sahabat - 3
Ariana melemparkan senyuman kepada Dania. Daun pintu dibuka. "Maaflah. Rumah kami tak besar mana pun. Biasa saja. Tengoklah, ruang yang kecil tapi comel. Sebab Fashilin yang hias. So nampak kemas. Memang perfect gila!"
Secebis senyuman manis terbit di bibir Dania. Sesekali matanya melirik sekilas ke arah Fashilin. "Oh, mesti hubungan sahabat kauorang kuat,bukan?"
Sejurus saja mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu utama tertutup dengan sendiri. " Oh mak meletop." Dania tertawa. "Angin tiup."
"So,Dania. Awak nak duduk sini berapa lama?"soal Ariana.
"Mungkin seminggu. Tidak mengapa,bukan?"balas Dania.
Fashilin mengetap bibirnya. Seminggu? Duduk sebumbung dengan stranger selama seminggu? Banyak songgeh dia. Macamlah aku nak tanggung. Ish, kenapalah Ariana baik sangat! Fashilin merengus kasar. Gadis itu mengatur langkah ke dapur.
"Er, Fash tak suka saya datang sini ke?"
Ariana tersenyum. Bayangan Fashilin sudahpun hilang. "Dia memang macam itu. Lama-lama dia okay lah."
Aku datang kerana rindu
Aku datang kerana mahu kau tahu
Aku datang kerana aku perlukan kau.
Tolong aku. Aku sengsara!
Azan sudahpun bergema di seluruh pelusuk alam. Menandakan sudah masuknya waktu Isya'. Waktu untuk umatNya menunaikan kewajipan. Fashilin membuka telekung yang tersarung di kepala lalu dilipat semula. Bahunya ditepuk oleh Ariana. Hilaian ketawanya membuatkan Fashilin menjadi cuak.
"Pahal kau ini? Buat terkejut aku saja."
Ariana melipat sejadah di ruang tamu. "Muka kau serious sangat. Kau kenapa?"
Fashilin menggeleng. Matanya melilau mencari kelibat Dania. Aik? Tak mungkinlah dia sudah biasa dalam rumah ini? Ah,mungkin Ariana sudah membuat lawatan.
"Dania mana?"
Ariana tertawa kecil. Kepala digeleng-geleng. "Dia ada saja di sebelah aku ini. Tak akan kau tak nampak?" Fashilin menggeleng. Dia di sebelah Ariana? Tak ada nampak pun batang hidung budak itu?
"Ariana, kau bergurau ke? Mana ada."
Ariana merengus kasar. "Ish kau ini. Ni hah dia ada di sebelah aku!" Matanya menjeling tajam ke arah gadis itu. "Eh kau nak ke mana tu?"
"Cari Dania."
"Fash! Ish!"
Fashilin terus mencari kelibat Dania. Adakah dirinya sedang bermimpi. Kalau dia sedang bermimpi, cepatlah bangun. Dia tidak sanggup menunggu cerita yang seterusnya. Dia berlari anak mendaki tangga. Kelibat Dania yang langsung tidak muncul di hadapan matanya.
"Dania."
Hatinya menjadi tidak keruan. Adakah gadis itu benar-benar wujud di rumah ini? Wujudkah gadis itu dalam ceritanya?
Ariana tersenyum. Dia sudah agak, Fashilin akan datang mencarinya semula. Keningnya diangkat.Gadis itu menuruni anak tangga dengan langkah yang pantas. Tangan Ariana dipegang. Peluhnya dilapkan dengan tangan kanan.
"Ariana. Kenapa kau tak percayakan aku?"
"Percaya apa?"
"Dania tak ada."
"Eh, dia ada dekat......" Ariana menoleh ke arah kanannya. Membuntang matanya, Dania tiada di sisinya. Setahunya, Dania betul-betul ada di sebelahnya. "Wei, jangan-jangan."
"Aku dah kata, kau tak percaya!"
BAB 3
1 comment:
makkkk!!! seramnya.. remang bulu roma.. huhuhu..
dah agak dah something weird time tiba2 angin pintu kuat semacam ahaha XD
abis tuh yg diaorg ajak tuh sape?? owh nooo
Post a Comment