My hubby My teacher BAB 6
FARISHA mengetap bibirnya. Masakan yang dia masak sebentar tadi telah pun mereka makan. Nampak gayanya diaorang tiada comment. Jadi maksudnya, dia berjaya masak masakan pertamanya! Dia memerhatikan air muka mereka. Seorang demi seorang. Wajah yang selamba dan ada secebis senyuman pada bibir mamanya. Matanya melirik ke arah Hakimi yang sudah menambah. Biar betul? Nak sedapkan hati dia ke?
"Isha. Sedapnya awak masak."kata Puan Badriah.
Farisha tertunduk malu lalu memandang ke arah mamanya. "Er, sedap ke mama?"soal Farisha.
Puan Hajar Izati tersenyum. "Sudah pandai ya anak mama masak. Cuma..... Kurang rasa saja."
Gadis itu tersengih. Nampak tak permainannya? Puan Badriah hanya mahu menyedapkan hatinya. Cis, tahulah dirinya tidak tahu memasak tetapi dia tetap berasa puas kerana berjaya masak tanpa bantuan mamanya.
Hakimi masih lagi menambah nasi goreng kampung. Sudah tiga pinggan dibedalnya tadi! Sedap sangat ke sampai ditambah-tambah? 'Mama kata kurang rasa, tapi kenapa dia berselera? Kebulur ke? Kalau dia ini jenis makan, memang mati kutulah aku!' omelnya dalam hati.
"Nampak gayanya, Isha dah layak jadi isteri Hakimi."kata Hakimi dengan spontan. Matanya melirik ke arah Farisha sambil melemparkan senyuman nakal.
"Cikgu!"
Mereka memandang tepat ke arah Farisha. Diam. Dunia dirasakan seperti manusia sedang tidur lena seketika. Gadis itu bermain-main dengan jarinya sambil menundukkan kepala.
"Ya cik Isha?"
"Tak ada apa-apa."
"Hah, Isha. Awak setujukan dengan pernikahan ini?"soal Encik Badrul.
Jantungnya berdegup kencang. Mukanya sudah merah padam.Farisha memandang ke arah mamanya. Tetapi mamanya hanya membuat tidak endah begitu juga dengan papanya. Ish, memang sengajalah mereka berdua ini. Dia sudahlah segan nak jawab soalan itu.
"Isha. Yes or No?"
'Yes or no. Yes or no. Yes or no? Tapi, tadikan aku dah buat perjanjian. Kalau aku tolak..... Er...' Farisha berbisik pada hatinya.
Farisha menarik nafas lalu dihembuskan nafas lega. Secebis senyuman terlekat di bibir. "My answer is yes"
Nampak gayanya, dia terpaksa belajar tentang perkahwinan. Pergi khusus lagi. Baca buku lagi. Maklumlah, nak jadi isteri mithali kena buat yang terbaik bukan? Jangan risau Farisha. You can do it! Go, Isha! Go!
Keesokkan paginya, Farisha terus berjumpa dengan sahabatnya Fatiyah dan Syukri. Dahinya dipenuhi dengan air peluh. "Kauorang. Aku tak tahu nak cakap ini good news atau bad news."
Fatiyah menggeleng-geleng. Bahu Farisha dipegang oleh Fatiyah. "Apa dia kau ini hah?"soal Fatiyah.
"Cuba bawa bertendang sekejap. Gelojoh sangat. Apahalnya?"soal Syukri. Muka tegangnya ditunjukkan.
Farisha menghembuskan nafas dengan perlahan-lahan. Mindanya bermain dengan ayat-ayat supaya memudahkan sahabatnya untuk memahami. Kalau bagi ayat berterabur, makin kusutlah otak dia nak memikirkan ayat keterangan.
"Okay. Aku dah nak kahwin."
Fatiyah mengangguk. "Oh,kahwin." Matanya membuntang lalu menepuk meja. "Kahwin? Dengan siapa?"
Farisha menundukkan kepalanya sambil mengurut dada. Terkejut. Nasib baiklah, Fatiyah tidak menjerit. Kalau tidak, boleh pengsan dia di sini atau mungkin dia tidak mengaku kawan. Lihatlah, kejam bukan?
"Hakimi. Cikgu Hakimi."
Syukri terkekeh-kekeh. "Kau kahwin dengan cikgu hot tu juga? Memang padanlah kau dengan cikgu itu. Patutlah dari dulu usha engkau saja. Rupanya ada hati. Itulah, dulu aku cakap yang dia usha kau, kau tak percaya. Hah, tengok. Kan sudah jadi realiti."
Farisha merengus kasar. Kalau bab-bab menyakitkan hati dia, Syukri lah orangnya. Bukan nak bagi dia semangat atau gembira. Makin bertambah sakit pula. "Er.... Okay. Aku tak tahu nak buat apa kalau aku dah kahwin dengan dia."
Fatiyah tersenyum nakal. "Apa yang kau nak risaukan. Pandailah cikgu itu ajar kau nanti. Hakimi kan cikgu. Untungnya kau. Kahwin muda."
Farisha mengalihkan pandangannya ke arah pokok yang kehijauan. Tenang. Dia mencari ketenangan. Biarpuan ada terselit rasa resah gelisah dalam hati. Sabar Isha, sabar!
"Apapun tahniahlah Isha. Relaks k."
Bab 5
1 comment:
Hai, follow and singgah sni. :)
Post a Comment