Chat here,darling.

Saturday, May 31, 2014

My hubby My teacher BAB 5

 

Sebelum kauorang baca. Boleh wish me luck tak dekat dua giveaway ini :) ? Klik pada gambar. Kalau ada giveaway lain, jemput comment. TQ :D

Pintu utama diketuk bertalu-talu. Farisha menutup laptopnya dengan pantas. Tangannya pantas mencapai tudung lalu di sarung. Dia mengatur langkah ke pintu utama. Tarik nafas dan hembus. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus.

'Okay, kita kena beri senyuman paling manis sekali. Jangan buat muka seram. Relaks, Isha. Jumpa dengan bakal suami saja lepas tu dah habis. Boleh tidur dan sambung online.'dia berkata-kata dengan dirinya sendiri. 

Pintu utama dibuka. Senyuman manis dilemparkan. Puan Hajah Izati mengurut dada melihat wajah Farisha. "Amboi, Isha. Ini senyuman manis ke senyuman paksa ini?"

Gadis itu masih lagi tersenyum. "Ibu,inilah senyuman manis,Isha."

  Puan Badriah mencapai tangan gadis itu lalu diusap-usap. "Isha tak nak jemput kitaorang masuk ke?"
Hakimi memerhatikan wajah gadis itu. Bibirnya masih bersisa dengan senyuman. Ah,cantiknya dia ini. Beruntungya dia dapat gadis macam itu. Tapi yang jadi masalah dia, gadis itu muda sangat. Mampukah dia menjaga gadis itu?

Farisha mempelawa mereka masuk ke dalam rumah. Dijemput pula mereka untuk duduk. Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Hajah Izati. 

  "Malunya anak awak,Zati oi."tegur Puan Badriah.

  "Biasalah tu. Anak kami memang pemalu orangnya tapi bila kenal dengan dia...."sengaja Encik Haji Faizal menggantung kata-katanya. Matanya melirik ke arah gadis itu.
  "Ayah ini kan....."celah Farisha.

"Kami datang ini nak bincang pasal perkahwinan anak kita. Jadi macam mana?" celah Encik Badrul.
Farisha mengembungkan pipinya. Kahwin. Kahwin.Kahwin. Isha tak ready lagilah. Takut sangat! Sungguh. Dia tidak tahu bagaimana keadaannya bila menjadi seorang isteri. Silap haribulan, cikgu itu cari perempuan lain. Ah,seksalah hati aku nanti.

  "Isha ini sudah lama setuju. Lagi cepat majlis itu lagi bagus."kata Puan Hajah Izati. Tangannya mengusap bahu Farisha.

"Hah,bagus sangatlah itu. Saya takut sibuk pula nanti."kata Encik Haji Faizal.


"SO,awak setuju ke dengan pernikahan ini? Well, awak sendiri pun tahu umur kita berbeza.Awak muda. Saya ini dah tua sikit. Dah nak masuk 30 tahun sudah. Lagi 3 tahun lagi nak masuk 30 tahun. Awak okay ke?"soal Hakimi.

Gadis itu diam seribu bahasa. Sebelum itu , bukan main lagi nak kata itu, nak kata ini. Bila sudah berhadapan dengan situasi sebenar, mulut sendiri tak buka. Ah, dia berasa sungguh kerdil. Dia berasa sungguh kecil. Dia tidak tahu dunia yang bakal dia alami nanti. Go,Isha go. Go! Go! Go!

  "Okay. Cikgu sendiri tahu yang saya masih muda dan cikgu tua."

Hakimi memandang ke arah Farisha. Amboi, nak kata aku tua sangatlah tu? Tapi memang betul pun. Tidak guna kalau nak marah. Mata Farisha melirik ke arah Hakimi.

  "Maksud saya tadi tua sikitlah. Saya terima awak pun sebab kehendak keluarga juga. Saya cuma tak nak diaorang sedih. Saya ingatkan nak sambung belajar dulu tapi..... kena kahwin dulu pula."ujar Farisha.Bijak sungguh aku, lain yang dia tanya, lain pula yang aku jawab.

Farisha memandang ke arah mangkuk yang diisikan dengan nasi goreng kampung. Agak-agak kalau Hakimi makan, adakah sama seleranya seperti makan di restoren hari itu? Entah-entah....

  "Isha... Awak masak apa ini,Sha? Kenapa rasa macam....."lelaki itu mengurut tekaknya. "Kenapa abang? Beritahulah."tanya Farisha dengan kemas. Tubuh lelaki itu sudah terhuyung-hayang. Tangannya masih melekat mengurut tekak. Lelaki itu cuba mengeluarkan sesuatu di mulutnya, malangnya lelaki itu tumbang. Oh tidak! tidak! Tidak! 

"Tidak!"teriak Farisha. Dia menggeleng-geleng. Tangannya menekup telinga. Aku tak nak jadi ibu muda.Aku tak nak jadi janda. Tak nak. Aku tak nak kena cerai. Tidak!
  
Mata Hakimi terkebil-kebil. "Isha. Awak kenapa? Jerit-jerit. Apa yang tak okay Isha?"
Farisha membuka matanya. "Hah? Er. S...Say..Saya.."

  "Isha, kalau awak tak setuju  tak apa. Sebab saya tak paksa.  Sepatutnya kita kahwin masa umur awak 25 tahun tapi dipercepatkan. Awak sendiri tahun kan zaman sekarang ini macam mana. Sosial sana sini. Sebab itulah dipercepatkan."ujar Hakimi.

Habis, cikgu itu nak kata dia ada penyakit macam itu? Keluar rumah pun malas apatah lagi nak bersosial. Oh tolonglah! Kenapa diaorang semua tak percayakan dia? Belum pernah lagi dia lari rumah sebab boyfriend.

  "Isha. Cuba beritahu apa masalah awak?"

"Um, kahwin muda atau kahwin awal ini bukan cita-cita pertama saya. Saya tak terfikir pun nak kahwin muda.. Saya takut sangat nak jadi isteri awak. Jadi ibu kepada anak-anak. Nanti saya bunuh awak. Sebab masakan saya. Saya tak pandai masak. Tak pandai buat kerja perempuan. Saya takut kena cerai awal. Sebab itu saya takut."jelas Farisha dengan gugup.

Terburai Hakimi tertawa. " Awak boleh fikir sampai tahap macam itu sekali,Isha? Nur Farisha binti Haji Faizal. Saya terima awak seadanya tau. Macam mana pun awak saya terima. Awak tak pandai masak? Saya boleh ajar. Nasib baiklah mama dah ajar saya masak. Kalau tidak, makan pasir sajalah."balas Hakimi.
"Tapi..... Kalau saya nak sambung belajar? Mesti tak boleh. Er....Sebab kena layan awak 24 jam. Berkepit dengan awak. Tak naklah. Tak biasa. Lepas tu, malam pertama....."

Hakimi melemparkan senyuman. Mahu saja dia memeluk gadis itu. Sabar. Tak lama saja lagi. "Awak nak sambung belajar, sambung sajalah. Saya tidak halang. Pasal malam pertama tu..... Tak payah bincanglah. Kalau awak dah ready baru boleh fikir. Deal?"

Bersinar-sinar mata Farisha tika memandang Hakimi. Yes! Yes! Senanglah kerja dia nanti. Boleh buat itu ini. Dan suaminya masak also tak perlu fikir pasal malam pertama. Horay!
  "Deal"
BAB 4
BAB 6

4 comments:

Nurin Irsalina said...

best!! kahwin awal? mcm sy je.. sy pun ade impian nak kawin awl...

Gadis Blogging ^_^ said...
This comment has been removed by the author.
Cik nadya said...

wah cerpen! sweet.
kene baca dr awal ni =)

Unknown said...

Tak lama lagi ni.. haha