip. Besarnya rumah dia. Bisik hati Adelia. "Apa tunggu lagi? Keluarlah."


  Mereka bertiga melangkah keluar dari kereta lalu mengaturkan langkah mereka ke rumah tersebut. Melilau mata Adelia memandang suasana rumah itu. Penuh dengan kehijauan.Langkahnya terhenti seketika. Bunga ros merah yang berada di hadapan rumah ditatap lama.

  "Cantiknya."ujar Adelia dengan perlahan.

"Awak nak bunga ros tu ke?"tanya seorang lelaki yang berada di sampingnya.

Adelia terus memaling ke arah lelaki tersebut. "Cikgu Mikhail?!"

  Mikhail melemparkan senyumannya sambil mengangguk-angguk. Dia langsung tidak sangka, reaksi muka Adelia sungguh terkejut. "Awak ada nampak cikgu-cikgi lain ke?"

Adelia terus menjeling tajam ke arah Mikhail. "Saya kena kahwin dengan orang yang berada di hadapan saya ke?"tanya Adelia dengan selamba.

  "Ha'ah. Sayalah bakal suami awak."jawab Mikhail.Tangannya menyeluk ke  poket seluar sambil berjalan menuju ke rumahnya. Dibiarkan saja Adelia di luar rumah keseorangan.

Hampir terkeluar biji mata Adelia sebaik saja mendengar kata-kata Mikhail."No way. This is nightmare. You should wake up,Adel. This is a dream."

  Adel menampar kedua-dua pipinya. Dicubit pula pipinya dengan kuat. Dia terpaksa menahan kesakitan. "Ini bukan mimpi!"

*****

"Amboi, cantiknya Adel berbaju kurung," kata Datin Aminah sambil menepuk manja di bahu Adelia.

"Patutlah , Mikhail sukakan kamu. Cantik rupanya," celah Dato Ramzi.

Mata Adelia melirik pantas ke arah Mikhail yang asyik menonton televisyen. Mahu saja dia membunuh Mikhail. Ops, cikgu Mikhail. 'Kenapalah aku kena kahwin dengan cikgu sendiri! Meremang buku roma aku.' Rungut Adelia dalam hati.

Kahwin dengan Cikgu Mikhail ? Gila ke apa!? Aku tak bersedia lagi nak ada suami ni. Aku takut kalau aku layan dia macam kawan sendiri. Mana tidaknya, masa dia mengajar aku main piano pun, aku layan dia macam kawan.Omelnya dalam hati.

  "Adel,sudah pandai main piano."

Kali ini, Adelia memandang ke arah Encik Raziq. Sengihan di bibir ayahnya membuatkan hatinya tergamam. Nak suruh dia main piano ke?

  "Iya ke? Kalau macam tu, mainkanlah satu lagu untuk kami."pinta Datin Aminah.

"Um..Tak apalah aunty. Anak aunty boleh mainkan untuk aunty,"kata Adelia.

Datin Aminah tersenyum manis lalu mencuit hidung Adelia."Aunty dah selalu sangat dengar dia main. Apa kata, kamu pula yang main."

Adelia tersenyum kelat. Apa dayanya, dia tidak mahu menghampakan kedua-dua orang tuanya. Mahu tak mahu, dia akan mainkan lagu untuk bakal keluarganya.Adelia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menuju ke arah piano.

  Adelia melabuhkan punggungnya di kerusi lalu membuka tutup piano dengan perlahan-lahan.Mikhail yang memerhatikan Adelia, terus berdiri di sampingnya."Cepat sikit. Hegeh-hegeh. Cikgu nak dengar ni."

  Adelia berdengus kuat.'Kurang asam. Aku hancurkan piano ni juga nanti kang.'bisik hatinya. Dia terus menjeling tajam ke arah Mikhail. Mukanya menghadap piano sambil memerhatikan jari-jari piano. Berkilat.Perlahan-lahan jarinya menyentuh pada mata-mata piano lalu memainkan lagu Red by Taylor Swift. 

  Dengan telinga yang peka, Mikhail mendengar tiap-tiap bunyi keluar dari piano tersebut. Bunyi piano itu sangat mempesonakan. Perasaanya hanyut terapung-apung bersama-sama dengan irama lagu.

  Adelia menekan-nekan jari-jari piano itu dengan perlahan. Matanya terpejam tika memainkan piano. Mulut Adelia turut menyanyikan lagu yang dimainkan olehnya. Tanpa disedarinya, suara Mikhail turut menyanyikan lagu bersama-sama dengannya.

"Wah, Adel dah pandai mainlah mama."kata Mikhail.

  Adelia bingkas bangun lalu menuju ke arah Puan Amani. Datin Aminah dan Dato Ramzi, tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada dirinya. Muka yang menahan malu, bertukar menjadi warna merah. Walaupun kulit Adelia tidak putih, warna merah sudahpun mewarnai wajahnya.

  "Biasa sajalah aunty."

*****
Pada malam itu, sesudah saja mereka sampai ke rumah, Adelia terus menghempaskan tubuhnya ke katil.Telefon bimbitnya menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Tangan Adelia terus menekan butang berwarna hijau pada skrin telefonnya. 

  "Sayang, we need to talk."

"Eh,kenapa Mi?"

  "Kita break up okay? Our story is end."

Adelia terus membulatkan matanya. Jantungnya bagai ditampar kuat oleh orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan."Tapi kenapa?"

  "Because, I think, you're not pretty enough. I don't like you."

"Tapi, aku sa...."

  "I tak pernah sayangkan you pun. I nak mainkan perasaan you aje. So,blah lah ye Adelia.Bye bye sayang."

Telefon bimbit yang melekat di telinganya tadi, terus jatuh ke lantai. Hatinya benar-benar hancur. Air matanya mula berlinang di bibir mata. Cepat-cepat dia menekup wajahnya dengan bantal. 

  "Tak guna punya lelaki!"

*****

So, macam mana jalan cerita dia? Ada tergantung tak? Kauorang nak cerita sambung ke tak? :) 
Komen ye ^^
I'm so so sorry, cerpen ni, panjang sikit jalan cerita dia.

4 comments:

gadis said...

nakal sangat ni. main episod2 plak. haha.

Zen said...

@gadis nakalSorry darl ;DD Hihi bawa bertendang :P

Dalila Samsudin said...

best ! tetiba teringat cikgu handsome kat sekolah bwhahaha /gatal/ sambung lah lagi ! :D

Tiasfl said...

amboi, bf die minx putus macam tu je! haha